38- Deja Vu

7.1K 271 15
                                    

"KENAPA kau bawa suami kau? Nanti jadi double date la namanya". Nisha membisikkan kata-kata itu kepada Jasmine. Mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu apabila melihat Caden yang fokus merenung tajam seorang lelaki di hadapannya itu.

"Bukan aku yang ajak. Dia yang nak ikut. Ala, takpela. Bukan kau selalu cakap ke yang kau nak pergi double date dengan aku?". Jasmine berbisik kembali. Risau takut-takut suaminya dengar.

Rancangnya, dia hanya ingin menemani Nisha pergi makan di luar bersama Darren Liang. Tapi, suaminya berkeras untuk ikut. Kalau dia tak bagi ikut, katanya dia tak akan izinkan Jasmine keluar. He will never let his wife going anywhere alone.

"Borak apa?". Darren Liang yang segak berkaca mata dengan gaya rambutnya ala-ala nerdy gitu, mulai membuka mulut setelah dia terperasan yang daripada tadi kedua orang wanita ini berbisik-bisik sesama sendiri. Apa yang dibisikkan pun tak tahu.

"Ha? Takde apa-apa. Jasmine ni ha, katanya lapar. Nak order makan". Nisha menyepak-nyepak perlahan kaki Jasmine yang berada di bawah meja itu.

'Eh, aku juga yang kena?'. Jasmine membuat muka cemberut kepada Nisha. Ada ke patut dia seorang sahaja yang dipaksa memikul 'tanggungjawab seberat ini'.

"Kau nak makan?". Caden menolehkan kepalanya ke arah Jasmine dan bertanya. Daripada tadi matanya hanya fokus merenung musuh utamanya itu sahaja, saat ini lah baru dia kembali fokus kepada isterinya.

Dia yakin. Lelaki bergaya nerd yang ada di hadapannya sekarang ni ialah Darren King. Ketua kepada Kings. Musuh utama Caden Gilbert.

Wajahnya yang agak polos dengan topeng gaya kedoktoran itu cukup untuk membuat kedua wanita bersamanya ketika itu tidak mengenal sosok sebenar di balik nama Dr. Darren Liang itu. Tapi tidak bagi Caden, sekilas sahaja pandang, dia begitu kenal dengan wajah syaitan itu.

"Actually, I wanna go to the toilet". Jasmine tersenyum kekok.

"Pergi lah. Nak suruh aku teman tak?". Caden menawarkan dirinya.

Jasmine hanya menggeleng.

"Okay lah kalau macam tu, hati-hati".

Jasmine mengangguk dan berjalan pergi ke tandas bersama beg tangannya. Boleh pulak dia berasa nak terkencing tengah-tengah nak makan ni.

"Uish, sweet betul Encik Caden ni dengan Jasmine". Puji Nisha.

"Tak perlu ber'encik-encik' dengan aku. Panggil je Caden". Nadanya kalau didengari ramai, memang akan terdengar agar kasar di kuping telinga orang asing. Tambahan pula ekspresi wajahnya yang dingin semacam aje itu.

"Baik lah, Caden. Nice to meet you".

"Nice to meet you too, Nisha". Masih dengan riak wajah dinginnya. Tak lalu nak senyum apabila kerisauan memenuhi ruang hati. Nasib baik lah dia membuat keputusan untuk mengikuti Jasmine tadi. Kalau tak...

"Okay lah, saya nak pergi ambil dessert untuk semua. Caden, Darren, korang nak makan apa? Yang Jasmine, biar saya yang pilihkan". Nisha bangun daripada kerusinya yang bertanya.

"Awak pilih je mana-mana pun. Saya tak kisah". Jelas di mata Caden senyuman manis yang dilemparkan Darren kepada Nisha adalah senyuman terpaling palsu di abad ini.

SAYF MALEEQ ||©Where stories live. Discover now