Bab 21

26.2K 1.4K 216
                                    

Mati senyuman Nadra apabila melihat rakan sekerjanya tak henti menjeling ke arahnya. Hujung bibir digigit perlahan. Ada apa-apa jadi ke?

Nadra memberikan senyuman lagi kepada makcik cleaner tetapi tetap dibalas dengan jelingan. Terkedip-kedip matanya melihat belakang tubuh itu sehingga menghilang. Tangan naik menggosok belakang tengkuk yang meremang.

Tanpa menghiraukan mereka lagi, Nadra terus berjalan untuk ke bilik kerjanya. Tali beg digenggam perlahan. Sumpah Nadra tak tahu apa yang berlaku sekarang ni.

"Mira."panggil Nadra apabila sudah masuk ke dalam bilik kerjanya. Berkerut dahi Nadra apabila dijeling juga oleh Mira. Weh harini hari jeling sedunia ke?

"Kau kenapa Mira?"tanya Nadra tak puas hati. Begnya diletak secara kasar di atas meja.

"Tak ada apa."datar Mira membalas.

"Aku tak faham apa yang jadi sekarang ni."kata Nadra lagi.

"Nanti kau tahulah sebabnya."balas Mira tanpa memandang Nadra. Tubuh dibawa keluar dari bilik kerja meninggalkan Nadra keseorangan.

"What happen, ya Allah."tangan Nadra naik menekup mukanya.

"Aku tak sangka dia macam tu. Patutlah pernah bercerai rupanya jenis kaki pancing nafsu lelaki."

Terus Nadra menjengukkan kepalanya apabila mendengar bisikkan.

"Patutlah ramai panggil dia janda hot rupanya memang panas sebab seronok nak puaskan nafsu tu."kata salah seorang perempuan berbaju merah.

"Nasiblah suami aku tak kerja dekat sini kalau tak mesti si janda tu dah pancing. Maklumlah suami aku ni jenis muka mat salleh. Lagi seronok dia nak pancing untuk nafsu dia."perli seorang wanita berbaju biru sambil menjeling Nadra.

"Muka cantik tapi buat kerja terkutuk. Padan muka kena tangkap basah!"sambung wanita berbaju biru itu sambil tajam memandang Nadra.

"Apa ni?"Nadra mula bersuara apabila dia merasakan mereka mengata tentang dirinya.

"Tak payah nak acah tak tahulah. Kerja terkutuk kau tu dah bocor. Kau ingat dengan muka cantik kau tu elok sangatlah goda orang! Dah tak tahu nak jaga nafsu. Bawah tu memang tak tahan sangat dah ke?"sembur wanita berbaju biru itu. Dia mahu melangkah mendekati Nadra tetapi dihalangi oleh kawannya yang berbaju merah.

Berkerut dahi Nadra memahami kata-kata wanita berbaju merah itu. Fitnah lawak apa yang dia buat ni.

"Sumpah saya tak faham. Bila masa pula saya buat kerja terkutuk ni? Awak dengar dari siapa?"tanya Nadra bertalu-talu.

"Heh dah bocor terus buat-buat tak faham."kata seorang lelaki yang berjalam menghampiri mereka.

"Apa yang bocornya Helmi? Aku tak faham."Nadra menggelengkan kepalanya tanda tidak mengerti.

"Bocor yang kau tu pemuas nafsu lelaki. Kau ni pandai juga eh pilih lelaki yang hensem dan kaya. Haritu masa kau janda aku ada ajak kau tapi kau sombong siap bagi tazkirah lagi. Rupanya kau lagi teruk. Dah berapa ramai lelaki tebuk kau?"tanya Helmi dengan sinis diikuti ketawa sinis dari wanita berbaju biru dan merah.

"Its not funny! Apa yang korang buat lawak ni! Fitnah tahu tak!"lantang nada suara Nadra.

"Fitnah apanya kalau suami sendiri yang bagitahu."

Kata-kata Helmi membuatkan tubuh Nadra terkaku.

"Malik?"tanya Nadra perlahan dengan wajah yang tak percaya.

"Kau ada berapa orang suami?"

"Oh dia bukan ada ramai suami tapi dia ada ramai bapak ayam tu yang tertanya siapa yang bocorkan rahsia dia."sampuk wanita berbaju merah itu.

Malik's Babygirl ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang