Bab 46

21.4K 1.4K 354
                                    

Akhyar berjalan mendekati tubuh Malik yang baru saja keluar dari labour room.

"Macam mana dengan Nadra?"soal Akhyar dengan risau. Di pandang wajah Malik yang muram itu dengan pelbagai perasaan.

"Baby dah selamat dilahirkan cuma tak cukup bulan."Malik mengeluh perlahan sambil tangan naik menolak rambutnya ke belakang.

"Jadi kena masuk inkubator?"soal Akhyar lagi.

Malik hanya menganggukkan kepala. Dia melabuhkan punggung di kerusi yang berdekatan. Nafas dihela perlahan.

"Nadra?"soal Akhyar yang turut melabuhkan punggung disebelah Malik.

Malik diam tanpa ada niat mahu membalas soalan dari Akhyar. Hatinya berbolak balik selepas melihat perjuangan Nadra semasa melahirkan anak mereka.

Dia cintakan Nadra tetapi dia masih tidak dapat terima apa yang didengarinya beberapa jam yang lalu.

Melihat air mata dan kesakitan yang ditanggung oleh Nadra tadi membuatkan perasaan sakit dan kecewa yang mahu bercambah di dalam hati tadi hilang begitu saja.

"Anak kau lelaki ke perempuan?"soal Akhyar apabila melihat Malik yang termenung itu.

"Perempuan."balas Malik sepatah.

"Cantik macam Nadra."sambung Malik dengan senyuman nipis. Masih dia ingat wajah merah anak perempuannya itu.

"Apa yang aku dengar dari hakim tadi yang mereka dah sepakat nak naikkan kes ni ke mahkamah selepas Nadra habis pantang. Aku wakilkan diri untuk jadi peguam bela Nadra."kata Akhyar apabila dia sudah kehilangan idea untuk berborak dengan Malik.

Tak suka betul sedih-sedih ni.

"Kenapa kau wakilkan?"tanya Malik dengan wajah yang berkerut.

"Sebab katakan kalau Nadra kena masuk penjara jadi aku boleh bantu dia untuk kurangkan tahun dia berada di dalam penjara. Nadra tak salah!"kata Akhyar sedikit tegas. Dia sanggup buat apa saja janji Nadra tak berlama di dalam penjara.

"Mana kau tahu yang dia tak bersalah?"soal Malik tak puas hati. Kenapa perlu tahu semua perkara dari dia sedangkan dia suami kepada Nadra.

"Sebab aku dah tahu semua cerita. Dari mula Nadra dengan arwah anak dia sampailah sekarang. Aku tahu semua benda."Akhyar mengeluh perlahan dan menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

"Aku nak kurangkan tahun Nadra berada di dalam penjara tu sebab anak perempuan kau. Dia pun perlukan kasih sayang seorang ibu, Malik."sambung Akhyar lagi.

"Aku rasa aku dah ulang benda ni banyak kali tapi aku nak ulang juga. Aku nak kau tanya Nadra baik-baik dan dengar penjelasan dia. Jangan terus menghukum. Aku tahu kau bukannya seorang yang ego tinggi melangit. Dengar apa yang Nadra cerita lepas itu kau nak percaya atau tidak terpulang."Akhyar memberhentikan kata-katanya seketika. Matanya memandang lama ke arah wajah kusut Malik.

"Tapi kalau kau sayang dan cintakan isteri kau tu, percayakan dia. Percaya setiap perkataan yang keluar dari mulut dia."kata Akhyar sebelum berdiri.

"Tahniah sebab dah dapat anak."ucap Akhyar sambil menepuk lembut bahu Malik.

Malik hanya menayangkan senyuman hambar sebelum meraup wajahnya.





KEADAAN di antara Malik dan Nadra sunyi. Tiada sesiapa pun yang ingim bersuara dulu. Tiada gurauan mahupun usikkan nakal.

"Awak dah ada nama untuk anak kita?"soal Nadra perlahan tanpa memandang Malik. Jari dimainkan sesama sendiri.

"Nayla Madeeha."balas Malik yang turut tidak memandang ke arah Nadra. Hatinya tengah berbolak-balik dan dia takut dia menyakiti Nadra.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now