28- Burned

7.4K 335 26
                                    

TERKETAR-KETAR lutut Jasmine dibuatnya. Tak pernah lagi sepanjang dia bekerja, dia kena marah seteruk ini hanya kerana datang lewat. Tapi harini, nampak chief hospital ini dalam keadaan mood yang kurang baik. Mungkin terlebih makan lemon kut masa sarapan pagi tadi.

Cakap pasal sarapan, terus perut Jasmine berkeroncong. Dia tak sempat pun nak jamah makanan yang terhidang di atas meja makan tadi. Mungkin dimasak oleh Melvin agaknya.

"Awak dengar tak apa yang saya cakap ni, Dr. Jasmine? Ke awak nak saya pecat awak?". Apa main pecat-pecat ni? Baru sekali dia datang lewat.

"Dengar".

"Awak tahu tak yang doktor lain terpaksa ganti awak dalam pembedahan Syarifah". Membulat mata Jasmine mendengarkan kenyataan itu.

Syarifah. Kanak-kanak yang koma selepas dibedah oleh Jasmine pada tempoh hari. Beberapa minggu yang lepas.

"Bukan pembedahan Syarifah lagi dua hari ke?". Soalnya keliru. Tak silapnya, betul lah hari Khamis nanti tarikh pembedahan tu. Kenapa buat harini?

"Keadaan Syarifah makin kritikal, dia terpaksa dibedah harini juga. Keadaan dia yang kritikal tu, disebabkan awak tau, Dr. Jasmine. Dan awak suka-suka hati je nak datang lewat sampaikan doktor lain terpaksa ganti. Awak nak lepaskan tanggungjawab awak macam tu je ke, Jasmine?". Marah sangat tu, sampai dibuang perkataan Dr. itu daripada namanya.

" Tapi, pihak hospital tak bagitahu apa-apa pun dekat saya". Jasmine cuba untuk membela dirinya.

"We made the decision urgently. Awak yang sepatutnya ada di sini untuk apa-apa kemungkinan. Kenapa nak salahkan pihak hospital?". Makin berat rasa bersalah yang menimpa Jasmine. Dia berfikir yang semua ini memang salah dia.

"Tapi-".

"Kami dah buat keputusan untuk gantung lesen doktor awak, Jasmine".

"What?! Kenapa sampai macam tu sekali? Saya datang lewat harini je, Dr. Saya terlewat datang harini je. Kenapa sampai nak gantung lesen kedoktoran saya?". Dah macam nak menangis dah Jasmine kat situ. Ini betul-betul dah melampau. Dia langsung tak faham kenapa mereka sanggup berbuat sedemikian kepadanya.

" Bukan sebab harini sahaja, Jasmine. Kami juga telah membuat keputusan untuk menggantung lesen awak atas sebab kecuaian awak semasa melakukan pembedahan Syarifah beberapa minggu lepas".

Jasmine termenung seketika. Dunianya seakan terhenti berputar. Kesalahan memang 100% diletakkan ke atas bahunya seorang atas kegagalan pembedahan Syarifah.

Tangannya dikepal, dia cuba untuk menahan air mata daripada jatuh. Sakitnya hati dia, hanya Allah sahaja tahu.

"Ni surat gantung awak. Awak boleh pergi kemas barang awak and you can give me the lanyard".

Dengan penuh pasrah, dia membuang tali yang tergantung di lehernya itu lalu diletakkan ke atas meja chief itu. Surat yang terdampar di situ juga diambil.

Sambil menahan rasa dan air mata, dia berjalan keluar daripada bilik berhawa dingin itu.

🦋

" AWALNYA kau balik. Bukan aku baru hantar pukul 9.00 tadi ke? Ni baru pukul 11.00. Kenapa dah call aku suruh ambil?". Caden berdiri betul-betul di hadapan Jasmine di lobi hospital yang agak penuh dengan orang itu.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now