33- Risau

7.4K 305 6
                                    

"KAN saya dah cakap. Awak tak dengar ke? Kenapa suka buat saya risau? Awak ingat luka kena tembak ni sikit-sikit ke sakit dia? Kena jahit tau. Awak dengar tak saya cakap ni?". Jasmine rasa nak tarik-tarik je telinga suaminya ni. Degil!

"Mana la aku tahu. Dia nak tembak, aku tak sempat elak. Jangan lah marah, sweetheart". Caden tergelak kecil. Suka pula hatinya melihat wajah imut Jasmine dikala dia sedang marah.

Lima orang yang lain yang berada di ruang tamu termasuk Alisa pun terlihat sedang menahan tawa. Takut juga ya ketua Velkovace ni kepada isteri sendiri. Ingatkan tahu marah anak buahnya je kerjanya.

"Diam la. Sekarang ni, awak nak pergi hospital tak?".

Caden menggeleng beberapa kali sebelum tersenyum lemah.

"Kat mana luka awak?".

Jarinya lelaki itu lalu dihalakan ke arah tepi pinggangnya. Baju T bewarna putih yang dipakai di sebalik jaket hitam itu kelihatan basah dengan darah.

"Nasib baik kena dekat tepi je. Kalau dekat tengah, dekat dada, dengan kepala otak awak tu? Tak ke masuk 7 kaki ke dalam buatnya? Tak sempat nak taubat". Tanpa belok-belok kata-kata Jasmine itu. Sengaja nak buat suaminya terasa.

"Kau doakan aku untuk cepat mati ke?".

"Mana ada la! Buka la baju tu, pastu baring. Saya nak jahit. Ke awak nak saya jahit dalam bilik tetamu dekat dengan dapur tu?". Jasmine bersiap-siap dengan menyarungkan sarung tangan getah birunya.

"Uish, kat sini jela, Dr. Jauh-jauh nanti jadi benda lain pula". Giliran Lee untuk membuka mulut. Mengeluarkan lawak tak berapa nak lawaknya itu.

Terus dijeling tajam oleh Jasmine. Tiada masa untuk bergurau, dia sedang merisaukan Caden separuh mati ni. Ada masa pula Lee nak buat lawak kurang cerdik macam tu?

"Maaf, maaf". Terus terkebil-kebil Lee meminta maaf. Takut la tu!

"Tulah kau, jangan menyampuk lagi cakap orang dengan lawak bodoh kau tu. Kan dah kena!". Kuat Alex mengetawakan Lee yang masih lagi dicerlung tajam oleh Jasmine itu.

"Lepas aku, kau tolong Melvin pula. Kaki dia teruk tu". Caden mengarah dan Jasmine sekadar mengangguk. Tangannya perlahan-lahan cuba untuk memapah Caden untuk ke bilik tetamu. Senang sikit kerjanya nak menjahit luka jantan tu nanti.

🦋

"KAU risaukan aku?". Caden bertanya lemah. Sempat juga dia berdesis kesakitan tatkala kulitnya ditusuk oleh jarum jahitan Jasmine itu.

"Diam la. Tak sakit ke banyak cakap? Orang nak bagi ubat tidur tak nak". Fokus Jasmine masih sahaja pada luka suaminya yang sederhana besar itu.

"Tak nak sebab aku nak tengok muka kau yang risaukan aku ni. You look cute dho". Dia tergelak lagi. Muka pucat pun, masih lagi buat lawak kedai RM2 dia tu. Ingat lawak lah tu? Dia dan Lee sama sahaja. Tapi lawak dia, versi yang lebih hambar daripada Lee.

"Awak ingat lawak ke, Sayf? Saya separuh mati risau, tunggu awak balik rumah tadi. Balik-balik je, tengok awak luka teruk macam ni. Lepastu, awak sempat buat lawak bodoh macam tu? Saya-". Tak sempat dia meneruskan katanya, air matanya mengalir dulu. Dia TERLALU risaukan suaminya. Dia takut. Dia takut suaminya pergi tinggalkan dia.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now