58- Rusia's Castle

5.4K 291 25
                                    

BANGUN-BANGUN je, dia sedar yang dia sedang terbaring di atas sebuah katil bersaiz besar yang tak masuk akal di dalam sebuah bilik seperti bilik anak raja. Bilik itu 3 kali ganda lebih besar daripada bilik Caden yang sudah sedia ada besar di rumahnya di Malaysia.

Matanya berpinar-pinar memandang ke sekeliling ruangan berdinding putih dan berhias dengan hiasan bewarna emas itu. Entah emas betul ataupun tidak. Boleh jadi emas betul.

Gila la!

Sebelah tangan memegang kepala, sebelah lagi mengambil tudung saruknya yang sudah jatuh ke lantai. Perlahan-lahan tudung itu kemudiannya disarungkan ke kepala.

Jasmine kemudian berjalan menghampiri pintu bilik itu.

Tombol dipulas dan dia menjenguk ke luar bilik melalui bukaan kecil yang ada di celah pintu itu.

Di kiri dan kanan pintu bilik itu terlihat 2 orang lelaki bersut hitam lengkap sedang berjaga. Semuanya berdiri tegak seperti askar sahaja gayanya.

Pintu dikuak dengan lebih luas lalu dia dengan selambanya berjalan keluar daripada bilik gergasi itu sambil menutup mulutnya yang terbuka luas akibat menguap. Badannya sempat dia regangkan sedikit akibat terlalu lelah. Tidur pun lelah ke?

"Леди Жасмин проснулась ото сна (Lady Jasmine woke up from her sleep)". Terdengar salah seorang daripada pengawal lelaki berbadan tegap itu bercakap dengan seseorang.

Sebenarnya, Jasmine tak faham pun apa yang diperkatakan oleh pengawal itu. Tetapi, apabila terdengar seperti namanya disebut, dia terus berpaling.

Langkahnya didekatkan dengan lelaki yang baru selesai bercakap melalui earpiece itu.

"Suami saya mana?". Soal Jasmine membuatkan pengawal itu terpinga-pinga.

"Maaf. Awak tak faham kan?". Makin berkerut-kerut dahi lelaki itu dibuatnya.

"Ehem, ehem. Im asking you wheres my husband?".

"Sir Gilbert is currently in the dining hall with Mr. Vyacheslav. They're having a conversation while waiting for you to have dinner together". Jelas seorang lagi pengawal selain daripada yang berkerut-kerut mukanya tadi.

"Oh, I want him right here, right now". Pinta Jasmine.

"You just have to go to the dinner hall. Theres someone who will be here within a second to lead you there".

"Taknak! Saya nak suami saya! Sekarang!". Jasmine yang tiba-tiba sahaja beremosi teruk itu memarahi kedua pengawal itu. Ha sudah. Tak pernah-pernah mereka berdua dimarahi oleh sesiapa pun kecuali Mr. Vyacheslav.

"Что я должен делать? (what should i do)".

" Я тоже не знаю. Она выглядит так, как будто собирается съесть нас, брат (i don't know either. she looks like she's gonna eat us, brother)".

Terus pucat wajah masing-masing. Air liur yang seolah dipaksa telan itu terasa dingin sahaja. Mereka sedia maklum bahawa Caden Gilbert adalah antara manusia paling kejam dan menggerunkan dalam Velkovace. Jadi, tak mustahil isterinya akan mengikuti jejak langkahnya kan?

"Huwaaa! Mana awak Caden?! Saya takut...". Jasmine duduk terjelopok di atas lantai di hadapan kedua pengawal yang merupakan adik beradik itu. Mereka pun apa lagi, gelabah gila lah jawabnya. Mereka jadi macam, 'alamak, apa aku nak buat ni?'.

Tapi sesekali nak ketawa pun ada bila melihat wanita itu. Duduk macam katak dekat lantai lorong mewah dan besar itu dengan perutnya yang agak besar, baju gaun ibu mengandung bewarna putih dihiasi dengan bunga sakura tersarung elok di badan. Sudah seumapama kanak-kanak hilang mak sahaja.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now