Extra part bab 23

23.9K 1.4K 134
                                    

Malik menggaru keningnya apabila Nadra tidak henti menangis didadanya.

"Sakit sikit saja, Nadra. Tak patah lagi tulang belakang aku ni."kata Malik dengan senyuman lebar. Comellah isteri dia ni.

"Tapi saya pergi tolak awak. Saya jahat sebab tak kawal marah saya."merengek Nadra sambil kepala menyondol bahu Malik.

"Awak sakit sebab saya."makin laju air mata mengalir apabila melihat wajah tenang Malik.

"Sakit tadi saja. Sekarang aku dah kuat balik. Nak dukung kau dari sini sampai rumah mama pun bolehlah."Malik menolak bahu Nadra menjauh sedikit.

"Orang cakap siapa yang sakit pinggang ni nanti cepat tua. Huaa!"

Malik memejam matanya apabila mendengar tangisan Nadra semakin kuat. Siapalah cakap benda pelik tu dekat isterinya ini. Memang minta kena jual betul.

"Kenapa kalau aku cepat tua pun."tanya Malik sambil mengelap air mata Nadra dengan jari.

"Nanti awak meninggal macam mana. Tak nak jadi janda balik!"meraung Nadra sambil menepis tangan Malik. Bantal di ambil dan di pukul tubuh Malik.

Baru saja tadi dia minta maaf sekarang nak jadi derhaka balik.

Ktuk!

"Auch!"tangan Nadra naik memegang kepalanya yang diketuk oleh Malik. Wajah Malik dipandang dengan mata yang bulat.

"Terpaksa sebab kalau tak nanti kau makin meroyan."kata Malik selamba. Geram saja dia tengok perangai pelik Nadra.

"Macam nilah Malik."Nadra berdiri di atas katil dan berjalan sehingga ke birai katil.

"Awak tolak saya macam mana saya tolak awak. Biar kita sama-sama sakit pinggang dan sama-sama cepat tua."kata Nadra dengan senyuman polos.

Kuat Malik menepuk dahinya. Ya Allah, berikan aku kesabaran melayan kepolosan isteriku ini.

"Come here, Nadra Alana."panggil Malik lembut.

"Tolak saya dulu."keras Nadra membantah panggilan Malik. Dia masih dengan keputusannya.

"I said come here. Nak jadi isteri derhaka lagi?"tanya Malik dengan wajah yang sengaja diseriuskan. Kalau senyum-senyum nanti Nadra ingat dia main-main pula.

"Ta-tapi."Nadra memusingkan kepalanya memandang lantai. Dengan bibir yang muncung Nadra berjalan mendekati Malik.

Malik mengubah posisi tubuhnya menyandar pada kepala katil. Tubuh Nadra ditarik agar kepala isterinya itu betul-betul berada di atas dadanya.

"I'm your hero, sayang. Setakat kena tolak sikit tu never hurt me. Aku lagi sakit kalau kau minta aku tolak kau macam tadi. Hero tak akan biarkan dia punya heroin dalam kesakitan dan seorang suami tak akan menyakitkan isterinya macam tu saja. Aku tak nak jadi dayus."kata Malik lembut. Jari dibawa mengepit hidung Nadra yang masih merah.

"But your heroin hurt you."kata Nadra dengan wajah sebek. Dia dah jadi watak jahat sebab pukul dan tolak Malik.

"It normal, babe. Yang tak normalnya bila hero yang sakitkan heroin. Yang tu dah tak boleh panggil hero tapi bullsh--"terhenti percakapan Malik apabila Nadra menutup mulutnya dengan tangan.

"Janganlah mencarut. Your heroin want to sleep."kata Nadra sambil menggosok matanya yang sudah layu.

"Sorry. Sweet dream, my Nadra Alana."ucap Malik dengan nada berbisik. Ditepuk perlahan belakang tubuh Nadra.

"Love you, Malik AlQadr."kata Nadra sebelum dia masuk ke dalam alam mimpi.

"I love you too, stupid wife."kata Malik dengan ketawa kecil.

Macam manalah Rais boleh buang kau sedangkan kaulah penghibur setiap hari. Aku tak tahulah dah berapa kali aku ucap but Nadra Alana is my happiness!

Done!

Tahu tak saya tertinggal part ni. Bila tengah clear draft baru perasan patutlah words tak banyak tadi😭 tapi benda pun dah publish, orang pun dah like, komen pun dah banyak. Enjoy jalah extra part ni😌

Nak delete sayang, nak biarkan dalam draft pon sayang so selamat membaca pumpkins!❤

Nak delete sayang, nak biarkan dalam draft pon sayang so selamat membaca pumpkins!❤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now