59- Hedeon Helge

5.5K 278 45
                                    

"HEDEON HELGE. Kau pelik sebab muka dia sama macam arwah Aidan kan? Ya, waktu Aidan diperkenalkan di keluarga ni pun, semua orang pelik. Sebab muka mereka terlalu sama, macam tiada beza langsung. Padahal, mereka tiada pertalian darah pun". Caden mulai bercerita setelah dipaksa oleh Jasmine.

"Umur pun sama. Masuk tahun ni, genap 22 tahun. Kalau daripada segi kehandalan dalam keluarga Velkovace dan fizikalnya, langsung tiada beza. Tapi, ada satu je bezanya. Hedeon paling benci main video game, tak macam arwah Aidan. Katanya, main benda-benda tu, buang masa sahaja". Caden tersenyum nipis di hujung katanya.

"Oh... Hampir-hampir saya ingat yang Aidan hidup balik tadi. Mana tahu, saya kena prank ke, kan?". Dia menyondol-nyondol bahu Caden.

"Takdela. Orang dah meninggal, mana boleh hidup balik. Ni aku nak bagitahu kau awal-awal ni". Caden memegang lembut tangan Jasmine. Dia tahu, Jasmine tidak akan suka dengan fakta yang seterusnya bakal diperkatakan ini.

"Sepanjang sebulan kita kat sini, aku akan jadi sibuk sangat-sangat. Hedeon yang akan jaga kau. And if you're wondering, yes, tugas dia sama seperti arwah Aidan. Dia akan jadi pengawal peribadi kau. Kalau kau nak, berkawan la dengan dia. Macam mana kau rapat dengan arwah Aidan, rapat la juga dengan dia".

"Kenapa?". Jasmine bertanya menggunakan suara tidak bermayanya. Kenapa? Lah, member tu sedang mempersiapkan mentalnya untuk kena ignore oleh suami sendiri selama sebulan.

"Takdela, saja je. Dia akan cuba gantikan tempat Aidan sebagai bestfriend kau. Jangan kau bergaduh pula dengan dia, tau?". Caden menggosok-gosok kepala Jasmine yang berlitup dengan tudung itu.

"Okay...". Dia masih muram. Tak suka la nak kena ignore ni. Lama pula tu!

"Maafkan aku. Aku tak berniat nak lepaskan tanggungjawab aku sebagai suami kau. Aku jadi terlalu sibuk. Maafkan aku ya, Nazia?". Tulus suaranya meminta maaf.

"Takpela, saya faham. Tapi nanti mesti saya selalu rindu awak".

"Ask Hedeon to call me then, I will be there for you".

"Saya sayang awak tau, Sayf". Dia tiba-tiba sahaja melentokkan kepalanya ke dada Caden dan mengucapkan kata itu.

"И я тоже (so do I)".

🦋

"PRINCESS, lets go". Hedeon yang sudah segak memakai baju kemeja hitam bersama seluar yang juga bewarna hitam itu datang menghampiri Jasmine yang baru sahaja ditinggal sendiri oleh Caden.

Sesiapa pun yang melihat Jasmine yang sedang duduk di ruang tamu besar itu seorang diri akan kesian dengannya.

Caden baru sahaja keluar bersama Mr. Vyacheslav untuk menemui salah satu client mereka di sebuah hotel, agak jauh daripada 'istana' itu.

Alex, Lee dan Melvin pula daripada petang tadi masih tak sedarkan diri lagi. Penat sangat ke? By the way, diorang tidur tau. Bukan koma ke, pengsan ke, mamp-

"Where are we going?".

"To a party. Don't worry, it's my friends' child's gender reveal party. Not in the club one".

"Oh... Malas lah". Jasmine sungguh merasa tidak bersemangat sekarang. Dia rindu kan suaminya.

Ceh, member tu baru pergi tak sampai 30 minit.

"Come on, theres gonna be a lot of delicious foods there".

"Eh, eh mamat ni. Asal makanan je aku, asal aku je makanan. Kau ingat aku ni apa? Lapar sangat ke ha?". Dia bangun dan bercekak pinggang di hadapan Hedeon. Geram pula rasanya! Takpe, dia selamat sebab Hedeon tak faham.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now