61- Heated Argument

5.7K 265 15
                                    

"GOOD MORNING, Lady Jasmine. We are here to escort you to the dining hall for breakfast. Hedeon is waiting for you there". Mata Jasmine belum sempat nak dibuka luas-luas lagi, dah muncul dua orang wanita muda yang kemas berpakaian seperti pembantu rumah di luar pintu biliknya.

"Caden?". Sambil menguap, sambil dia bertanya.

"Sir Gilbert is in his working room. You can meet him after breakfast. He's having a conversation with Lady Belle".

Amboi, amboi. Siapa pula di Lady Belle ni? Sesuka hati nak bersembang dengan laki orang pula.

"Who's she?".

"I don't think you need to know that". Balas salah seorang daripada dua orang pembantu rumah itu membuatkan hati Jasmine semakin berapi-api. Cemburu lah apa lagi?

"Then, I won't be eating". Kata Jasmine dengan suara yang agak tegang lalu menutup pintu begitu sahaja. Membiarkan dua orang pembantu rumah itu terpinga-pinga di luar.

"Ish, Sayf ni. Kata nak pujuk kita. Tengok la daddy korang tu, suka sakitkan hati saya. Lepastu, nanti ada lah orang cakap saya mengada-ngada tu. Saya cuma nak tengok suami saya. Itupun salah ke?".

Dia mengelap tubiran matanya yang sudah mengalirkan air jernih. Entah kenapa, dia terasa terlebih sensitif pula. Dia sangka, dia akan kuat apabila dipinggir oleh Caden, rupanya tak. Dia fikir kerja Caden takde la banyak sangat. Dia ingat, macam mana kerja Caden di Malaysia, macam tu la kerja Caden di Rusia.

Tapi, sangkaannya meleset. Dia fikir dia akan kuat, tapi tak. Dia masih lagi seorang isteri yang memerlukan lebih perhatian daripada sebelumnya.

Cincin kahwin yang ada di jari manisnya dipusing-pusing. Ah! Dia rindu Caden!

Padahal masih duduk sebumbung. Bukannya lari pun Caden tu. Tapi entah kenapa, dia berasa rindu sekali akan lelaki itu.

"Princess...". Ha itu dia. Hedeon. Hadir tanpa disuruh. Macam tahu-tahu je Jasmine tengah sedih. Siapa nak Hedeon, boleh angkat jari telunjuk ya?

"Ape...?". Meleret Jasmine menjawab.

"Lets go have your breakfast".

"I don't want to".

"Mr. Vyacheslav is waiting for you, my lady. He's waiting for you to have a breakfast with you".

Dengar sahaja nama Mr. Vyacheslav, terus dia mengangkatkan kepalanya. Air matanya disapu dengan tangan sendiri. Nak tunggu orang lain sapu? Lambat lagi.

"Come on, princess. Melvin, Lee and Alex are there too".

Oof-, dah lama tak dengar nama mereka bertiga. Hari ketiga berada di bumi Rusia ini baru la ada orang sebut. Batang hidung mereka pun belum nampak lagi. Takkan lah tidur sampai 48 jam. Dasyat betul. Tch, tch, tch...

"I wanna take my bath. You can go first".

"Alright, I will wait for 30 minutes. If you aren't there yet, I will come again".

"Okay...". Akhirnya, terpaksa la dia pergi mandi dan bersiap untuk turun makan. Kalau takdenya Mr. Vyacheslav a.k.a atuk Caden tu, memang dia bercadang tak nak keluar bilik, nak tidur aje seharian ni.

🦋

PERLAHAN-LAHAN dia menuruni tangga besar seumpama tangga di istana itu. Gaun ibu mengandung bewarna kuning pastel dan bercorak mangga menjadi pilihan Jasmine.

Jangan kecam tau, ini pun sebab dia dah tak tahu nak pakai apa. Biasalah perempuan, baru banyak. Tapi, time nak pakai takde satu pun yang sesuai. Last-last, kena pergi beli baju baru.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now