Bab 12

28.9K 1.7K 132
                                    

Nadra menundukkan pandangannya selepas mengisi borang. Dia tak nak pandang Malik. Nadra mengenggam tangan mamanya erat.

"Dah bersedia?"

Malik menghela nafas sambil menganggukkan kepala.

"Malik AlQadr Bin Mijal AlQamr."ayah kepada Nadra bersuara.

"Saya."jawab Malik.

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Nadra Alana Binti Nadim Allen dengan emas kahwinnya dua ratus ringgi tunai."

Malik menarik nafasnya dahulu sebelum bersuara.

"Aku terima nikahnya Nadra Alana Binti Nadim Allen dengan emas kahwinnya dua ratus ringgit tunai."lafaz Malik dengan lancar.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah."ucap ayah Nadra perlahan. Tangan diangkat untuk berdoa. Usai mengaminkan doa, ayah Nadra menepuk bahu Malik perlahan.

"Jaga anak ayah baik-baik. Kalau suatu hari nanti Malik dah tak mahu dia dalam hidup Malik lagi, ayah harap Malik pulangkan Nadra dengan baik. Jangan sakiti dia, pukul dia dan dera dia. Ayah tak pernah naik tangan dekat Nadra dan ayah harap Malik pun lakukan benda yang sama. Nadra itu nampak saja suka melawan tapi senang saja nak lembutkan dia, nak lenturkan dia."pesan encik Nadim panjang lebar.

Malik menganggukkan kepalanya. Dia setuju dengan ayat terakhir encik Nadim. Nadra tu keras kepala tetapi hati lembut.

"Abang."

Kedua-dua lelaki memandang ke arah mama Nadra dan Nadra yang masih setia menundukkan kepala.

"Jom kita balik. Malik ni nanti sarungkan cincin dekat jari Nadra."mama Nadra menghulurkan sekotak baldu merah kepada Malik.

"Mama balik dulu tau Nadra. Mama tak boleh bawa Nadra balik rumah sebab Nadra dah jadi isteri Malik."tangan mama Nadra mengusap lembut kepala Nadra. Tubuh anak perempuannya itu dipeluk.

"Nadra jangan nakal-nakal tau. Nakal sikit tak apa sebab dia suami Nadra tapi kalau nakal banyak pun tak apa juga sebab lagi cepat mama dapat cucu."bisik mama Nadra semasa mereka berpelukkan.

"Mama."merengek Nadra. Pipinya tiba-tiba rasa berbahang. Ottoke! Tak boleh bayang hidup serumah duda hot! Eh bukan duda dah tapi suami hot!

"Jangan ingat mama tak tahu yang Nadra selalu mengorat dia."menggecil anak mata mama Nadra memandang Nadra yang tersengih comel.

"Mengorat sikit saja. Nanti mama kongsilah tips mengorat suami."

"Boleh. Mama boleh kongsi tips sampai Nadra tu sayang sangat-sangat dekat Nadra. Suami Nadra tu hot tau dan jangan sia-siakan."kedua-dua mereka melepaskan ketawa kecil. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

"Dah jom balik. Kalau tunggu kamu berdua habis berbisik memang sampai esoklah jawabnya."perli encik Nadim sambil menarik tangan mama Nadra.

"Bye Malik, Nadra."kata mereka serentak.

"Bye."

Tersentak tubuh Nadra apabila tangan Malik menyentuh tangannya. Lelaki itu menyarungkan cincin pada jari manis isterinya.

"Will miss to calling you janda."kata Malik perlahan. Matanya memandang ke arah wajah Nadra yang cantik bertudung warna putih. Nampak berseri-seri.

"Will miss to calling you duda too."Nadra tunduk memandang tangan mereka yang bertaut itu. Semakin melebar senyumannya. Mimpinya jadi kenyataan!

Mati senyuman Nadra apabila Malik melabuhkan bibir pada dahinya. Terkedip-kedip matanya memandang leher berhalkum Malik.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now