3- Meeting Again

10K 415 16
                                    

SARUNG tangan getah yang elok menyaluti kedua-dua tangannya itu dibuang ke dalam tong sampah berdekatan. Begitu juga dengan topi plastik yang telah merosakkan awning tudung sarungnya itu.

Harini merupakan hari yang sungguh memenatkan bagi seorang doktor yang lebih gemar dipanggil Jasmine. Two operations. Daripada pagi sampai ke tengah malam, lebih tepat lagi, sekarang ni jam di tangan sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Rehat dan makan pun belum sempat lagi.

Ini lah namanya pengorbanan seorang front liner atau dalam situasi Jasmine, seorang doktor bedah.

Sejurus selepas kot putih ditanggalkan, dia terus mengemaskan sedikit tudung sarung yang telah berserabai tadi. Ya, dia tak pakai bawal ataupun shawl sebaliknya tudung sarung. Senang sikit.

Kisah apa kan? Janji tutup aurat.

Kaki yang melangkah terhenti di hadapan lif. Betul-betul di hadapan pintu lif. Lantas butang lif ditekan. Berkobar-kobar rasa di dada ingin pulang ke rumah. Rasa nak terbang je, biar cepat sampai.

Jantung Jasmine seumpama mahu terkeluar daripada tempatnya tatkala dia melihat dua pasang mata dingin yang sedang merenungnya.

GULP!

Air liur ditelan terasa perih sekali. Namun, dia beranikan diri untuk masuk juga ke dalam lif. Memang tak la nak guna tangga pagi-pagi buta ni. Buatnya ada suster ngesot nanti, tak ke naya dibuatnya!

Terasa gerun juga lah apabila mata-mata itu terus menerus merenungnya. Apa yang ditenung pun tak tahu. Cantik sangat ke aku ni? Memang cantik pun~

"Kenapa you tenung I macam tu?". Terlebih berani pula seorang Jasmine untuk bertanya. Entah datang daripada mana keberanian itu. Tadi takut sangat!

"Dr. Jasmine?". Salah seorang daripada mereka bertanya kembali. Soalan dibalas dengan soalan. Perkara yang paling dibenci oleh Jasmine.

Wajah si penanya yang dingin itu cukup menggerunkan sekali.

"Ya, saya. Kenapa?". Boleh pula dia berbual dengan stranger! Teacher dulu tak ajar ke yang kita ni tak boleh bercakap dengan orang yang tak dikenali? Aku ketuk juga kepala Jasmine ni kan, baru tahu!

Air liur ditelan terasa seperti sekam. 'Lambat pula lif ni berjalan'. Cis, lif pula yang dipersalahkan.

Tiba-tiba sahaja badan Jasmine sedikit ingin meloncat apabila terasa benda sejuk menyentuh bahagian belakang badannya yang berlapik dengan baju itu.

'Ya Allah! Apebende pulak ni?!'. Hampir terjerit dia dibuatnya.

Dengan serta-merta Jasmine menjadi semakin panik. Gelabah tak tentu pasal. Nasib baik tak terkena panic attack dekat dalam lif itu.

"Woi! Kau buat apeni? Nanti boss marah!". Bicara salah seorang daripada mereka.

"Diam ah kau! Dr. Jasmine, kalau Dr. masih terasa nak hidup, ikut kitorang".

"Ke mana? Dan kenapa saya?". Tanya Jasmine, ingin tahu plus takut dirinya diapa-apakan oleh dua orang penyangak bermuka segak itu.

"Jangan banyak tanya la bodoh!".

KLAKK!

Hujung besi sejuk yang tadinya menyentuh bahagian belakang badannya dihayunkan oleh lelaki misteri itu ke kepala Jasmine dengan agak kuat. Sehinggakan pandangannya berbalam-balam sejurus selepas itu.

"Apebende kau ni Lee! Nanti boss marah la!". Suara salah seorang daripada mereka masih samar-samar kedengaran di telinga Jasmine yang sudah hendak pengsan itu.

SAYF MALEEQ ||©Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu