52- Scars

5.6K 268 2
                                    

SEMINGGU berlalu semenjak penemuan cip rahsia itu. Seminggu itu juga la mereka bertiga tutup mulut. Masing-masing belum ada keberanian untuk bagitahu Caden. Masing-masing masih tengah fikir cara yang terpaling sesuai sekali untuk bagitahu Caden.

"Yang kau bertiga tengok aku macam tu kenapa? Makan la breakfast tu. Tadi cakap nak cepat-cepat keluar". Ha kan dah kantoi stalk tuan punya badan.

Habis tersembur keluar air teh yang diminum ketiga-tiga lelaki itu. Berasa terkejut dengan soalan ringkas yang diajukan itu.

"Korang kenapa? Air teh tu panas sangat ke?". Giliran Jasmine pula menyoal. Dia pun perasan yang sejak daripada tadi lagi mereka duk tenung Caden. Dahi masing-masing berkerut seribu. Entah apa yang difikirkan pun tak tahu.

"Eh, tak. Takdela. Kau cantik-cantik ni, nak pergi mana Min?". Lee dengan gelak janggalnya itu cuba untuk menukar topik.

"Nak pergi keluar beli barang babies".

"Untung la dah bahagia. Dah nak ada anak dah pun. Dua lagi tu". Puji Alex bernada sedikit cemburu. Yela, dia pun dah nak cecah umur 30 tahun, belum juga kahwin. Cemburu lah juga tengok kawannya yang satu ini dah ada keluarga sendiri.

Keluarga Felicis pula sibuk nak aturkan dia blind date dengan orang asing. Apa ingat ni kdrama Business Proposal ke? Dia nak la cari jodoh sendiri macam Caden ni ha. Baru bahagia hingga ke Jannah. Eh---

"Korang bila nak kahwin?". Soal Jasmine. Soalan yang mengejutkan semua. Hampir sahaja air teh yang diminum tersembur buat kali kedua.

"Aku dengan Alex, tunggu jodoh jatuh daripada langit. Tapi, Melvin ada sesuatu nak bagi tahu korang". Lee menepuk-nepuk bahu Melvin yang duduk di kerusi di sampingnya itu.

"Vin?". Caden panggil sekali. Keningnya terangkat sebelah.

"Ehem, ehem. Jadi, aku dah bincang dengan keluarga aku dan Keluarga Litvinenko. Alisa and me will be having a proper engagement ceremony next month. In Rusia. So please, you both are welcome to the ceremony. Free your time. Kau pun, Alex, Lee". Melvin tersenyum sedikit. Entah kenapa dengan dia ni.

Ohh, gembira la kut dapat bertunang dengan cinta hati. Hihi. Cakap benci cinta, aku ketuk kepala si Melvin ni kan, baru tahu!

"You fell in love, Vin?". Caden sudah mahu mengoyak senyuman lebar. Bukannya dia tak tahu betapa susahnya Melvin nak suka dekat mana-mana perempuan. Tapi, dia bukan suka kaum sejenis ya? Jadi, bila dia tahu Melvin dah nak bertunang, gembira sangat lah dia.

Melvin sekadar mengangkat bahu. Malu lah dia nak jawab soalan Caden itu. Silap-silap, habis merah pipi nanti.

"Congrats, Melvin. So proud of you". Jasmine membuka kedua lengannya seluas yang boleh lalu memeluk angin. Seolah-olah memberikan pelukan seperti seorang ibu yang bangga kepada Melvin. Nak bagi pelukan betul, haram. So, pelukan olok-olok pun jadi lah.

"And Im sure, Aidan will do too. Nanti, lepas balik Rusia lepas selesai majlis nanti, pergi lah melawat kubur dia". Caden tersenyum tawar. Teringat pula dia pada Si Aidan yang banyak kali menggesa untuk Melvin berkahwin agar rambutnya tidak lagi akan diserabaikan oleh Melvin. Maksudnya, kalau Melvin kahwin, dia akan serabaikan rambut isteri dia lah pula. Selamat lah rambut dia.

"Haah, Vin. Budak tu mesti bangga dengan kau. Haih, rindu betul dekat dia". Lee turut tersenyum. Tangan menyuakan potongan roti bakar berinti kaya dan mentega ke dalam mulut.

Setiap kunyahan terasa perih sekali. Aidan selalu masakkan breakfast simple ni untuk mereka di masa arwah masih hidup dulu.

He loved making butter kaya toast and they love to eat it.

🦋

"SINCE we will be getting a boy and a girl, how about we choose both?". Caden mengajukan cadangan sambil memegang dua pasang kasut yang masing-masing berwarna coklat dan ungu.

"Ambil banyak-banyak, siapa nak bayar? Ni, dah banyak dah ni. Dah la tu, Sayf. Takut membazir je nanti". Jasmine menghalakan jari telunjuknya ke arah sebuah bakul yang diletakkan sebentar di atas lantai kedai itu. Bakul itu ternyata sudah dipenuhi oleh barang-barang bayi yang ingin dibeli.

"Kau ni daripada dulu kan kedekut? Takpe, kalini aku sebagai suami mithali akan bayar. Kau duduk diam, jangan banyak cakap".

"Cakap pasal banyak cakap kan, saya sebenarnya ada sesuatu nak bincang dengan awak, Sayf". Jasmine menggaru-garu hidungnya. Nervous punya pasal.

"Bincang apa? Dekat sini? Dekat rumah tak boleh ke?".

"Tak, sekejap je ni".

"Ha, okay lah. Nak cakap apa?". Tanya Caden sambil tangannya meletakkan kembali kedua-dua pasang kasut yang dipegangnya sebentar tadi.

Tanpa berkata apa-apa, tangan Jasmine menarik kolar kot labuh yang dipakai oleh Caden, membuatkan lelaki itu menundukkan sedikit badannya ke arah Jasmine. Tanpa amaran, Jasmine mencium lembut kawasan dahi yang pernah dia lukai seminggu lepas.

"I gave you your second scar. Im sorry, Sayf". Kata Jasmine, suaranya mulai sayu. Dia tahu, dia begitu berdosa kerana telah melukai suaminya sendiri.

"I forgave you, Nazia. I have gotten so much more worse wounds than this. But yours, they left scars. Why? To point out that Im yours. Jangan la risau sangat. These are...". Jarinya menyentuh parut-parut di dahi dan tangannya itu.

"... nothing. Weirdly, I don't feel even a bit of pain from these. Tapi aku masih lagi pelik lah". Caden mengerutkan dahinya. Sekaligus, membuatkan dahi Jasmine turut berkerut.

"Kenapa?".

"As far as I know, women usually mark their men using hickeys but my wife is weird as f-".

Pap!

Laju sahaja Jasmine menutup mulut Caden. Macam mana la lelaki itu boleh terfikir nak cakap benda-benda macam tu dekat public? Tak tahu malu ke?

"Apa awak ni? Kalau orang dengar, macam mana?!". Dia menjerit + berbisik. Faham tak?

"Tapi betul lah kan?".

"Ish, dah la. Malas lah cakap pasal ni lagi. Jom la pergi bayar". Jasmine lantas meninggalkan Caden sendiri bersama bakul bewarna merah jambu yang masih berada di lantai itu.

🦋

"VIN, aku rasa dah sampai masa untuk kita cakap dekat Caden pasal cip rahsia dan apa yang kita jumpa kat dalam tu. Dah seminggu dah tertangguh ni. Kau sendiri tahu yang kalau dia tahu sendiri yang kita sorokkan benda ni daripada dia, kita mati tercekik halkum lah jawabnya, Vin".

Sempat lagi erk Lee buat lawak di hujung-hujung katanya tu. Dah bosan sangat ke?

"Aku pun rasa macam tu, Vin. Nanti dia balik, kita bagitahu dia". Ujar Alex.

"Hm. Okay. Kita akan bagitahu dia bila dia balik nanti. Help me prepare the laptop, slide and everything in the black room".

"Copy!".
"Copy!".

🦋

Updated!

Dah sampai chapter 52 uwuwuwuw.
Maknanya, makin dekat dengan konflik besar dan makin dekat dengan ending hehe.

Have fun reading, peeps!

Also thank you for 13k reads + 1k votes <333

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now