8- Russian's Family

8.4K 366 5
                                    

"WHERE'S Caden?". Soal lelaki tua yang berdiri tegak di hadapan sebuah tingkap kaca besar yang lut sinar, jelas menyebarkan pemandangan pantai yang indah itu.

Paip yang dihisap di bibir langsung diletakkan di antara jari telunjuk dan jari hantu untuk bertutur.

" Malaysia".

"I want him to be here now! It is a Velkovace family's matter, he has to be here!". Tengking lelaki tua itu membuatkan keempat-empat daripada mereka agak tersentak.

"Ya, kami tahu. Caden ada pesan yang dia akan sampai lambat sikit. Dia ada hal yang perlu diuruskan di Malaysia". Jawab Aidan secara takut-takut. Itupun selepas disiku-siku oleh Lee.

Ya, pakcik tua tu faham Bahasa Melayu. Itupun Bahasa Melayu baku. Tapi, dia tak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. Samaada Rusia atau Inggeris sahaja bahasa pilihannya.

"I don't care, I want him to be here".

"Наберитесь терпения, дедушка. Он скоро будет здесь (bersabar atuk, dia akan ada di sini tak lama lagi)". Terang Melvin secara lancar menggunakan bahasa pertamanya itu. Riak wajahnya agak tenang walaupun perasaan gementar itu ada.

"У него есть 24 часа (dia mempunyai 24 jam)". Haih, perangai atuk dengan cucu sama sahaja. Kedua-duanya suka memaksa orang. Kedua-duanya suka bagi orang masa yang singkat untuk melakukan sesuatu perkara. Pelik aku dengan anak beranak ni.

"Im gonna go side seeing at the weapon base. Make sure he is there during the family dinner". Pesan lelaki tua itu lagi. Tongkat yang dipegang dihayun ke depan untuk berjalan.

"Baik!". Laung Alex.

"By the way, welcome back to Rusia". Dia akhiri kata-katanya dengan suara ketawa sinis yang agak... erk... menyeramkan? Entah la.

"Seram la orang tua tu". Terus sahaja Lee mengutuk Mr. Vyacheslav Velkov Gilbert itu.

"Kau kutuk la dia lagi. Buatnya dia tu ada pasang mikrofon dalam bilik ni. Mahunya kau mati kena rejam dekat tepi pantai tu nanti". Tegas Aidan. Apa? Dia tak nak okay mati sia-sia dekat negara yang bukan tanah airnya ini. Sia-sia sahaja.

"Cakap pasal pantai kan... jom!".

"Jom ke mana?". Soal Lee kepada Alex.

"Jom lepak tepi pantai tu". Jari Alex lurus dihalakan ke pantai yang indah di hadapan rumah agam mewah milik Vyacheslav Gilbert itu.

"Kau bertiga pergi la, aku kena balik rumah Мать (ibu) aku". Muram durja terus wajah Melvin. Yela, niatnya ke Rusia hanya atas urusan Keluarga Velkovace dan bukannya soal perkahwin karut ini.

Sekali, mommy kesayangannya suruh balik rumah keluarga Hanchester. Buat apa? Katanya, sementara ada dekat Rusia ni, boleh lah bincang pasal perkahwinan Melvin. Ah! Ini yang dia malas ni.

"Ala kesiannya kau, Vin". Seperti sudah tahu sebab Melvin kena pulang ke rumah keluarga Hanchester, Aidan bermulut itik.

"Takpe, aku pergi sekejap je. Nanti kalau sempat, aku join korang". Dia menggosok-gosok lembut rambut Aidan.

Ha, garang-garang, dingin-dingin dia pun. Baik tau! Hatinya hanya melembut dengan rakan-rakan baiknya ini. Sudah dianggap seperti keluarga kedua olehnya. Lagi-lagi Aidan. Sebabnya, dia paling muda dan Melvin hanya mempunyai seorang kakak dan dia anak terakhir. Kesimpulannya, dia tiada adik. Sama juga seperti Alex dan Lee, mereka sudah dianggap seperti adik oleh Melvin.

Caden?

Yang tu lagi lah. Dah macam kembar terus. Dah la umur sama. Cuma jarang dia bermanja-manja dengan Caden sebab dia tahu Caden tu orangnya sentiasa serius.

SAYF MALEEQ ||©Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt