49- Short-Term Memory Loss

5.8K 280 16
                                    

"TAK tidur lagi?". Caden menyoal Jasmine yang sedang duduk bersila di atas katil sambil tangannya membelek-belek sebuah album gambar.

Setelah penantian 30 saat tanpa jawapan, dia yang sedang mengelap rambut setelah baru sahaja keluar daripada bilik air itu mendekati isterinya. Punggung dilabuhkan di sisi katil. Lebih tepat lagi, di hadapan album gambar yang bersaiz sederhana besar itu.

Tangannya tiba-tiba berhenti mengelap rambut hitam pekat itu apabila matanya tertancap pada gambar-gambar yang ada di dalam album itu. Banyak terdiri daripadanya gambar dua orang kanak-kanak perempuan yang sangat iras wajahnya.

Kepala Caden diangkat dan dia tertoleh pada wajah sembab milik Jasmine. Hidung wanita itu memerah, mata wanita itu berair. Rambutnya berserabai. Sudah tidak serupa Jasmine yang dulu lagi.

Masa yang sesingkat hampir 5 bulan ini, merubah segalanya. Mengungkap segala kisah yang patut lebih baik tersimpan sebagai rahsia.

"Cerita. Semuanya". Perlahan Jasmine mulai membuka mulut. Dia ingin mengetahui cerita selengkapnya daripada mulut Caden sendiri.

"It's 3 a.m, Nazia. Kau tidur dulu boleh? Aku risaukan kau". Caden cuba memegang sisi kepala wanita itu tetapi lantas tangannya ditepis kasar.

"CERITA LA! Awak sendiri tahu yang saya ada short term memory loss syndrome kan? Awak cuba nak ambil kesempatan kan?! Jadi, bila esok, saya dah lupa dan takkan suruh awak ceritakan semuanya lagi. Awak akan terus rahsiakan cerita ni dan penyakit saya sendiri daripada saya kan?!".

Terkejut Caden mendengar segala tuduhan si isteri. Sebahagian daripadanya, betul sebetulnya. Dia nak terus rahsiakan sindrom yang dihadapi oleh wanita itu daripada dirinya sendiri. Kalau boleh, sampai bila-bila pun dia tak nak Jasmine tahu. Sebab...

"Saya kan puncanya? Saya perempuan tu kan? Saya perempuan yang bagi tali leher hijau tu kan? Dengan alasan yang sama, saya suka warna mata awak. Saya perempuan yang buatkan awak tolak cinta Jasmina. Saya penyebab arwah Jasmina bun*h diri kan?". Itu lah sebabnya. Dia tak nak Jasmine rasa bersalah.

Di masa remaja Jasmine, dia mengalami kemalangan. Kemalangan yang membuatkan dia akan menghidapi short term memory loss syndrome di seumur hidupnya. Dia akan melupai kejadian-kejadian yang baru sahaja berlaku. Dalam kes ni, lepas sahaja dia beri tali leher itu pada Caden, terus dia melupai lelaki itu. Langsung dia tak ingat kepadanya.

Caden tahu hal ini. Daripada mana?

Arwah Jasmina. Ya, arwah Jasmina yang bagi tahu. Sebab mereka terlalu rapat, jadi arwah telah menceritakan semuanya kepada Caden. Termasuklah tentang kakak kembarnya, Jasmine.

"Sebab tu lah aku rahsiakan semuanya daripada kau. Aku takut kau salahkan diri kau sendiri".

"MEMANG SALAH SAYA! Kalau saya tak belajar di Rusia sejak awal lagi, awak tak kan pernah jumpa saya. Awak tak akan pernah jatuh cinta dengan saya. Dan awak tak akan tolak cinta Jasmina. Dia masih boleh hidup dan bahagia, sekarang...".

Ya, perjumpaan di kafe itu ialah perjumpaan pertama di antara ketiga-tiga orang itu. Caden, Jasmine dan Jasmina. Pada masa itu, Jasmina datang ke Rusia untuk melawat kakaknya yang sedang cuti semester.

Jadi, antara sebab kenapa Jasmine pindah untuk belajar ke India daripada Rusia adalah sebab... Jasmina? Dan Caden? Dia tak nak terlihat seperti menganggu hubungan mereka sebab dia...

"Semua ni salah saya".

"Berhenti salahkan diri kau, Nazia".

"TAK! MEMANG SEMUA NI SALAH SAYA! Kalau awak nak tahu, saya jatuh cinta dengan awak sejak pertama kali kita berjumpa di kafe tu. Tapi lepas je saya bagi dekat awak tali leher tu, saya tiba-tiba hilang segala ingatan pasal awak. Saya tak pernah ingat pun pasal awak. TU KENYATAANNYA KAN?!".

Ya, semuanya tepat sekali. Ingatan Jasmine sudah mulai pulih kembali dek kerana sampul surat yang diberikan oleh Darren itu.

Caden terdiam. Dia membeku di tempat duduknya. Dia langsung tak sangka yang sebanyak itu dia tahu tentang hal ini. Masa silam mereka bertiga.

"JAWAB LAH, CADEN GILBERT!". Mukanya menunduk. Tangannya kemas menggengam cadar. Selimutnya sudah agak basah dengan segala air mata yang jatuh.

Tanpa bercakap banyak lagi, dia menutup album itu lalu duduk semakin mendekat dengan isterinya. Wajah isterinya diangkat sedikit. Tangan kasarnya mengelap segala sisa air mata yang ada.

"Aku minta maaf. Aku minta maaf. Aku minta maaf sangat-sangat kalau kau rasa kehilangan Jasmina adalah disebabkan aku. Aku betul-betul minta maaf. Kau boleh bencikan aku Nazia, but Im begging please don't put the blame on yourself. Salahkan je aku. Pukul aku. Tapi tolong, jangan benci dan salahkan diri kau. Kau tak salah". Sudah sehabis lembut suaranya berkata-kata. Sedaya upaya dia ingin menenangkan Jasmine.

"We literally have no difference. Why did you fall for me and not her?". Soalan yang mampu membuatkan Caden terdiam seribu bahasa. Tidak pernah lagi sepanjang sejarah seorang lelaki, bidadari hidupnya akan bertanyakan soalan yang sungguh aneh ini.

"I don't know". Mata hijaunya merenung Jasmine. Dia tak bijak dengan kata-kata tapi dia nak Jasmine tahu kenapa dia cintakan wanita itu hanya daripada pandangan matanya sahaja.

"Kalau awak pilih dia, mesti dia masih hidup lagi sekarang". Suara Jasmine semakin melemah. Mungkin terlalu kepenatan, daripada semalam menangis tanpa henti. Minggu lepas sudah bersedih atas pemergian Aidan, harini dek kerana hal ini pula.

Ini akan memenatkan mental wanita itu. Semakin penat mentalnya, semakin teruk sindrom yang dihidapi. Dia akan melupai lebih banyak benda.

"Sekarang kau dah tahu semuanya, boleh kau rehat? Aku risau. You, yourself know that the syndrome will be worsen if you don't have enough rest, right? Mental health kau akan jadi teruk, kau akan lupa segalanya lagi. Kau nak ke macam tu?". Dia mulai semakin merisaui Jasmine. Dia tak nak Jasmine lupa padanya buat kali kedua.

" Tidur lah dulu, Nazia. Rehat dulu. Esok Alisa sampai ke Malaysia. Kau kata nak melawat kubur Aidan sama-sama dengan dia kan?".

Sebut sahaja nama Aidan, terus dia mendongakkan sedikit kepalanya. Air mata mulai bercucuran jatuh lagi. Lah, kenapa pula?

"Lah, kenapa lagi ni?". Terus dia tarik Jasmine ke dalam pelukannya.

"Aidan... Saya rindu dia...". Semua orang bersedih dengan pemergian si childish itu. Termasuk lah Jasmine.

"I know and I miss him too. We will be visiting him tomorrow. Now, I need you to sleep and have a rest. Im sure he won't be happy to look at your messy face. Silap-silap dia cekik aku masa aku tengah tidur esok sebab tengok muka kau sedih-sedih macam ni". Sempat Caden bergurau di hujung katanya. Membuatkan wanita itu tersenyum sedikit.

"Tidur, okay? Dah lewat ni. Aku nak pakai baju kejap". Dia melepaskan tangannya daripada terus memegang tangan Jasmine.

Album yang masih ada di atas katil itu diambil lalu diletakkan ke dalam almari kecil yang ada di dalam bilik tidur itu.

Sweatpants hitam yang ada di atas katil, disarungkan. Tuala disangkutkan di tempat penyangkut tuala lalu terus dia masuk ke dalam selimut tebal itu.

Tangan kekar Caden mencari-cari pinggang Jasmine untuk dipeluk.

"Can I hug you, sweetheart?".

Kepala sahaja digeleng, hakikatnya Jasmine mendekatkan badannya dengan Caden sehingga tangan Caden yang sedang mencari-cari tadi tersentuh pijama berkain cotton yang dipakai oleh Jasmine.

"Goodnight, Nazia. Я люблю тебя, всегда (i love you, always)".

🦋

"We literally have no difference. Why did you fall for me and not her?".

Saddest line to ever exist. Agree?

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now