Bab 44

18.2K 1.3K 181
                                    

Malik melabuhkan punggungnya ke atas sofa. Butang baju tiga teratas dibuka sambil kepala memusing memandang sekeliling mencari kelibat tubuh isterinya.

"Nadra!"lantang nada suara Malik memanggil Nadra apabila kelibat tubuh isterinya itu langsung tidak nampak. Dapur pun nampak gelap saja.

"Nadra Alana!"panggil Malik lagi tetapi dia langsung tidak mendengar sahutan dari Nadra. Tubuh dibawa berjalan naik ke tingkat atas. Berkerut dahi Malik apabila ruangan tingkat dua juga sunyi seperti di ruang tamu tingkat satu.

"Mana Nadra?"gumam Malik perlahan. Kakinya berjalan ke arah bilik tidur mereka tetapi bilik itu juga turut kosong.

Telefon di dalam poket itu dikeluarkan. Dia mencari nama Nadra takut isterinya itu ada mesejnya tetapi dia yang tak perasan. Last mesejnya dengan Nadra adalah kelmarin.

"Nadra Alana!"panggil Malik lagi. Jarinya bergerak menelefon Nadra memandangkan tiada sahutan dari si isteri.

Malik memusingkan tubuhnya apabila mendengar deringan telefon Nadra di balkoni bilik. Telefon Nadra saja berbunyi tetapi bayang tuan telefon itu tidak kelihatan.

Kaki Malik melangkah ke arah balkoni dengan langkah teragak-agak. Dia menyelak langsir itu dan hanya kelihatan telefon Nadra yang berada di atas lantai dan telefon itu sudah sedikit retak mungkin disebabkan terjatuh. Berdegup laju jantung Malik.

"Akhyar, Nadra tak ada dekat rumah."kata Malik selepas menekap telefonnya pada telinga. Dia menelefon Akhyar kerana hanya lelaki itu saja yang berada difikirnnya.

"Mana kau pergi ni Nadra?"soal Malik sendirian sambil menolak rambutnya kebelakang. Malik risau memandangkan Nadra tengah mengandung. Risau sesuatu yang terjadi kepada isteri dan anaknya itu.

Malik melangkah keluar dari bilik dan menuruni tangga untuk menunggu ketibaan Akhyar.

Tok! Tok!

Malik membuka pintu rumah dengan wajah yang lesu. Dia penat tetapi dia risaukan Nadra.

"Kau dah cari Nadra serata rumah?"soal Akhyar selepas melangkah masuk ke dalam rumah diikuti oleh Lee.

"Sebelum kau sampai tadi memang aku dah cari. Aku ada tanya jiran tetapi mereka pun tak perasan yang Nadra ada keluar rumah. Aku dah cuba telefon dia tetapi telefon dia ada dekat balkoni."terang Malik kesemuanya. Dia memeluk tubuhnya dengan wajah yang risau.

"Awak dah tengok cctv?"soal Lee selepas lama berfikir. Matanya memandang ke arah cctv yang berada di luar rumah Malik.

"Belum. Guard tak ada jadi aku tak boleh ceroboh masuk macam tu saja. Cctv dekat sini semua disambungkan ke guard."balas Malik sediki tertekan.

"Biar saya pergi ke guard."kata Lee sebelum berlalu pergi.

"Nadra tak bagitahu kau ke dia pergi ke mana?"soal Akhyar selepas melabuhkan punggung disebelah Malik. Dia pun turut risau memandangkan dia pun dah anggap Nadra seperti adiknya sendiri

"Tak ada pula. Selalunya kalau dia nak pergi ke mana-mana mesti dia bagitahu tetapi kali ni satu mesej pun tak ada."Malik mengeluh perlahan.

Akhyar hanya mampu menayangkan senyuman hambar. Satu persatu masalah yang Malik hadap. Belum lagi tentang kes Nadra tu. Dia menggelengkan kepala perlahan. Semakin berat author ni buat plot.

"Kau ada jumpa apa-apa Lee?"soal Akhyar selepas melihat tubuh Lee yang melangkah masuk ke dalam rumah Malik.

"Tak ada tetapi saya rasa rakaman cctv tu seperti dipotong. Tengok ni dan ni."Lee menunjukkan skrin telefonnya ke arah Akhyar. Gambar yang dia tangkap sewaktu dia melihat rakaman cctv di guard.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now