16- Maggi

8.1K 371 23
                                    

KETIKA sedang sibuk dia mengemas katil kecil itu, terasa badannya seperti mahu dipeluk oleh seseorang sahaja.

Dan dia tahu siapakah gerangan itu. Dia sangat tahu.

"Awak nak apa?". Soalnya, bosan. Masih terasakah dengan perbualan ni meja makan tadi? Tapi apa haknya untuk terasa? Isteri? Ya, mungkin.

"Kenapa kau tak nak tidur dengan aku?". Badan si isteri dipusing untuk menghadapnya. Terus dia memeluk kemas pinggang Jasmine membuatkan wanita itu agak terkejut.

"Saya takut awak tak selesa lah".

"Tujuan aku ajak kau datang sini, untuk berada di samping aku. Sentiasa ada dengan aku. Kalau kau tidur bilik lain, apa gunanya aku bawa kau ke sini, hm?". Mukanya semakin didekatkan dengan muka Jasmine sehingga hidung mereka berlaga.

"Tak nak la. Awak pergi la tidur. Saya tak nak ganggu awak". Jasmine sedaya upaya cuba untuk menolak badan tinggi suaminya itu. Tapi, cliche thing, badan lelaki, bukannya boleh ditolak senang-senang je oleh seorang perempuan.

"Tell me what did I do wrong, sweetheart? Ke sebab aku tengking kau beberapa hari lepas?".

"Tak, bukan".

"Then?". Badan mereka semakin ke belakang dan belakang sehingga akhirnya kedua-duanya jatuh ke atas katil. Dengan posisi badan Caden yang menindih Jasmine.

"Takde apa-apa. Awak boleh tepi tak? Saya nak bernafas pun susah". Dan akhirnya, berjaya juga dia melebarkan jarak antara kedua badan itu.

"Tidur dengan aku". Tajam matanya merenung mata coklat milik Jasmine.

"Tak nak".

"Im not asking a question, Nazia. This is a command".

"Saya bukan anak buah awak okay? Untuk awak arah-arah bagai. Saya bukan sesiapa pun. Not even your lover. Saya hanya isteri awak yang awak sendiri tak nak".

Langkah Caden semakin dekat dengan Jasmine setelah akhirnya dia menangkap apa yang menganggu fikiran isterinya yang sorang ini.

Renungannya yang tajam tadi kembali melembut. Mencari cara untuk memahami apa yang sepasang mata coklat itu cuba untuk bicarakan.

"Dah la, saya nak tidur. Awak keluar lah". Badannya tanpa segan silu dibaringkan di atas katil bujang empuk itu. Selimut ditarik sehingga menutupi seluruh badannya. Tinggal kepala sahaja. Kepalanya dipalingkan ke arah dinding kosong. Tak mahu melihat Caden. Entah apa yang dirajukkan pun tak tahu. Eh, dia merajuk ke? Ke tak? Entah la.

"Goodnight, Nazia". Ucapnya lelaki itu sebelum melangkah keluar daripada bilik yang berdinding kuning pastel itu. Bilik itu sebenarnya disediakan untuk sepupu kecil Keluarga Hanchester kalau mereka datang ke Malaysia. Tapi, disebabkan sudah lama mereka tak datang ke sini, bilik tu jadi kosong.

Bilik tu merupakan satu-satunya bilik di dalam rumah itu yang bewarna kuning. Yang lain, semua samaada hitam, kelabu atau putih.

Keluarga Hanchester? Ya, keluarga Melvin. Kenapa tidak keluarga Velkov? Mereka jarang mengambil tahu secara langsung tentang kehidupan Caden. Yela, selalu sibuk. Kalau nak tahu pun, Mr. Vyacheslav akan tahu daripada mata-mata yang diupah. Jarang sangat lah kalau sampai nak datang melawat Malaysia sendiri.

🦋

LANGKAH menuruni tangga terasa lambat sahaja. Masih tengah berfikir macam mana nak jahit mulut sendiri tanpa rasa sakit.

"Aku dah cakap dekat kau, Caden. Jaga hati dia". Melvin yang baru sahaja keluar daripada biliknya di tingkat 2 itu seakan tahu sahaja apa yang difikirkan Caden.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now