24- Nice Target

7.5K 331 10
                                    

"MELVIN kenapa awak bawa kereta laju-laju ni? Nak bunuh saya ke?". Kemas Jasmine berpegang pada pemegang yang ada di tempat duduknya di saat merasa yang kereta yang dipandu Melvin mulai memecut semakin laju.

"Ambil pistol hitam bawah seat kau tu". Arah Melvin dengan wajah yang tak beriak. Jasmine hanya akur dan mula mencapai sesuatu di bawah tempat duduk nya itu.

Terasa benda yang agak sejuk dan licin di bawah tempat duduk itu. Lantas dia ambil.

Hampir sahaja dia tercampak Beretta 92 itu ke hadapan akibat terkejut. Mana taknya, ini merupakan kali pertama dia memegang pistol. Agak berat. Amboi, sempat lagi buat pemerhatian.

Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan pekerjaan mereka berlima. Haritu dia tanya, Melvin hanya menjawab dia bekerja di sebuah syarikat di bawah Caden.

"Aku ada tugas untuk kau". Tingkap kereta di bahagian tempat duduk Jasmine dibuka.

"Tugas apa pula ni? Saya tak nak bunuh orang". Makin terketar-ketar tangannya yang memegang Beretta 92 itu.

"Jangan risau, kau tak payah bunuh orang. Aku nak kau aim tayar kereta yang tengah kejar kita tu, lepastu tembak".

"Tembak tayar dia?".

"Yup".

"Sekarang?". Tanya Jasmine lagi. Kan salah masa tembak, kena marah. Buruk padahnya.

"Ya, sekarang!".

Dengan perasaan yang agak takut, Jasmine mengeluarkan separuh daripada badannya ke luar tingkap untuk mengaim kan pistolnya, biar tepat ke arah tanya Ferrari Kuning yang sedang mengejar mereka itu.

"Bismillah". Yang ni, rasa macam lawak pula.

DOR!

Jasmine berjaya melepaskan tembakan pertamanya sepanjang 27 tahun dia hidup. Kereta yang tadinya sedang laju mengikuti mereka semakin perlahan dan jauh ketinggalan ke belakang.

"Nice shot, Dr! Aku ingat kau pandai pegang pisau dan jarum je". Sempat Jasmine mengerling ke arah Melvin yang sedikit tersenyum itu. Tinggi sangat ke pencapaian Jasmine sampai Melvin pun mampu tersenyum. Dia sendiri pun tertanya-tanya soalan itu.

"Apanya? Kalau dia tembak saya balik tadi? Tak ke mati katak saya dekat situ?". Jasmine menyoal.

"As long as you are with me, you won't die, Dr. It is my compulsory job to keep you alive and safe". Melvin berkata sambil tersenyum lagi.

"Sampai macam tu sekali? Who do you serve for?". Dia sudah tahu jawapannya, namun dia masih memerlukan kepastian.

"Caden Velkov Gilbert".

🦋

"YA ALLAH, awak pergi mana? Kenapa balik lewat macam ni? Jangan lah buat saya risau". Jasmine terus memeluk suaminya yang baru sahaja pulang itu. Sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi.

"Kau kenapa tak tidur lagi? Kan aku dah cakap jangan tunggu aku". Caden menggosok-gosok kepala Jasmine. Sesekali dia mendaratkan bibirnya di dahi wanita itu.

Hanya Tuhan sahaja tahu betapa dia merisaukan wanita ini. Kalau Jasmine tak pernah kenal dengan dia, mesti Jasmine takkan terlibat dalam dunia gelap dia. Kalau dia tak kahwin dengan Jasmine, wanita ini tak akan jadi target musuhnya. Dia hanya mampu menyimpan kerisauan di dalam hatinya sendiri.

"Jom, masuk tidur". Jasmine mengangkat sedikit kepalanya.

"Hug me longer, sweetheart. Im tired". Pelukan Caden semakin dikemaskan. Mukanya direhatkan pada bahu isterinya itu. Betapa risaunya dia dekat Jasmine ketika bertemu dengan Darren tadi. Terasa nak tercabut jantung. Betapa takutnya dia untuk kehilangan wanita ini. Adakah dia sudah jatuh cinta?

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now