46- Kehilangan

6K 273 46
                                    

BILA tengok je Jasmine dan Aidan sudah tiada di rumah yang sudah dipenuhi darah itu, terus Caden memecut keretanya ke hospital.

Sampai-sampai je di hospital, dia dapat melihat isterinya yang kelihatan seperti sudah pasrah dengan apa yang terjadi, duduk di kerusi besi di hadapan wad ICU sambil menyandarkan badannya ke dinding. Matanya terpejam. Cuba mencari sedikit kekuatan untuk menahan air mata daripada melimpah lagi.

Kakinya yang terhincut-hincut itu dihalakan ke arah Jasmine. Terus dia tarik Jasmine ke dalam pelukannya. Dia tahu apa yang terjadi.

"Mana Aidan wey?!". Lee yang baru sahaja sampai bersama Melvin itu menghampiri mereka berdua. Dengar sahaja soalan yang keluar daripada mulut Lee, terus Jasmine meraung lagi.

"Gil, mana Aidan?". Tanya Melvin dengan nada yang tenang.

"Lee, Alex pergi ambil keluarga Aidan dekat kampung ke?". Soal Caden.

Lee hanya sekadar mengangguk. Dia sudah terduduk di lantai. Mukanya menahan tangis. Macam mana tak sedih? Balik sahaja rumah tadi, terus dia dapat call daripada Caden yang sudah sampai ke hospital menyatakan yang Aidan yang sedang koma dan masih kritital itu dirawat di unit ICU.

"GIL, AKU TANYA KAU, AIDAN MANA?!". Melvin sudah dapat menahan lagi amarahnya. Dia memang seseorang yang jarang menunjukkan emosinya, namun jikalau ianya melibatkan perihal rakan baiknya, emosinya sudah tidak dapat tertahan lagi.

Lagi-lagi, Aidan. Aidan Hakimi. Dia kenal Aidan sejak daripada budak tu berumur 18 tahun lagi. Dia ambil Aidan bekerja dengan dia sebelum di bawa ke Rusia untuk diperkenalkan kepada Keluarga Velkovace. That young boy was a part of Velkovace. That young boy was a part of his life. Melvin's life.

Hubungan dia dan Aidan sudah tak ubah seperti adik dan abang. Walaupun dia selalu bersikap dingin dengan Aidan, kasihnya kepada lelaki itu tak terhingga. Dia terlalu sayangkan Aidan sebagai adik lelakinya. He took care of him for 4 years. Dah rapat macam belangkas walaupun jarang dia tunjukkan emosi dan sisi efeksi nya.

"Aidan koma. Still critical". Jawab Caden. Tangannya menggosok-gosok kepala Jasmine. Jauh wanita itu termenung. Sisa air mata sudah kering, tinggal berkasnya sahaja.

"Who the hell did it?".

"Kau sendiri tahu siapa, Vin". Lee yang juga sedang termenung jauh itu, menjawab lemah. Tangannya memegang konsol permainan Nintendo yang baru sahaja dibeli olehnya minggu lepas. Sempat dia capai di biliknya sebelum dia pecut keretanya ke hospital tadi. Niatnya, bila Aidan dah sedar nanti, dia nak kasi ni dekat Aidan.

"Я убью его. Я клянусь своей собственной жизнью. (i will kill him, i swear with my own life)". Dendam yang membara di hati Melvin itu membuatkan dia ingin berlalu daripada situ untuk pergi membunuh sesiapa sahaja yang telah menyakiti Aidan.

"Kau tak nak tunggu Aidan sedar dulu?". Tegur Caden. Walhal, dia sudah tahu sangat tipis harapan untuk Aidan sedar.

Kata doktor, otaknya mengalami gegaran. Tempurung kepalanya retak, usus dan perutnya hampir hancur akibat ditembak beberapa kali, tak lupa juga yang dia sudah kehilangan banyak darah.

Sangat-sangat tipis peluang untuk Aidan terus bernyawa.

"Aku-".

"Mana anak makcik?! Kenapa dengan Aidan? Kenapa?!". Itu dia. Suara Mak Cik Kasmah. Ibu kepada Aidan.

"Aidan macam mana, Gil?". Tanya Alex yang baru sahaja sampai bersama Mak Cik Kasmah dan Alya, adik perempuan Aidan.

Apabila Alex sebut sahaja nama Caden tadi, terus Mak Cik Kasmah berpaling arah matanya ke arah Caden. Dia meluru ke arah lelaki itu lalu tangannya naik menampar wajah Caden.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now