14- Aidan Thinking About Future

8.3K 352 5
                                    

AGAK terkejut dia apabila hadirnya Caden di dapur itu. Lah, potong line je orang nak berangan sorang-sorang sambil buat air ni. Dan dia masih lagi tidak berbaju.

"Kenapa awak tak pakai baju?". Takut-takut Jasmine menyoal. Mukanya langsung tidak ditoleh ke arah Caden yang semakin mendekat dengannya. Bau harum minyak wangi yanh disembur olehnya melekat masuk ke hidung Jasmine. Aih, baru bangun pun masih wangi lagi?

"Kenapa? Salah ke?".

"Malu lah. Nanti Alex dan Lee fikir apa pula". Jasmine meletakkan sudu yang digunakan ke tepi teko. Tangannya cuba untuk menolak badan Caden yang semakin lama, semakin rapat jaraknya dengan Jasmine itu.

"Pergi sana la. Pergi teman kawan-kawan awak tu".

"Kau. Masuk bilik, rehat".

"Eh, suruh kita pula. Kenapa? Saya ada tetamu kan? Saya kena la layan tetamu". Kan? Takkan la Jasmine nak tinggal tetamu-tetamu dia terpinga-pinga di tengah rumah tu.

"As your husband, I command you to go take a rest. Hal dengan mereka, biar aku yang selesaikan". Suara penuh dengan ketegasan tetapi tidak garang dikeluarkan oleh Caden. Kalau dah macam ni la gayanya, macam mana nak menolak lagi.

"Pergi, Nazia".

"Okay. Nanti awak hidang air ni dekat diorang tau". Sempat lagi Jasmine meletakkan sudu yang digunakan untuk mengacau air tadi ke dalam singki dan berpesan kepada Caden. Mana tahu, takut-takut dia lupa ingatan ke nanti. Bersemut pula air teh dekat situ.

Caden mengangguk beberapa kali. Mengiakan kata si isteri.

🦋

NAK tersembur air teh yang ada di dalam mulut Lee dan Alex sejurus sahaja dia mendengar cerita yang dikeluarkan segar daripada mulut Caden. Bukan segar daripada kilang, ya?

"Caden Velkov Gilbert kena tangkap khalwat? Macam mustahil je". Lee masih mahu menafikan statement-statement yang diperkatakan oleh Caden.

"Iye. Dan aku tak tahu siapa yang perangkap aku dan Nazia sampai jadi macam ni".

"Mungkin jiran-jiran nampak kut kau masuk rumah dia. Eh tapi, kenapa kau masuk rumah dia Gil?". Soal Alex.

"Kan aku dah cakap, rumah dia macam ada orang pecah masuk. So, I have to check, just in case, right? Turned out, takde apa-apa yang hilang dan takde apa-apa yang mencurigakan. Dan aku baru sedar tadi, yang ini telah dirancang oleh seseorang". Jelasnya lagi. Tidak memberi ruang untuk kesalah fahaman menjelajah ruangan minda dua ekor beruk itu.

"Dr. tu sendiri kut yang ran-".

"Nope, bukan dia. Aku tahu".

"Dan macam mana kau tahu?". Sisi protective Lee terhadap ketua mereka itu telah bermula. Dia pantang kalau ada yang cuba untuk mengkhianati ahli mereka.

Caden hanya tersenyum sedikit sebagai jawapannya. Sejujurnya, dia sendiri tak tahu macam mana dengan cepat nya dia boleh bertukar emosi. Dengan cepat nya dia boleh mempercayai wanita itu.

"Kau berdua balik lah dulu". Lain yang ditanya, lain yang dia beri jawapan. Orang bukan nak dengar yang itu lah, Caden.

"Kau?".

"She asked me stay. She's having a fever". Sampai situ jela dia cerita. Tak mahu pula cerita pasal dia tengking Jasmine sampai wanita itu pengsan semalam, rasanya macam terlalu 'kejam'. Lagipun, dia sendiri yang menegakkan prinsip, to cherish women not to hurt them. Samaada daripada segi mental atau fizikal.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now