2- "Bring Her to Me"

11.8K 435 6
                                    

(a/n: Starting from here, I will be the narrator hehe. Nanti kalau author rasa nak tukar, author tukar. Kalau ada pape tapaham, boleh tanya dekat ruangan komen. Enjoy!)

🦋

"WOI, Vin! Keluar jom!". Pagi-pagi lagi dah bergema suara Adam Lee atau lebih selesa dipanggil Lee itu di dalam rumah agam perkongsian antara mereka itu. Atau lebih tepat lagi milik Caden.

Ya, mereka semua ni ada aje rumah sendiri. Cuma memang jadi tabiat mereka untuk lepak dekat rumah yang satu ini. Yela, nanti kalau bersepah, bukan mereka yang kena kemas kan?

"Malas". Sepatah sahaja Melvin menjawab lalu mengambil tempatnya di atas sofa bersebelahan sebuah tingkap besar yang ada di dalam rumah itu. Jauh daripada kedudukan mereka yang lainnya. Dah itu memang tempat dia kan? Nak buat macam mana.

"Ala, jom la Vin. Kita pergi makan Kepci. Aku dah lama nak makan Kepci". Ujar Alex pula. Mengada-ngada sangat! Padahal aku rasa, baru semalam dia bedal KFC satu bucket. Katanya rindu akan KFC yang ada di Malaysia ini memandangkan dia baru sahaja pulang setelah 6 bulan menetap di Rusia.

Buat apa?

Biarlah rahsia~

"Bukan baru semalam ke kau makan KFC?". Lee garu kepala. Yela, aku rasa baru semalam dia makan. Dengan bucket-bucket aku dia habiskan. Dasar pembela jin!

"Diam ah, Lee! Kau nak ajak Vin keluar ke tak nak?".

"Okay, okay aku diam".

"Apebende kau berdua ni? Aku cakap, aku tak nak keluar. Aku tak nak keluar la!". Aip, aip. Dah kenapa Melvin ni? Tiba-tiba aje nak tengking-tengking bagai. Nak terkucil Lee dan Alex apabila terdengar tengkingan Melvin yang agak keras itu.

Ini kalau Caden bangun ni, masak diorang! Mana tak nya, seawal pukul 8 pagi dah bertenggek dalam rumah orang. Seawal 8 pagi dah ajak orang pergi makan KFC.

Derapan tapak kaki Melvin diikuti oleh ekor mata Lee dan Alex.

"Dah kenapa dia tu? Period ke?". Soal Aidan dengan Nintendo Switch di tangan sekadar untuk menceriakan suasana.

Dua-dua daripada mereka yang berbicara dengan Melvin tadi, terus mengangkat bahu berkali-kali. Entah betul, entah tidak Melvin tu.

"Vin kenapa?". Pap! Ambil kau! Tuan rumah dah bangun.

Dengan rambut kusut masainya. Nampak sangat yang Caden terbangun sebaik sahaja terdengar suara pergaduhan mereka bertiga. Aidan tak masuk erk! Don't touch touch my Aidan.

"Entah dia. Aku dengan Alex ajak dia keluar je". Buat muka tak bersalah lah tu, ceh!

"Macam la kau tak tahu dia tu, Gil. Mesti baru dapat call daripada Мать (ibu) dia. Suruh dia kahwin". Aidan berkata-kata.

Memang. Kalau boleh setiap hari tu 80 kali ibu kepada jejaka berketurunan Rusia itu ingin memaksanya untuk berkahwin. Lagi-lagi kalau dia duduk rumah. Ini lah antara punca utama kenapa dia lari ke Malaysia. Selain daripada...

Nak dipendekkan cerita, seorang Melvin Hanchester memang benci kalau dirinya diajak berbincang pasal kahwin. Padahal dia dah pun menjejaki umur 30 tahun, sama macam Caden. Tapi masih lagi berkeras tak nak kahwin. Ibunya pula mahukan cucu. Melvin pula cukup jijik dan meluat mendengar perkataan cinta dan kahwin. Apa lagi untuk dirinya betul-betul kahwin. Memang tak la!

"Kesian kan dia. Kecil-kecil lagi dah kena paksa kahwin". Alex kalau bercakap, memang macam tak pakai otak. Dia pakai hidung agaknya.

"Kecil kepala cicit kau la! Orang tu dah umur 30 dah pun!". Ha kan dah kena marah dengan Si Panas Baran, Lee.

"Gil pun 30. Lek je tak kahwin. Kan, Gil kan?". Sekali lah anggota termuda Velkovace itu bersuara. Masih berumur 22 tahun. Muda sangat lagi! Sesuai dijadikan suami para readers kan?

"Panggil dia, masuk black room. I wanna talk about something. Kau bertiga pun masuk sekali. You all have 30 seconds". Sejurus itu, Caden terus melangkah masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan.

Maka dengan itu, terburu-buru la ketiga-tiga ekor beruk itu untuk memanggil Melvin yang masih dengan rajuknya. Kang kalau terlewat, mahunya mereka kena jemur tengah panas esok. Ish, tak patut-patut.

🦋

MATA dingin Caden merenung ke arah dokumen yang diletakkan ke atas meja di bilik serba hitam itu. Dokumen yang baru sahaja diserahkan oleh Alex kepadanya.

"Aku sarankan, tak payah la jejak perempuan tu. Bukan penting pun. Tak mati pun kalau kau tak jejak dia". Alex seumpama memujuk. Bukannya apa, nanti kalau bab-bab jejak kasih ni, mesti dia kena bekerja dengan Aidan. Tak boleh lah nak berkepit dengan Lee. Eh-

"Kalau aku cakap, mati. Kau nak cakap apa?". Kepala diangkat. Renungan seumpama suhu kutub utara itu, ditujukan untuk Alex yang sedang berdiri di hadapannya.

Terketar-ketar juga jangan tu nak menjawab.

"Kalau macam tu, suka hati kau la. Tapi, kalau aku yang kena cari nanti, aku nak bekerja dengan Lee. Tak nak dengan Aidan".

"Kenapa pula? Dah 4 tahun kita bersama. Sampai hati kau, Alex". Aidan buat-buat pegang dadanya. Acah dramatik y'all.

"Kalau dengan Aidan juga, aku tak nak buat". Alex mencebik. Ya ampun, sumpah mengada-ngada pondan sekor ni!

"Gil, aku gerak dulu arh. Мать aku call". Melvin yang sedari tadi memandang telefon dan berdiam diri, akhirnya bersuara.

"Чего он хочет (dia nak apa)?". Caden bertanya menggunakan bahasa keduanya itu.

"Брак (perkahwinan)". Sepatah Melvin menjawab lalu pergi meninggalkan mereka berempat.

"Ha, kan aku dah cakap". Aidan bersuara lagi. Pandai pula dia ni teka. Mana taknya, sebelum adanya rumah sendiri, dia duduk sekali dengan Melvin dahulu. Ya, di Rusia. Sebelum pindah ke Malaysia la.

"Mana kau tahu?". Tanya Lee.

"Biarlah rahsia~". Ceh, rahsia lah sangat.

"Biarkan dia. Sambung pasal tadi". Ujar Caden. Mencuba untuk menarik perhatian kura-kura di hadapannya yang sibuk aje nak ambil tahu pasal hal rumah tangga orang.

"Aku nak, kau dan kau-". Jarinya ditunding ke arah Lee dan Alex.

"-untuk jejak perempuan ni. Bring her to me as soon as possible. Kalau boleh, bawa dengan cara baik. KALAU DIA BERDEGIL, barulah kau seret dia. Seret SAHAJA. Bukan pukul, bukan cederakan. Because Velkovace doesn't hurt women. Understood?".

"Faham!". Jawab Lee.

"Yeay! Boleh bekerja dengan Lee. Rawr!". Lah, sus betul aku dengan Si Alex ni. Dia ni.... gay dengan Lee ke? Eh kau ni, tak baik mengata orang!

"Aku? Aku kena buat apa?".

"Kau pergi kemas bilik gaming kau sebelum aku campak semuanya ke luar tingkap". Dah macam emak-emak sahaja amaran Lee itu. Tapi biasa la. Bukannya diambil berat sangat oleh Aidan. Belum sempat lagi nak masuk telinga kanan, dah keluar balik.

"Aidan. Kau stay sini. Lee, Alex. Kau berdua keluar dulu". Bukannya menghalau, namun dia perlu bincangkan sesuatu dengan Aidan. Secara bersendirian.

"Okay!".

🦋

Ha macam mana?

Okay tak tu?

Apa pendapat korang?

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now