Bab 35

19.1K 1.1K 181
                                    

Nadra berjalan-jalan seorang diri di kawasan hospital yang mempunyai kolam ikan yang cantik. Tersenyum-senyum dia melihat ikan-ikan yang berenang itu. Kan lagi cantik kalau ada Malik dekat sebelah.

Ting!

'Malik kena tangkap basah dengan Dayah.'

Berkerut dahi Nadra memandang notifikasi dari nombor yang tak kenal. Belum sempat Nadra mahu menekan skrin telefon tiba-tiba telefonnya termati sendiri. Nadra sempat membaca nama Malik saja yang ayat dibelakang dia tak sempat baca.

"Bateri habis ke? Aku rasa baru cas tadi."gumam Nadra perlahan sambil menekan button on banyak kali tetapi telefonnya masih tidak menyala. Nadra menjulingkan matanya seraya mengeluh apabila telefonnya masih tidak hidup.

"Dah sampai ajal kot."gumam Nadra lagi. Matanya kembali memandang ke arah kolam ikan sambil menyimpan kembali telefon ke dalam beg tangan yang tergantung di bahu.

Tanpa Nadra sedar, telefonnya tidak masuk ke dalam beg tangan tetapi telefonnya terjatuh ke dalam kolam ikan.

Plup!

Nadra menutup kembali begnya sambil mengerling ke arah air kolam yang bergelora akibat terjatuh telefonnya sendiri tanpa dia sedar.

"Batulah tu."kata Nadra sendiri sebelum memusingkan tubuhnya. Dia dah penat nak berdiri lama-lama.

"Haris?"sebut Nadra perlahan apabila melihat tubuh Haris yang memasuk satu lorong kecil. Nadra terus berjalan ke arah Haris.

"Haris!"laung Nadra apabila jaraknya dengan Haris sudah tidak jauh.

"Hai, Nadra."sapa Haris dengan senyuman manis.

"Awak buat apa dekat sini? Awak sakit ke?"tanya Nadra ramah dengan senyuman.

"Tak tapi saya nak buat sesuatu."kata Haris dengan senyuman penuh makna.

"Buat apa?"tanya Nadra polos sambil mengikut langkah Haris yang sudah berjalan itu. Walaupun hati menidak untuk tidak ikut tetapi Nadra tetap juga ikut. Dia tahu Haris baik.

"Mengingatkan seseorang tentang kisah lalu."

"Kisah apa?"soal Nadra lagi dengan wajah yang berkerut. Langkahnya dilajukan untuk berada disebelah Haris.

"Kisah seorang wanita yang sanggup bersubahat dengan seorang penjahat untuk bunuh seseorang disebabkan nak selamatkan anaknya."bibir Haris tarik senyuman sinis sebelum mengerling ke arah wajah berkerut Nadra.

Kaki yang melangkah tadi berhenti mengejut apabila tiba ditempat yang tiada orang kecuali dia dan Nadra. Haris memusingkan tubuhnya menghadap Nadra. Polos betul patutlah senang saja terpedaya.

Mata Haris turun memandang perut Nadra yang sedikit membukit. Cepat betul perut Nadra membukit walaupun kandungan itu baru mencecah sebulan lebih.

'Sorry baby sebab kau tak akan tengok dunia yang penuh dengan kekejaman dah lepas ni.'bisik Haris dalam hati.

"Mari aku bagitahu siapa dia orang tu."kaki Haris bergerak mendekati tubuh Nadra sebelum tangannya naik mencengkam rahang Nadra dengan kuat.

"It's you, Nadra Alana."bisik Haris pada tepi telinga Nadra.

Tergamam Nadra mendengar bisikan itu. Dia? Nadra menggelengkan kepalanya enggan mempercayai Haris.

"Maybe kau tak ingat sebab kau pernah amnesia sebelum anak kau meninggal but let me tell you something, sayang."kata Haris sambil menguatkan lagi cengkaman pada rahang Nadra sehingga Nadra meraung kesakitan.

"Kau salah seorang yang bersubahat tolong aku bunuh mak Malik hanya semata-mata nak selamatkan anak kau yang bodoh tu!"bisik Haris kasar dengan sebelah tangan lagi naik menunjal dahi Nadra.

"Saya tak tahu dan saya tak kenal pun siapa awak yang dulu!"tangan Nadra naik memegang tangan Haris yang masih mencengkam rahangnya. 

"Memanglah kau tak tahu dan tak kenal siapa aku sebab kau pernah hilang ingatan, bodoh!"tengking Haris tetapi masih dikawal agar tidak didengari oleh sesiapa. Dia cuma takut ada pengawal yang datang.

"Are you ready, sayang?"soal Haris secara tiba-tiba.

"Apa?"jawab Nadra dengan wajah yang ketakutan.

"Untuk kehilangan anak ni pula. Aku tak nak ada keturunan Malik yang hidup dekat dunia ni. Make sure kau tak bagitahu orang kalau kau sendiri tak nak masuk penjara. Bukti kau bersubahat bunuh mak Malik masih ada dengan aku."ugut Haris sambil menghentak kuat belakang tubuh Nadra ke dinding.

"Argh!"Nadra mengerang kesakitan. Bawah perutnya terasa seperti dicengkam kesakitan.

Nadra menggelengkan kepala dengan wajah yang berkerut. Sumpah dia tak faham apa yang dimaksudkan oleh Haris tentang bersubahat. Dia tak pernah kenal Haris sebelum ini.

"Tolong, Haris. Saya tak faham apa maksud awak. Tolong jangan buat saya macam ni."rayu Nadra dengan air mata yang sudah mengalir di pipi. Tergeleng-geleng kepalanya agar Haris masih mempunyai sifat simpati kepadanya.

"Alolo, sayang janganlah menangis."tangan Haris naik memegang pipi Nadra dengan mengusap perlahan pipi itu.

"Sakit keguguran ni sekejap saja dan kemudian kau dah boleh hidup bahagia macam sebelum ni."kata Haris dengan tawaan sinis. Suka dia melihat orang merayu-rayu kepadanya seperti dialah yang paling berkuasa.

"Aku cakap berhenti menangis!"Haris menghentak kepala Nadra je dinding sehingga dahi wanita itu berdarah. Jarinya bergerak menekan kesan luka itu dan darah yang melekat pada jari dijilat dengan senyuman sinis.

"Sebelum security datang melawat kawasan lebih baik aku buat kerja sekarang. Any last word, Nadra?"soal Haris sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"Kau akan menyesal kalau anak aku mati, Haris!"balas Nadra kasar. Tangannya naik menolak tangan Haris yang masih memegang kepalanya.

"Pity you, sayang. Aku tak akan menyesal sampai ke tali gantung."balas Haris dengan sombong.

Tanpa rasa bersalah, kuat Haris menolak tubuh Nadra sehingga jatuh tersungkur ke lantai. Kakinya bergerak memijak perut Nadra dengan wajah yang tiada perasaan.

"Arghh!"jerit Nadra dengan penuh kesakitan. Sesak nafasnya apabila perutnya ditekan oleh kaki Haris.

"Tolong saya, Haris. Jangan buat saya macam ni."rayu Nadra dengan wajah menahan kesakitan dibawah perut.

Mendengar rayuan Nadra itu membuatkan ketawa Haris semakin kuat.

"Aku yang buat kau macam ni tak akanlah aku pula nak usung kau ke bilik kecemasan. Minta diri dulu, sayang. Salam takziah untuk anak kau."kata Haris dengan tawaan sinis sebelum meninggalkan Nadra begitu saja.

"Baby tolong bertahan. Jangan tinggalkan mommy."kata Nadra perlahan sebelum memejamkan mata. Darah mula mengalir dari celahan paha Nadra sehingga membasahi lantai.

"Malik."gumam Nadra sebelum dia betul-betul tidak sedarkan diri.

"Puan!"datang seseorang selepas sejam Nadra tidak sedarkan diri.

"Nadra!"

TBC...
Satu-satu dah terbongkar lepasni 'si dia' tu pulak.. Btw saya ada cakap ke 'si dia' tu lelaki ke perempuan?

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now