Bab 31

19.8K 1.3K 405
                                    

Tersenyum puas Haris memandang gambar tubuh Malik yang terkaku di atas katil hospital. Kaki dibawa mendekati tubuh Dayah yang sedang duduk dipenjuru rumah.

"Tengok bekas suami kau ni. Aku yakin dia amnesia dan bila dia amnesia aku nak kau mengaku yang kau isteri dia. Faham?"tanya Haris sambil mencengkam sanggul rambut Dayah sehingga kepala Dayah terdongak ke atas.

"Fa-faham."balas Dayah perlahan dengan mata yang tidak lepas memandang gambar yang ditunjuk oleh Haris.

"Macam mana dengan Nadra?"tanya Dayah selepas Haris sudah melepaskan cengkaman pada sanggulnya.

"Kau cakap bekas suami dia nak buat bawa Nadra jauh dari Malik. Aku tak nampak batang hidung dia pun."kata Haris dengan wajah yang berkerut. Apa lembap sangat si Rais ni nak buat kerja?

"Sa-saya boleh buat Nadra cemburu."kata Dayah dengan nada takut.

"Apa dia?"Haris hanya melayan. Kalau tam jadi memang dia bunuh anak dalam kandungan Dayah tu.

"Kalau Malik amnesia saya boleh goda dia depan Nadra. Saya boleh buat Malik lepaskan talak pada Nadra waktu saya manipulasikan fikiran Malik dan saya rasa saya boleh buat Nadra benci Malik."kata Dayah dengan sedikit yakin. Mungkin dengan keadaan Malik yang amnesia itu lagi memudahkan kerjanya untuk mendapatkan Malik kembali.

"Pandai juga kau ni. Aku ingatkan menyusahkan saja kerja."perli Haris sambil menjeling Dayah.

"Make sure kau jalankan kerja tu sebaiknya. Kalau tak menjadi memang aku tanam kau hidup-hidup."

"Kalau saya berjaya?"tanya Dayah laju apabila melihat Haris mahu keluar dari rumah.

"Aku bebaskan kau."balas Haris acuh tak acuh. Terbentuk senyuman sinis dibibir apabila melihat wajah gembira Dayah.

'Selagi aku hidup dalam mimpi kau nak bebas, Dayah.'

"KAU bukan Dayah."

Nadra mengenggam tangannya apabila mendengar balasan dari Malik.

"Saya Nadra."balas Nadra perlahan dengan mata yang berkaca. Cepat betul dia menangis mungkin sebab pembawakan budak.

"Yeah, Nadra Alana. Seorang wanita yang paling gatal aku pernah jumpa."balas Malik dengan nada dan wajah yang mendatar.

"Awak kenal saya?"teragak-agak Nadra mahu bertanya. Matanya menjeling sekilas ke arah Akhyar yang masih senyap disebelahnya.

Terkedip-kedip mata Nadra memandang Malik yang berdiam diri itu. Air mata yang sudah menitis ke pipi itu dibiarkan saja.

"Awak tak kenal saya."gumam Nadra perlahan tetapi dia yakin Malik masih mendengar.

"Siapa kata?"tanya Malik sambil memeluk tubuh.

"Sayalah sebab awak tak jawab soalan saya."

Bibir Malik tarik senyuman sinis.

"Yeah aku cuma kenal Dayah dan bukannya Nadra Alana." Malik menganggukkan kepalanya perlahan dan menjeling ke arah Akhyar yang berdiri disebelah Nadra.

Akhyar yang memahami jelingan Malik itu berundur selangkah demi selangkah sehingga ke pintu. Tubuh dibawa keluar dan menutup rapat pintu ward itu meninggalkan Nadra dan Malik berdua-duaan. Tak haram pun.

"But--"

Nadra mengangkat kepala apabila Malik menghentikan percakapan.

"I know Dayah is my past and Nadra Alana is my future. Tak nak peluk aku ke?"Malik mendepakan tangannya untuk memberi ruang Nadra masuk ke dalam pelukkan.

"Malik!"laju Nadra berjalan masuk ke dalam dakapan Malik. Terus dia menyembamkan wajah pada bahu Malik.

"Shh don't cry mommy. Nanti baby pukul aku pula sebab asyik buat mommy dia menangis."pujuk Malik sambil mengusap belakang tubuh Nadra dengan lembut.

"Mana awak tahu?"Nadra menjarakkan wajahnya dari bahu Malik. Terkedip-kedip matanya memandang wajah Malik yang tersenyum kacak itu. Eihh hot!

"Aku dengar semuanya, sayang."Malik membetulkan tudung sarung yang dipakai oleh Nadra. Habis senget tudung yang dipakai oleh isterinya walaupun hanya tudung sarung.

"Awak dengarlah kan yang saya kata nak melamar Akhyar jadi suami tu?"bisik Nadra perlahan. Mampus dia!

"Aku dengar dan aku nak merajuk. Pergilah duduk dengan dia. Dia dah hensemkan dan aku pula macam hantu. Pergilah, pergi."Malik melepaskan pelukkan dan memusingkan tubuh membelakangi Nadra.

Nadra menekup mulutnya apabila mahu melepaskan ketawa. Tangan naik melilit leher Malik dari belakang dan diletakkan dagunya pada bahu Malik.

"Saya kata kalau awak tak bangun saja. Tapi sekarang awak dah bangun jadi tak perlulah saya melamar dia. Saya melamar awak saja."Nadra melabuhkan bibirnya pada pipi cengkung Malik.

"Sudi tak awak jadi daddy boo untuk anak kita nanti?"Nadra mengecilkan suara persis kanak-kanak dengan wajah yang sengaja dicomelkan.

"Kalau tak sudi?"tanya Malik dengan wajah sombong.

"Kena sudilah! Awak yang buat saya mengandung lepastu tak nak sudi-sudi pula. Eh awak ingat senang ke nak mengandung. Awak tu lelaki memanglah awak--"

Terkedip-kedip mata Nadra melihat senyuman gatal dibibir Malik selepas Malik melepaskan ciuman dibibirnya.

"Kau ni semenjak mengandung kuat betul membebel."jari Malik naik mengusap bibir merah Nadra.

"Manis."bisik Malik perlahan selepas mendekatkan wajahnya dengan wajah Nadra sehingga hidung mereka bertemu.

"Macam tuan dia."Malik melekapkan sekali lagi bibirnya dengan Nadra bagi melepaskan rindu.

Semakin berbahang pipi Nadra apabila melihat senyuman sinis dibibir Malik. Ohmai baru bangun dari koma pun hot!

"Baby sihat?"tanya Malik sambil mengusap perut Nadra.

"Alhamdulillah sihat. Doktor cakap nanti mesti dia aktif bila kandungan saya ni dah cecah lima, enam bulan."kata Nadra dengan wajah yang muram. Dimainkan jarinya sendiri.

"Kenapa ni?"tanya Malik sambil jari bergerak mengangkat dagu Nadra.

"Kalau saya tak buat suprise dekat hotel tu mesti awak tak jadi macam ni kan. Berbalut sana sini macam mumia."balas Nadra polos dengan mulut yang sudah melengkung ke bawah.

Malik menyepit hidung kecil Nadra dengan jarinya. Wajah isterinya ini makin berseri-seri. Seri ibu mengandung dan membuatkan Malik semakin jatuh cinta.

"Semuanya dah ditakdirkan oleh Allah. Kalau kau tak buat suprise tu pun tetap akan berlaku sebab ini kehendakNya. Kita tak boleh nak menghalang mahupun menolak. Aku yakin yang Allah uji kita ni untuk kuatkan lagi kita punya hubungan suami isteri."Malik mengusap lembut pipi Nadra dengan ibu jarinya.

"Tak ada hubungan yang tak diuji, sayang. Ujian adalah satu titik permulaan untuk kita terus bangkit mempertahankan hubungan ni. Dan ujian ini juga adalah satu tujuan untuk kita kembali dekat kepada-Nya. Sudi tak nak hadapi ujian ni dengan aku?"Malik menjongketkan sebelah keningnya kepada Nadra dengan senyuman lebar.

"Sudi!"jawab Nadra dengan yakin. Tangan Malik diambil dan digenggam erat. Dicium belakang tangan Malik.

"Sebab dengan tangan nilah saya nak pegang sampai syurga!"

Yakinlah selepas hujan mesti munculnya pelangi. Begitu juga kehidupan yang pastinya ada ujian dan hadiah untuk orang bersabar dalam menghadapi ujian adalah syurga.

Kemenangan yang sebenar adalah dapat memasuki syurga!

TBC...
Elehh suka la tu👀

Btw goodluck batch 04 tomorrow🌹 you guys did it well. Usaha, penat dan lelah korang akan digantikan dengan satu kejayaan🦋.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now