Bab 43

17.8K 1.2K 262
                                    

Note: Undang-undang tu hanya rekaan semata-mata!!

"Haris."

Mati terus ayat yang ingin dikeluarkan oleh Akhyar selepas mendengar nama kawannya yang disebut oleh Dayah.

Wajah Dayah dipandang dengan pandangan yang tak percaya. Fikirannya tiba-tiba menjadi kosong.

"Kau tak tipu?"tanya Akhyar perlahan. Dia masih terkejut dan tak sangka.

"Saya berani angkat sumpah yang memang Haris punca segala-galanya. Saya yang jadi mangsa dia dari sebelum saya bercerai dengan Malik. Saya selalu dipukul, dirogol macam saya tak ada maruah. Saya dipaksa buat macam-macam untuk Malik hidup merana."terang Dayah dengan mata yang berkaca-kaca. Takdir hidup dia memang malang.

Akhyar menghela nafas perlahan sebelum memandang ke arah Lee yang turut senyap juga. Mungkin turut terkejut walaupun Lee tidak mengenali Haris.

"Haris tu kawan aku dan Malik sejak di universiti."terang Akhyar apabila melihat Lee menjongket sebelah kening kepadanya.

"Kau tahu kenapa dia buat semua ni?"soal Akhyar dan kembali memandang wajah pucat Dayah.

"Dia nak balas dendam atas kematian ayah dia dan sebab mak dia dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa. Mak dia jadi tak waras lepas tengok ayah Haris bunuh diri. Haris nak Malik jadi gila dan bunuh diri sama macam yang terjadi dekat mak dan ayah dia."terang Dayah kesemuanya yang pernah diberitahu oleh Haris.

Akhyar menolak rambutnya kebelakang. Baru dia ingat sesuatu yang dahulu Malik pernah menjatuhkan ayah Haris sehingga muflis disebabkan lelaki tua itu membawa masuk dadah ke dalam negara secara haram. Dan dia masih ingat berita tentang kematian ayah Haris disebabkan mengambil banyak dadah dan menikam diri sendiri kerana stress jatuh muflis.

Tetapi jelas-jelas bukan salah Malik kerana Malik cuma menjalankan amanah yang diberikan oleh ketua mereka.

"Ha-Haris punca mak Malik meninggal juga."

Mati lamunan Akhyar selepas mendengar suara Dayah. Berkerut wajah Akhyar memandang wajah Dayah.

"Haris yang buat?"tanya Akhyar ingin kepastian. Dia takut dia yang salah dengar.

"Iya dan di-dia juga bunuh anak Nadra."kata Dayah sedikit menggeletar. Dia pernah dengar Haris berbual dengan si dia sambil bergelak ketawa selepas menceritakan bagaimana lelaki iblis itu mengelar leher anak Nadra. Membunuh bagi Haris seperti bahan jenaka.

Akhyar memejam matanya sambil mengeluh perlahan. Fikirannya dah tak boleh berfikir selepas mendengar apa yang diberitahu oleh Dayah. Semuanya terlalu kejam dan Haris memang tak layak hidup.

"Ada apa-apa lagi yang Dayah tahu?"soal Lee selepas melihat keadaan Akhyar yang masih terkejut.

"Sebenarnya Haris tak bersendirian. Ada lagi seorang yang bersama dengan dia. Seseorang tu yang banyak cover hal kekejaman Haris dari diketahui oleh pihak polis."gugup Dayah berkata. Dia pun tak sangka selepas dia sendiri melihat wajah itu dihadapan matanya.

"Sebelum tu saya nak bagitahu yang orang yang bakar rumah Haris tu bukan Haris. Orang tu dipaksa oleh Haris."kata Dayah apabila dia teringat akan sesuatu.

"Siapa?"soal Akhyar.

"Saya tak tahu. Haris tak pernah sebut nama dia tapi saya yakin bukan salah si pelaku sebab Haris yang paksa dia. Orang tu akan tetap kena penjara ke?"soal Dayah ingin tahu.

"Ikut undang-undang memang dia akan kena hukuman penjara walaupun dia tak rela. Itu dikira sebagai bersubahat."terang Akhyar.

Dayah mengeluh perlahan. Sebenarnya dia kesian kepada si pelaku itu kerana dipaksa tetapi dia cuma mampu berdoa yang orang itu kuat bila berada di dalam penjara walaupun Dayah sendiri tak tahu siapa pelaku itu.

"Siapa yang bersama Haris tu?"soal Lee pula.

"Ayah Malik."

Akhyar dan Lee berpandangan. Masing-masing lidah terkelu.





BEBERAPA BULAN KEMUDIAN...

Malik berjalan masuk ke dalam cafe berdekatan dengan syarikat guaman iaitu tempat yang dia bekerja. Dia mencari susuk tubuh Akhyar yang menunggunya.

"Lama dah kau sampai?"soal Malik selepas melabuhkan duduk dihadapan Akhyar.

"Baru saja. Rindu pula aku nak masuk kerja dekat syarikat tu."kata Akhyar sambil menarik senyuman nipis.

"Dayah macam mana?"soal Malik. Dia baru dapat tahu yang keadaan Dayah semakin tenat selepas melahirkan seorang anak lelaki.

"Masih perlukan mesin pernafasan. Aku cuma kesian dekat anak lelaki dia memandangkan baby tu cuma ada Dayah."kata Akhyar sebelum menghela nafas. Masih terbayang difikirannya wajah comel yang sudah berusia tiga bulan itu.

"Siapa yang jaga?"soal Malik ingin tahu.

"Aku upah orang untuk jaga baby sementara waktu. Nasiblah orang yang aku upah tu memang jaga baby tu baik-baik."kata Akhyar dengan fikirannya yang telah terbang jauh.

"Malik."panggil Akhyar dengan nada serius.

Malik hanya mengangkat keningnya tanpa bersuara.

"Apa yang kau akan buat dekat pelaku yang bakar rumah mak kau tu?"soal Akhyar dengan berhati-hati.

"Bawa naik mahkamah dan biarkan dia kena hukuman yang setimpal."balas Malik dengan nada mendatar.

"Aku bukan nak ungkit masa silam sesiapa tapi aku rasa kau perlu tanya Nadra sesuatu."Akhyar mengetap bibirnya selepas bersuara. Dia rasa serba salah tapi Malik kena juga tanya Nadra dan biar Nadra sendiri yang beritahu.

"Tanya apa?"soal Malik dengan wajah yang berkerut.

"Macam mana anak dia boleh meninggal dan siapa yang bunuh anak dia. Tanya juga sebelum anak dia meninggal tu apa yang berlaku. Dan aku harap kau dengar betul-betul apa yang dia bagitahu. Jangan mencelah atau potong selagi dia tak habis cerita."terang Akhyar dengan senyuman pahit.

Bukan Akhyar tak mahu masuk campur tapi ini melibatkan hubungan suami isteri.

"Tanya dia dulu kalau kau ada jumpa apa-apa dan bincang elok-elok sebelum terlambat."Akhyar menepuk perlahan bahu Malik tanda memberi semangat walupun dirinya sendiri masih celaru. Dia kesian kepada Nadra tetapi undang-undang tetap undang-undang.

"Aku pergi dulu."kata Akhyar sebelum berlalu pergi.

Malik menolak rambutnya yang menutupi dahi.

"Rasanya mesti ada kena mengena dengan kotak yang dekat dalam stor tu."gumam Malik sambil tangan bergerak mengeluarkan pendrive yang dijumpainya di dalam dobi dua hari lepas.

'Tanya dia dulu kalau kau ada jumpa apa-apa dan bincang elok-elok sebelum terlambat.'

Terngiang-ngiang ayat Akhyar di fikiran Malik.

"Tanya Nadra dulu."gumam Malik lagi sebelum berjalan keluar dari cafe tersebut.

TBC...
Shakingggg

Janganlah berhenti baca:-(. Merajuk nanti takda update

Sekali lagi nak cakap yang undang-undang tu hanya rekaan semata-mata.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now