Bab 36

19.8K 1.2K 318
                                    

Malik mendengus geram apabila dirinya tidak habis dituduh berzina dengan Dayah.

"Sumpah saya dengan dia tak buat apa-apa. Encik semua boleh tak jangan menuduh sesuka."bentak Malik geram tetapi masih menjaga nada suaranya.

"Kamu jangan nak bersumpah! Macam mana kami tak menuduh kalau memang terbukti kamu berdua-duaan dengan pakaian yang terbuka sana-sini. Macam tu kamu boleh kata tak buat apa-apa?"soal pakcik berjubah putih dengan sinis. Kepala digelengkan perlahan dengan kedegilan anak muda di hadapannya ini. Dah lalai dengan duniawi tetapi tak mahu mengaku.

"Kamu tak ada saksi untuk membuktikan kamu berdua tidak bermaksiat! Terang lagi bersuluh kamu hanya kamu berdua di dalam rumah ni."sampuk pakcik berbaju koko pula. Dia memandang ke arah Malik dengan pandangan yang menjengkelkan.

Malik mengeluh perlahan. Susahlah bercakap dengan orang macam ni.

"Saya dah berkahwin. Saya tak gila lagi nak buat benda yang bukan-bukan dekat orang bukan isteri saya. Buat apa saya nak buat dengan yang haram sedangkan saya dah ada yang halal."kata Malik dengan tegas bagi mempertahankan diri. Mata dijeling sekilas ke arah Dayah yang masih menundukkan kepala dari tadi.

Dasar munafik!

"Tetapi tetap salah apabila duduk berdua-duaan di dalam rumah tanpa ikatan. Tolong beri kerjasama dengan ikut kami ke pejabat agama."kata lelaki berbaju biru dengan lembut. Dia nampak sedikit muda dari yang lain.

"Sekejap!"jerit seseorang dari dalam rumah.

"Akhyar?"panggil Malik dengan wajah yang berkerut. Dia memandang lama dahi Akhyar yang berdarah itu. Apa yang berlaku? Kemudian matanya memandang pula lelaki yang tal dikenali yang berjalan disebelah Akhyar.

"Kami adalah saksi yang membuktikan lelaki dan perempuan ini tidak berdua-duaan. Kami ada saja di dalam rumah ni tetapi kami berada di bahagian dapur sambil mengemas barang. Kami yakin bahawa mereka tidak melakukan maksiat dan ini semua hanya salah faham."terang lelaki yang tak dikenali itu dengam bahasa agak formal. Mungkin masih belajar bahasa melayu.

"Betul!"sampuk Akhyar sambil menganggukkan kepala menyokong kata-kata kawan disebelahnya ini.

"Tetapi ada seseorang melaporkan kepada kami yang di dalam rumah ini hanya ada lelaki dan perempuan berdua-duaan."kata pakcik berbaju putih itu dengan nada tak puas hati.

Akhyar memandang tajam ke arah Dayah yang masih menunduk itu. Something fishy!

"Mungkin orang yang melaporkan itu hanya tersalah pandang. Yang penting memang kami berdua ada sekali di dalam rumah ini!"kata lelaki yang tidak dikenali itu dengan tegas. Serius saja wajahnya memandang sekumpulan pihak Jais itu.

"Maafkan saya kerana menyampuk tetapi bukankah pihak jais akan check satu rumah dulu sebelum menuduh? Tuduhan yang dibuat ni boleh jadi satu fitnah. Saya yakin encik semua tahu bertapa besarnya dosa memfitnah."kata Akhyar dengan sinis. Puas dia melihat wajah cuak lelaki-lelaki itu.

"Maaf atas kekhilafan kami. Kalau macam tu izinkan kami minta diri dulu. Maafkan kami sekali lagi."mohon lelaki berbaju biru tadi sambil menarik rakan-rakannya lain untuk beredar.

"Dayah pergi balik."halau Akhyar dengan wajah yang garang.

'Nasib kau tu perempuan dan tengah mengandung. Kalau tak memang aku patah-patahkan tulang kau bagi anjing makan.'kata Akhyar dalam hati.

"Ta-tapi--"terketar-ketar Dayah mahu bersuara. Matanya memandang ke arah Malik bagi memohon simpati tetapi sayangnya lelaki itu langsung tidak memandang ke arahnya.

"Balik Dayah sebelum aku bawa kau ke balai polis!"tengking Akhyar dengan kuat.

Terus Dayah berlari meninggalkan rumah itu dengan penuh ketakutan.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now