62- Cinta Tiga Segi

6.1K 265 13
                                    

"SAYANG, jom balik Malaysia nak?". Cukup terkejut Jasmine mendengar soalan itu. Bukan sebab maksud di sebalik soalan itu, namun perkataan pertama yang digunakan.

"'Sayang'?"

"Kau la yang aku panggil 'sayang' tu, siapa lagi?". Caden mengangkat sedikit kepalanya daripada ribaan Jasmine untuk memperjelaskan lagi penglihatannya terhadap wanita itu.

"Hm, tahu. Terkejut sikit je".

"Nak tak balik Malaysia?".

"Kenapa?". Okay, sekarang baru dia merasa pelik akan soalan suaminya itu. Sebelum ini, Caden yang beria yang balik Rusia. Bila dah balik ni, nak cepat-cepat pulang ke Malaysia pula. Pelik ni, pelik.

"Aku selalu takde masa dengan kau kalau dekat sini. Tak macam dekat Malaysia, I could spend 3/4 of my time with you. Being with you every second when you need me. Being there with the twin every single second. Aku boleh jadi ayah yang lebih balik kalau kita di Malaysia. Dekat Rusia, aku terlalu sibuk. Aku takde masa untuk semua tu". Dia baringkan lagi kepalanya ke riba Jasmine.

Deruan angin pantai yang sungguh mendamaikan itu dinikmati sambil Caden meluahkan rasa bersalah yang telah bersarang di hatinya.

"Saya minta maaf Sayf, kalau saya ada buat awak rasa yang awak ni bukan suami yang baik. Saya tahu, sejak dua menjak ni saya mengada-ngada sikit. Selalu aje nak attention daripada awak. Saya minta maaf tau sebab buat perangai". Titisan air mata mulai jatuh ke wajah Caden.

Sungguh Jasmine rasa bersalah terhadap suaminya. Dia telah membuatkan suaminya berfikir bahawa dia bukan lah seorang suami yang baik. Hanya kerana dia tidak dapat meluangkan masa yang lebih untuk si isteri.

"Jangan lah menangis, Nazia. Hey...". Caden bangun dari pembaringannya dan terus menepis air mata Jasmine daripada terus jatuh.

"Ini bukan salah kau pun. Aku yang patut minta maaf. Jangan lah nangis lagi, aku tak suka la". Dia mengambil kesempatan untuk mencium lembut dahi Jasmine.

"Kenapa la isteri awak ni suka nangis erk? Awak tak rimas ke?".

"Crying is normal. But when you do it regularly, maybe it will hurt me a little". Caden memaparkan senyum manis sambil menggosok lembut bahagian belakang tapak tangan Jasmine.

"Sorry".

"Dah la cakap 'sorry'. Ish la dia ni". Jasmine ketawa sakan melihat bibirnya suaminya yang dipanjangkan sedepa itu. Jarang-jarang boleh tengok Caden buat macam ni. Cepat, tangkap gambar! Buat kenangan.

Kecekak!

Tak payah disuruh, Lee awal-awal lagi dah ambil gambar. Bagus ya, Lee. Tapi, siap-siap la gali kubur awak. Hanya berpesan sahaja.

"Woi!". Jerkah Caden tatkala merasa ada beberapa pancaran cahaya yang menyiram wajahnya. Berapa banyak keping Lee ambil gambar ni? 18 000? Yela, ni kan rare moment. Patutnya, gambar-gambar ini diletakkan di dalam bingkai gambar dan digantung di dalam rumah mereka.

"Apa?!". Jerit Lee balik. Suaranya agak terbatas dek kerana suara-suara deruan laut dan angin pantai yang agak kuat itu.

"Kau snap sekali lagi, aku potong tangan kau!". Caden memberi amaran.

Melvin dan Alex yang hanya memerhati tak jauh daripada situ kelihatan memegang perut, menahan daripada terus ketawa. Tapi, ketawa juga. Sampai terkeluar air mata. Ceh!

Kecekak!

"Иди сюда (come here). Я буду бить тебя! (i'll beat you!)". Jerkah Caden lagi sebelum dia bangun berdiri dan mengejar Lee yang tangannya setia memegang kamera kesayangannya itu.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now