Bab 5

28K 1.5K 165
                                    

Ting tong.

"Awak call pejabat tanah ke?"tanya Nadra dengan nada berbisik.

"Buat apa dengan pejabat tanah?"tanya Malik pelik. Mabuk pula ke janda ni?

"Kan kita nak kena tangkap basah."kata Nadra polos.

Malik mengetap bibirnya dan mengeluh perlahan. Why this women so stupid! Mata memandang ke arah wajah cantik Nadra yang masih memandang ke arahnya dengan pandangan polos dan naif.

"Orang yang tukang tangkap basah tu dari pejabat agama, Nadra."kata Malik dengan pasrah. Suka hati kaulah. Kaki Malik melangkah ke arah pintu. Sakit telinganya apabila bunyi loceng tidak berhenti. Lepasni dia nak buang loceng tu.

"Eh jangan! Saya tak nak kahwin dengan awak!"kaki Nadra mengejar langkah Malik tetapi sudah terlewat kerana Malik dah membuka pintu.

"Dayah?"berkerut dahi Malik memandang ke arah bekas isterinya itu.

"Dayah tu siapa?"terjengul kepala Nadra disebelah bahu Malik. Biasalah perempuankan pendek sikit.

"Shuhh!"Malik menolak kepala Nadra menjauh.

"Abang buat apa dengan perempuan dalam rumah? Berdua-duaan pula tu."tanya Dayah perlahan. Hatinya rasa sakit apabila melihat perilaku suaminya dan perempuan lain. Eh BEKAS suami.

"Ada masalah ke kalau saya duduk dengan Malik?"tanya Nadra berani. Dahlah pandang dia atas bawah.

"Diam, Nadra."Malik menjeling ke arah Nadra.

"Tapi--"

"Diam atau aku suruh kau balik."tegas nada suara Malik.

"Memang nak balik pun."Nadra kembali melangkah ke arah sofa. Laju tangannya mencapai beg tangan dan beberapa fail. Rajin pula duda itu angkut barang-barang dia. Kaki melangkah ke arah pintu rumah.

"Bye."terus Nadra berjalan tanpa menoleh kebelakang.

Malik mengeluh perlahan. Buat hal betullah.

"Dayah nak apa? Cakap cepat sikit sebab aku nak hantar perempuan tu balik pula."tangan Malik naik memeluk tubuh. Mata memandang tubuh Dayah yang bertutup litup itu. Jauh beza dengan Nadra

"Kita baru bercerai lima bulankan."

"Jadi?"terjongket sebelah kening Malik.

"Semalam saya pergi klinik dan doktor sahkan y-yang sa-saya--"tergagap-gagap Dayah mahu bersuara.

"Saya apa? Just straight to the point."

"Saya mengandung dah dua bulan."Dayah menundukkan kepalanya.

Malik tersentak. Matanya jatuh ke arah perut Dayah. Belum kelihatan kerana masih baru.

"Jadi kau nak aku buat apa?"tanya Malik senada.

"Kita rujuk. Kesian anak ni abang."rayu Dayah.

Malik terkaku.



Nadra mengeluh perlahan. Tangan naik mengelap peluh di dahi. Kepala diletakkan di atas lutut. Tak pasal-pasal dia kena duduk dekat tepi jalan bawah pokok.

"Bodohlah Malik ni."kutuk Nadra perlahan. Kepalanya sudah berpusing kerana kepanasan yang teruk.

"Aku pun bodoh sebab tak curi kunci kereta dia."tangan Nadra naik mengetuk kepala sendiri.

"Tak akan aku nak balik jalan kaki? Jauhlah. Malik ni pun cubalah jadi jiran rumah aku saja. Tak adalah susah-susah aku nak berjalan jauh. Telefon ni pun baru sekarang kau nak mati dan yang si duda tu bukannya nak tolong caskan. Kedekut!"gumam Nadra tak puas hati. Tangan kembali memegang dahi. Pening ni pun tak boleh ke kalau tak datang.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now