Bab 26

24.2K 1.3K 227
                                    

"Bila awak nak cerita dekat saya pasal kematian mak awak?"tanya Nadra apabila mereka selesai membaca al-quran bersama. Malam ini malam jumaat jadi memang Malik wajibkan mereka untuk menghidupkan malam.

"Kau nak tahu pasal apa?"tanya Malik pula. Matanya tidak lepas memandang wajah Nadra yang masih bertelekung itu. Nampak berseri-seri.

"Sebelum tu saya nak tahu awak dulu tinggal mana?"tanya Nadra dengan senyuman polos.

"Aku tinggal diperkampungan orang asli."jawab Malik tenang. Tangannya naik menarik telekung Nadra hingga tercabut dari kepala si isteri.

"Tarik elok-eloklah."Nadra mendengus geram selepas mendengar tawaan dari Malik.

"Kenapa mak awak meninggal?"tanya Nadra berhati-hati.

"Masih dalam siasatan cuma yang aku tahu mak aku meninggal disebabkan seseorang. Aku tak tahu siapa dia tapi yang aku yakin dia orang yang aku kenal. Mungkin pernah rapat."kata Malik sambil bermain jarinya bergerak bermain dengan jari kecil Nadra. Beza gila tangannya dengan tangan kecil Nadra.

Kemudian tangannya bergerak melipat telekung Nadra. Sudah jadi kebiasaannya untuk melipat telekung yang digunakan oleh Nadra.

"Habistu yang saya dengar pasal seseorang yang tolong mak awak tu?"

"Yang tu pun aku tak pasti. Haq kata kemungkinan dia memang berniat nak tolong ataupun dia hanya nampak kononnya membantu tetapi dalam senyap cuba membunuh mak. Aku tak tahu tapi aku cuma berharap yang dia memang betul-betul tolong mak aku tu sebab dia perempuan. Aku yakin dia perempuan yang baik."Malik mengeluh perlahan sebelum menjatuhkan kepalanya di atas riba Nadra.

"Tapi ada juga perempuan yang jahat."gumam Nadra perlahan. Tangannya naik mengusap rambut Malik.

"I know. Sebab tu Haq masih siasat."

"Rambut awak dah panjang. Cuti nanti pergilah potong. Nak tahu satu fakta tak?"tanya Nadra dengan kening yang sengaja dijongketkan berkali-kali.

"Apa?"balas Malik perlahan untuk melayan Nadra. Nanti cakap dia kurang bagi attention pula.

"Lelaki yang baru lepas potong rambut ni kan auto nampak hensem dari sebelum dia potong rambut. Sebelum saya kahwin dengan awak, saya selalu pandang sepupu-sepupu saya yang baru lepas potong rambut sebab mereka nampak hensem."kata Nadra dengan sengihan panjang. Terbayang kejap wajah Malik selepas potong rambut. Fuh!

"Jadi kau nak cakap yang aku tak hensem la sekarang?"

"Hensem tapi kalau awak potong rambut lagi bertambah hensem plus hot!"tangan Nadra naik menepuk perlahan pipi Malik. Geram dan tak sabar!

"Janji kau bahagialah Nadra."

"Nadra."panggil Malik apabila mereka berdiam lama.

"Ya."sahut Nadra dengan mata yang lali. Mengantuknya sudah datang.

"Malam ni malam jumaatkan."kata Malik dengan senyuman nakal.

"Hmm."Nadra menolak kepala Malik perlahan ke atas lantai. Sebelah tangan berotot Malik di luruskan dan Nadra terus melabuhkan kepala di atas lengan Malik. Mata digosok perlahan sambil menguap.

"Tutup mulutlah. Nanti syaitan masuk."kata Malik sambil tangannya naik menutup mulut Nadra yang masih menguap itu.

"Mana ayah awak?"tanya Nadra dalam keadaan mamai. Dia mengantuk tetapi masih mahu mengetahui tentang Malik.

Memang sudah lama mereka berkahwin tetapi tidak ada masa untuk mereka saling mengenali. Selalunya kalau ada masa terluang saja Nadra akan gunakan untuk menggoda Malik. Maklumlah hati Malikkan macam batu sikit.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now