7- Laptop

8.2K 383 40
                                    

ENDED up, Jasmine terpaksa menumpang Caden untuk ke hospital. Satu, untuk menjahit balik luka di kepalanya yang terbuka dan dua ya tujuan asalnya, mahu pergi bekerja. Tapi,bagaimana harus dia bekerja jika kepalanya masih berdenyut-denyut lagi?

"Kalau doktor tanya kenapa dengan kepala I, apa I nak jawab nanti?".

Caden diam. Langsung tiada niat baginya untuk membalas soalan yang diajukan oleh Jasmine itu.

"Hey, I tanya you ni. Kepala I luka sebab anak buah you tau". Geram dengan sikat Caden yang tiba-tiba sahaja dingin sedangkan tadi, elok je prihatin, membuatkan Jasmine mengajukan soalannya buat kali kedua.

Masih lagi diam tidak berkutik. Fokusnya hanya pada jalan raya sahaja. Sesekali jam di tangan kanannya dijeling. Sudah memasuki pukul 10 pagi. Sah-sah yang lain sudah berlepas ke Rusia. Tinggal dia seorang sahaja lagi yang belum pergi. Semuanya gara-gara sepasang kasut.

"You memang bisu erk? Tapi tadi elok je bercakap".

"Diam". Arah Caden secara tiba-tiba. Serabut mungkin mendengar celoteh mulut murai Jasmine yang daripada tadi tak berhenti tu.

Disuruh diam, maka diam la Jasmine buat SEKETIKA. Tak sampai 30 saat kemudian, dia bersuara kembali. Kalini dengan soalan yang makin boleh membuatkan darah si pemandu kereta meruap.

"Jom kahwin. Nak tak?".

Hampir sahaja kereta itu dibrek mengejut di tengah-tengah jalan raya itu apabila tuannya mendengar soalan karut yang terkeluar daripada mulut Jasmine.

"Nak tak?". Soalnya lagi.

"I am a stranger to you, Nazia. How can you  have the urge to ask stranger to marry you?". Suara Caden sudah hampir melepasi takat berserahnya. Betapa penatnya nak melayan celoteh mengarut yang terkeluar daripada mulut si wanita.

"But I dared myself to marry whoever that was in my way when I was coming out of the hotel and you're the first one to be there". Terkelip-kelip matanya menatap wajah serius milik Caden.

"Kau nak kahwin dengan aku sebab dare jela? Permainan bodoh tu?".

"Yela, takkan sebab I dah jatuh cinta dekat you pula kan?".

Caden menarik nafas panjang. Sumpah, lepasni dia dah malas nak buka mulut untuk menjawab walaupun satu soalan Jasmine. Sebab semua soalannya tak masuk akal! Buat bazir air liur je.

🦋

"BY the way, kenapa you pergi rumah I? Masuk sesuka hati. Buatnya I-".

"Buatnya kau apa?". Belum sempat lagi Jasmine nak habiskan ayatnya, terus Caden tanpa segan silu memotong. Dia tahu sangat apa yang perempuan macam Jasmine ni fikir.

"Kau tak pakai baju?".

"Ma-mana ada! I tak cakap pun macam tu". Jasmine mencebik. Sesuka hati dia je nak fitnah yang fikiran Jasmine ada terlintas benda tu. Tak baik tau!

"I came to your house to take my boots and I heard the crying sound. So, I bursted into the house in case someone in there was dying. Don't be delusional, Dr. Nazia". Dengan penuh kesinisan, dia membalas kata-kata Jasmine. Kan dah cakap, mesti Jasmine fikir macam tu. Ceh! Ingat dia ni lelaki gatal ke?

"Mana la I tahu. Eh, boots? Maknanya, you ni Caden Gilbert? Sebab kat belakang boots tu ada nama tu. Nama you Caden Gilbert ke?". Teringat pula dia akan nama yang diukir dalam tulisan berangkai di bahagian belakang kasut hitam itu.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now