68- Killed

6.4K 245 22
                                    

KLAKK!

Terkaku seketika figura yang sedang melahap, memakan makanan tengaharinya serupa setan itu. Macam mana tak setan? Lepas buat benda jahat dekat isteri orang, terus makan. Dipanggil manusia kah kalau sekejam itu? Tidak.

Lagi satu, kata orang kaya. Asal makan dekat rumah usang? Dah jatuh miskin ke?

"Kau... Kau bunuh anak-anak aku". Pistol yang ada di tangan Jasmine ditekan dengan lebih kuat ke tempurung kepala Darren. Dia yang cukup terkejut dengan tindakan wanita itu, hampir sahaja menyemburkan semua makanan yang ada di dalam mulutnya ke luar.

"WOI! MACAM MANA KAU KUNCI PINTU?! KENAPA PEREMPUAN NI BOLEH KELUAR?!". Tengking Darren kuat. Sehinggakan bergema seluruh ruangan rumah usang itu. Namun, tiada seorang pun daripada anak buahnya yang menyahut.

"Takyah menjerit macam mak nyah sangat la King. Mayat anak-anak buah kau dah lama aku bagi makan buaya. Tapi sayang, buaya rate 5 out of 10 je. Kesian...". Lee muncul di hadapan Darren sambil menggosok-gosok bat softball ke tangannya.

Muncul juga Alex bersama Nakajimanya bersama Melvin di setiap sisi Lee.

" Kau... Kau r*gol aku!". Jasmine menjerit di telinga Darren seraya memukul kuat kepala lelaki bertopengkan syaitan itu.

"Kau pukul suami aku sampai dia... separuh mati!". Dia menyebut satu persatu kesalahan Darren. Rasa sakit di bahagian rahimnya sanggup ditahan sebolehnya demi tujuannya yang satu tika itu.

She wanted to kill him by her own hands.

"Nazia, stop. Biar mereka bertiga yang uruskan dia. Kau kena pergi hospital". Caden cuba untuk menghentikan Jasmine apabila matanya tertancap pada aliran darah merah pekat yang semakin banyak daripada celah kedua kaki isterinya itu.

But of course, he can't.
He can't stop her anymore.

Dush!

Tanpa amaran, Lee menghayunkan kuat kayu besbol yang dipegang dengan kecepatan yang agak tinggi ke kepala Darren sehingga jantan tak guna itu jatuh tergolek ke atas lantai yang agak dipenuhi dedaun kering itu.

"That one for killing my precious little baby boy, jantan sial!".

Dush!

Dan sekali lagi dia memukul kepala Darren tanpa sebarang amaran.

"And that one for killing my child fruits". Anak-anak buah, maksud Lee. Iaitu anak-anak yang pernah berada di dalam kandungan Jasmine. Ya, anak-anak kembar kepada Caden dan Jasmine yang baru sahaja  gugur.

Srush!

Giliran Alex pula untuk menghiris kedua betis Darren dengan Nakajima, pedang samurainya. Tanpa sempat lelaki itu bernafas dengan sebaiknya selepas dipukul oleh Lee sesaat yang lepas.

"Nazia, please. Listen to me sweetheart. Kau dah hilang banyak sangat darah tu, sayang". Caden yang semakin membuak-buak risaunya apabila melihat semakin banyak darah yang keluar daripada celah kedua kaki Jasmine itu, sedaya upaya cuba untuk terus memujuk dan menenangkan isterinya.

"NO! I WON'T LEAVE! NOT UNTIL HE IS DEAD BY MY HANDS!".

Dan giliran terakhir merupakan giliran Melvin untuk mendekati tubuh Darren yang sudah nazak tergeletak di lantai itu. Sebuah botol berisi cairan dibuka. Mata Darren membulat di saat membaca tag nama cairan yang ada pada botol kaca itu.

HSbF6. Atau lebih dikenali sebagai fluoroantimonic acid.

"TAK! JANGAN! TOLONG! KESIAN KAN AKU!". Darren yang sudah lemah itu mencuba untuk merayu.

Tanpa mengendahkan rayuan pembaziran air liur Darren itu, perlahan-lahan penutup botol superasid itu dibuka dan setengah daripada isinya dicucurkan ke seluruh wajah dan sekujur tubuh milik Darren. Ada sesetengah daripadanya menjelajah masuk secara paksa ke dalam rongga mulut lelaki itu.

"ARHHH! BLUKKKK! ARHHH!".

Kuat dia meraung, menahan sensasi pedih bercampur terbakar yang dirasai.

That's what you get for messing up with him. The one and only, Melvin Adriane Hanchester.

Turut keluar bau-bauan hangus terbakar ke seluruh ruangan bilik itu.

" I want to destroy your organs just like how you did to Aidan. Jasmine, your turn". Ujar Melvin. Dia lalu mengundur sedikit ke belakang untuk memberi ruang kepada the queen herself, Jasmine Nazia.

Pistol diangkat tinggi oleh tangan wanita itu sambil wajahnya terlihat menahan sakit yang teramat sangat di bahagian celah kaki dan rahimnya.

Picu Desert Eagle putih milik Caden itu ditarik.

"Maafkan aku, Jasmine. Spare my life". Darren cuba merayu buat terakhir kalinya.

"Even the hell doesn't want to welcome you".

DOR!

Satu tembakan dilepaskan oleh Jasmine tepat mengenai kepala Darren sehingga berkecai segala isi yang ada di dalamnya. Maka, di situ lah berakhirnya nyawa lelaki kejam, Darren Lucius King.

Dan di situ juga la...

Rebahnya sekujur tubuh lemah milik Jasmine tepat ke atas ribaan suaminya tercinta.

"Nazia? Nazia? Nazia, please. Please don't leave me. Jangan tinggalkan aku, sayang. Aku merayu dekat kau". Tangannya yang dipenuhi darah kering itu menepuk-nepuk lembut pipi si isteri yang sudah terkulai layu di atas ribanya.

"Sayf... Kalau ditakdirkan salah seorang daripada anak-anak kita selamat dan awak.... a--awak diberi pilihan untuk memilih antara saya atau dia.... Sa-saya merayu dekat awak, Sayf. To-to... Tolong pilih anak kita. Saya betul-betul merayu dekat awak. Tolong pilih dia, Sayf". Dia merayu. Kerana dia sebagai doktor pakar bedah, dia tahu yang Caden akan diberikan pilihan ini oleh doktor sebentar lagi.

"Never! Aku takkan belakang kan kau, Nazia. Kau akan tetap ada dengan aku". Air mata bercampur darah lelaki itu menitik jatuh ke pipi mulus Jasmine.

"Kalau awak tak pilih anak kita nanti... Saya bersumpah... Saya bersumpah yang saya tak akan cintakan awak lagi". Sempat lagi Jasmine tersenyum nipis.

She really meant it.

"Tak! Kau tak boleh ugut aku macam tu! TAK! TAK!".

"Saya sayangkan awak, Sayf. Tolong ampunkan segala dosa saya dengan awak. Maafkan segala kesalahan saya dengan awak, Sayf". Dan dengan berakhirnya kata itu, maka terkatup la kedua mata Jasmine. Membuatkan tangis Caden terhenti seketika.

"Nazia?".

"Nazia?".

"Nazia?".

Tiga kali dia cuba untuk memanggil nama isterinya. Namun, tetap juga tiada sambutan.

"Gil. Kita kena bawa Jasmine pergi hospital dulu". Cadang Melvin.

"NO! NO! Melvin, isteri aku tak mati lagi kan? Isteri aku masih ada kan? Dia tidur sekejap je kan?". Caden menyoal. Baginya, Jasmine masih lagi bernyawa. Walhal, sudah tiada lagi deruan nafas tenang yang keluar daripada rongga pernafasan wanita itu.

"Gil, kita bawa dia pergi hospital okay?".

"Ответьте на мои вопросы (jawab soalan aku)!".

"Да, не волнуйтесь (ya, jangan risau)". Nampaknya, Melvin terpaksa berbohong.

Lee dan Alex hanya memerhati daripada jauh dengan wajah yang tertunduk sayu. Mereka tahu. Mereka tahu yang Melvin hanya berbohong untuk menenangkan Caden sahaja.

Ya, mereka tahu semua itu.

🦋

Hehe *senyum innoncent* sorry 🙏🏻

Happy reading!

Ajukan pendapat anda di ruangan komen!

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now