Bab 19

28.3K 1.5K 284
                                    

Nadra menundukkan kepalanya apabila melihat tiga orang jejaka melangkah melalui bilik kerjanya. Langsung dia tidak memandang walaupun hanya sebelah mata.

Lepas saja kes mereka bersama itu, Nadra terus tak bercakap dengan Malik sehinggalah ke hari ini. Jika dia nampak Malik di ruang tamu, dia akan lari duduk dalam bilik tidur dan jadual tidur Nadra pun berubah. Lepas solat isyak saja terus dia pejam mata sampai tertidur.

Nadra is so so shy!

Wajah kembali merona apabila mengingati apa yang berlaku dua hari lepas. Haihh susah la macam ni.

"Nadra."

Nadra hanya membalas panggilan Mira dengan anggukkan saja. Dia takut Malik masih ada di hadapan bilik kerjanya.

Nadra rindu tapi malu!

"Nadra Alana! Aku panggil ni."panggil Mira lagi apabila Nadra langsung tidak menoleh ke arahnya. Kening yang tidak gatal digaru.

"Nak apa?"tanya Nadra perlahan tetapi masih tidak menoleh ke arah Mira.

"Pukul tiga nanti aku ada meeting jadi lepas lunch saja aku tak balik office tau. Kau okay ke?"tanya Mira pula.

Nadra menganggukkan kepalanya lagi. Dia nampak hujung kasut seseorang melalui dinding kaca itu dan Nadra tahu itu kasut siapa. Kasut Malik!

'Tolonglah jangan datang ke sini. Tolonglah!'doa Nadra dalam hati.

"Jom Mira. Kita keluar awal sikit."ajak Akhyar selepas mengetuk pintu bilik kerja mereka.

"Okay jom. Bye Nadra."lambai Mira walaupun dia tahu yang Nadra tak akan memandang ke arahnya. Berkerut dahinya memandang perilaku Nadra yang aneh itu. Jarang-jarang Nadra behave begini.

Nadra hanya mengangkat tangannya tanda membalas lambaian Mira tetapi tiba-tiba rasa tangannya digenggam oleh satu tangan yang kasar. Laju kepala dipanggungkan ke atas.

Terkebil-kebil matanya melawan pandangan tajam dari Malik. Pipinya kembali hangat.

Malik menunduk mendekatkan wajahnya dengan wajah Nadra. Dia dah lama geram dengan Nadra. Suka betul lari dia lepas kes haritu. Rasa macam kena reject pun ada.

"Beautiful."puji Malik dengan senyuman menggoda. Oh gosh!

"Awak nak apa?"tanya Nadra sambil tangan cuba melepaskan dari genggaman tangan Malik agar dia boleh lari laju-laju dari Malik.

"Meet my wife."selamba Malik membalas. Makin dikuatkan genggaman tangan mereka. Sebelah tangan lagi naik mengusap pipi berona merah Nadra. Terlebih pakai blusher kot.

"Lepaslah Malik. Saya nak buat kerja."hampir menangis Nadra apabila wajah Malik semakin mendekati wajahnya sehingga hidung mereka bersentuhan.

"I hate to say this but I miss you, babe"kata Malik jujur sehingga mampu membuatkan tubuh Nadra kaku.

"Seronok ke larikan diri dari aku?"tanya Malik selepas menjarakkan wajahnya dari Nadra. Tak bernafas Nadra nanti jadi duda dia balik.

"Mana ada lari. Saya tengah sibukkan sekarang."balas Nadra dengan wajah cemberut. Mata dikerling sekilas ke arah Malik yang sedang menyandar tubuh pada sisi meja kerjanya. Wahai iman mohon kuat! Nadra tak nak cair kalini.

"Don't you miss me?"tanya Malik lagi. Tangannya bermain dengan cincin pernikahan Nadra. Kesian Nadra cuma ada cincin pernikahan saja.

"Rindu."jawab Nadra perlahan. Berdosa ke dia sebab buat suaminya macam tu? Tapi Nadra cuma malu.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now