Bab 48

20.7K 1.3K 313
                                    

Nadra menggosokkan matanya sebelum bangun dari pembaringan. Tubuh Nayla yang merengek disebelahnya itu diangkat dengan lembut. Diusap ubun-ubun Nayla dengan senyuman.

"Nayla Madeeha."sebut Nadra dalam nada berbisik. Dia tak mahu tidur Malik terganggu dengan suaranya.

"Puteri mommy."mata Nadra mula berkaca-kaca. Sekilas matanya menjeling ke arah kalendar yang memang sengaja dia letak di tepi katil.

"Minggu depan adalah keputusan yang muktamad sama ada kita akan bersama ataupun berpisah."kata Nadra kepada Nayla yang sudah senyap dari merengek.

Mungkin Nayla tahu yang mommy boo dia mahu meluahkan perasaan.

"Kalau ditakdirkan mommy masuk penjara, mommy nak Nayla jadi anak yang baik. Nayla jangan susahkan daddy tau. Sa-sayang daddy macam mom-mommy sayang daddy."Nadra mengetap bibirnya apabila air mata tidak berhenti mengalir. Air matanya yang menitis di atas dahi Nayla itu dikesat lembut.

"Mommy sayang Nayla. Nayla be a good girl okay. Mommy tahu yang anak mommy ni baik. Maafkan mommy sebab tak dapat nak beri kasih sayang dekat Nayla selama beberapa tahun."mata Nadra turun memandang tubuh Malik yang berbaring di atas tilam di bawah katil.

"Daddy adalah manusia yang paling baik mommy pernah jumpa. Daddy tak pernah hukum mommy walaupun mommy dah bunuh orang yang dia sayang. Daddy tak pernah penat layan mommy walaupun mommy nakal sangat."Nadra melepaskan ketawa kecil dengan air mata yang setia mengalir tanpa melepaskan pandangannya dari wajah Malik.

"Bila Nayla dah besar dan kalau mommy masih tak keluar dari penjara lagi, Nayla jangan penat layan daddy tau. He is our king and also our hero. Mommy loves daddy so much."bisik Nadra ditepi telinga Nayla. Baik saja anak perempuannya itu mendengar curahan hatinya. Langsung tak berbunyi atau merengek seperti tadi.

"Daddy adalah anugerah yang paling berharga dari Tuhan. Nayla pula adalah permata yang paling bernilai dari Tuhan."Nadra menayangkan senyumannya kepada Nayla yang terkebil-kebil memandang ke arahnya. 

"Kalau mommy luahkan semua yang ada dalam hati mommy memang sampai minggu depan pun tak akan habis."Nadra ketawa kecil dan menepuk perlahan punggung Nayla.

"Jom tidur, puteri mommy."pujuk Nadra sebelum bibirnya mula berselawat. Ditatap lama wajah Nayla sehingga anaknya itu kembali menutup mata.

"Nayla Madeeha anak yang baik."kata Nadra sebelum melabuhkan ciuman pada dahi Nayla. Diletakkan tubuh anak perempuannya itu kembali di atas katil. Diletakkan beberapa bantal di sekeliling anaknya sebelum Nadra turun dari katil dan mendekati tubuh Malik.

Nadra baringkan tubuhnya menghadap Malik dengan berhati-hati agar Malik tidak terjaga. Tangannya naik mengusap pipi Malik lembut.

"Terima kasih sebab selalu ada dengan saya. Saya tak sangka yang saya akan dapat lelaki yang baik dan matang macam awak. You teach me a lot about takdir sampai saya belajar untuk menerima takdir yang telah ditetapkan oleh Allah."tangan Nadra bergerak mengesat air matanya yang tidak berhenti mengalir. Dia tak mahu bantal Malik basah kerana air matanya.

"Saya tak pernah menyesal kenal awak. Saya rasa bertuah sebab Allah pertemukan dan satukan kita walaupun bukan dalam keadaan yang baik."bibir Nadra bergerak mencium dahi Malik lama.

"I will miss this. That's when I talked to you while you were asleep. Saya akan rindu pelukkan awak, ciuman awak dan pujukkan awak."

"I really want to tell the whole world that I love you. Saya tak pernah jemu untuk katakan yang saya cintakan awak."Nadra tarik senyuman manis walaupun dia tahu Malik tidak melihatnya.

"I love you, Malik AlQadr."ucap Nadra penuh kasih.

"And don't stop loving me."sambung Nadra lagi.

"Heroin fell first but hero fell harder but in fact heroin more fell harder."










Note: tempoh penjara itu hanyalah rekaan semata-mata!

Seminggu kemudian.

Nadra mengetap bibirnya dengan tangan yang saling menggenggam. Nafas ditarik dan dihembus perlahan bagi menahan debaran.

"Ahmad Haris bin Ahmad Harun akan dikenakan hukuman sebat dan penjara selama 20 tahun dan kemudian akan menerima hukuman gantung sampai mati."

Tuk! Tuk! Tuk!

Mendatar saja wajah Haris selepas mendengar hukuman yang akan dikenakan padanya. Tiada riak sedih mahu takut.

"Mijal AlQamr turut akan dikenakan hukuman sebat dan penjara selama 20 tahun dan kemudian akan menerima hukuman gantung sampai mati."

Tuk! Tuk! Tuk!

Nadra mengerling sekilas ke arah Malik yang berada di kerusi belakang dengan wajah ketakutan. Nadra yakin selepas ini namanya pula yang akan diseru. Sempat dia melihat senyuman nipis dari Malik.

"Nadra Alana binti Nadim Allen akan dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun tanpa ikat jamin."

Tuk! Tuk! Tuk!

Kelu lidah Nadra selepas mendengar bicara dari hakim. Nadra sedikit bersyukur kerana tempohnya di dalam penjara dikurangkan oleh kerana bantuan dari Akhyar.

Bibir Haris tarik senyuman sinis selepas mendengar hukuman yang dijatuhkan ke atas Nadra. At least Malik dan Nadra akan berpisah dalam jangka masa yang panjang. Cukup membuatkan hati Haris bahagia.

"Boleh saya jumpa dengan suami saya?"soal Nadra kepada dua orang anggota polis yang memegang lengannya. Nadra memuncungkan bibirnta sedikit ke arah Malik yang sudah berdiri.

"Sekejap saja!"tegas seorang polis yang berada disebelah kanan Nadra berkata. Dibawa tubuh Nadra ke arah Malik. Tidak terlalu rapat dan tidak terlalu jauh.

"Halalkan makan dan minum saya selama ini. Maafkan salah silap saya, Malik."mata Nadra mula berair apabila anak mata mereka bertemu.

"Balik nanti cium dan peluk Nayla untuk saya. Saya akan rindukan dia."Nadra menundukkan wajahnya apabila tangisannya semakin menggila. Dia takut mahu melihat wajah Malik.

Nadra tak mahu berpisah dengan Malik.

"I will miss you, Malik."ucap Nadra perlahan tanpa memandang Malik. Kepala dianggukkan kepada polis yang setia berada di sisinya tanda Nadra sudah bersedia untuk pergi.

"Aku akan tunggu kau."Malik mula bersuara apabila Nadra sudah memusingkan tubuh membelakanginya.

"I will wait for you until you return to my arms."kata Malik tanpa melepaskan pandangan matanya dari belakang tubuh Nadra. Malik rasa mahu menarik tubuh isterinya itu ke dalam pelukkan. Dia mahu peluk tubuh isterinya itu sehingga dia puas walaupun Malik sedar yang dia tak akan pernah puas untuk memeluk Nadra.

"I'll wait."bisik Malik selepas melihat Nadra yang sudah melangkah meninggalkan dia sendirian.

Teruntuk masa,
Semoga berlalu dengan pantas agar Malik dapat menarik kembali bidadarinya ke dalam pelukkan.

TBC...

Note: tempoh penjara itu hanyalah rekaan semata-mata!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Note: tempoh penjara itu hanyalah rekaan semata-mata!

Tak nangis cuma jiran saya potong bawang.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now