Bab 15

30.1K 1.7K 162
                                    

Selepas pulang dari makan, Nadra terus menuju ke ruangan kerja Malik. Biarlah apa orang nak kata pun janji dia dapat jumpa Malik.

Nadra memuncungkan bibirnya apabila melihat Malik yang tidak berseorangan. Baru nak manja-manja.

"Eh hai Nadra."tegur Haris apabila lelaki itu memusingkan tubuh dan secara tak sengaja bertembung mata dengan Nadra.

"Hai Haris."balas Nadra dengan senyuman kekok. Tak tahulah kenapa tetapi dia rasa kekok lepas dia melihat Haris yang mencium seorang perempuan ditempat awam.

"Kenapa datang sini? Nak minta tolong apa-apa ke?"tanya Haris ramah. Masih tak sedar ada seseorang yang tengah tajam nelihatnya.

"Tak ada tapi saya nak jumpa Malik."kata Nadra laju apabila melihat Haris yang ingin mendekatinya.

"Ouh jumpa Malik. Ingatkan nak jumpa saya tadi. Kotlah tiba-tiba si cantik Nadra ni nak rindu saya."gurau Haris sambil ketawa kecil.

Nadra turut ketawa apabila Haris ketawa. Matanya menjeling ke arah Malik untuk meminta tolong. Dasar suami tak membantu.

"Duduklah Nadra. Kita borak sambil buat kerja."kata Haris sambil menunjukkan kerusi kosong disebelahnya.

Nadra hanya menganggukkan kepala dan berjalan mendekati kerusi disebelah Malik. Punggung dilabuhkan di situ. Nadra nampak riak wajah Haris berubah tetapi diabaikan saja.

"Awak tengah buat apa?"tanya Nadra dengan memandang wajah kacak Malik dengan pandangan yang teruja. Rindu roti dia.

"Memasak."balas Malik datar. Wajah si isteri langsung tidak dipandang.

"Mesti sedapkan awak masak. Jarang saya nampak orang memasak guna kertas dan pen."balas Nadra sarkastik. Susah betul nak dapat attention dari suaminya ini.

"Sedap sebab tu kau asyik nak melekat dengan aku."Malik tersenyum sinis ke arah Nadra.

"Haah. Lagi-lagi bila awak belanja saya roti."Nadra turut menayangkan senyuman sinis.

Sebelah tangan Malik naik memeluk bahu sendiri bagi menutup dada. Susahlah dapat isteri miang macam ni.

"So sekarang ni kita nak proceed kerja or tangguh sekejap?"tanya Haris selepas melihat drama sebabak dari Nadra dan Malik.

"Tangguh."jawab Malik.

"Proceed!"jawab Nadra serentak dengan Malik.

"Tak payah sibuk."Malik menjeling Nadra sekilas.

"Kita sambung sajalah. Kalau yang kes panjang-panjang tu kita tangguh."kata Malik selepas mencapai kembali pennya.

"Okay."kata Haris perlahan sambil menjeling ke arah Nadra yang menundukkan kepala.

Sepanjang perbualan Malik dan Haris itu, Nadra hanya menundukkan kepalanya. Bukan terasa mana pun cuma sengaja nak mengada.

Tersentak Nadra apabila tangannya digenggam secara tiba-tiba. Matanya memandang ke arah tangan Malik yang menggenggam tangannya. Ibu jari suaminya itu bergerak mengelus batu permata pada cincin pernikahan mereka.

Nadra mengetap bibir menahan senyum. Rasa nak peluk tapi sedar ada Haris.

"Kalau macam tu aku pergi jumpa Hakim kejap."

Nadra mengangkat wajahnya apabila Haris sudah bangun dari duduk.

"Saya pergi dulu Nadra."ucap Haris lembut sebelum berlalu pergi.

"Suka?"

Nadra memusingkan tubuhnya menghadap Malik selepas mendengar soalan dari Malik.

"Suka apa?"tanya Nadra pelik.

"Suka lelaki lain caring pasal kau."kata Malik sanbil nemandang tangan Nadra yang berada dalam genggamannya.

"Tak!"jawab Nadra jujur.

"Tapi saya suka kalau awak yang caring pasal saya. Rasa macam disayangi. Awak sayang saya kan?"tanya Nadra dengan wajah yang sengaja dicomelkan.

"You know the answer Nadra. Kalau aku tak sayang kau, tak adanya aku nak buat macam ni."Malik mengangkat tangan mereka yang saling menggenggam.

"And macam ni."Malik mencium sekilas tangan Nadra. Tak boleh lama-lama nanti perangai mengada Nadra muncul.

"Saya pun boleh buat."kata Nadra teruja. Belakang tangan Malik turut dicium juga.

Eii rasa bahagia!

Malik ketawa kecil dengan sebelah tangan yang kosong naik menggosok lembut kepala Nadra.

"Stay with me like this until the end. Can you?"kata Nadra tiba-tiba. Dia risau apa yang dikatakan oleh Dayah tadi menjadi kenyataan.

"I can't promise but selagi aku suami kau, selagi tu aku akan stay dengan kau."balas Malik perlahan. Dahi dikerutkan sedikit memikirkan sesuatu.

"Even awak tak cintakan saya?"tanya Nadra lagi. Bibir dimuncungkan apabila mendengar ketawa dari Malik. Orang tengah serius.

"I don't know but make me fall in love with you, sayang. Takkanlah spesies kau ni tak boleh buat aku jatuh cinta."terjongket sebelah kening Malik.

"Awak jangan cabar saya. Setakat awak yang biasa-biasa ni memang hujung jari saya saja."dengan gaya diva Nadra memandang kukunya.

"Nak apa datang sini tiba-tiba?"tanya Malik apabila mengingati yang kenapa Nadra boleh tiba-tiba datang ke ruangan kerjanya.

"Rindu."tangan Nadra mula menjalar memeluk pinggang Malik. Tak boleh nak rapat sebab ada penghadang kerusi.

"Tak payah nak mengada Nadra. Bagitahu aku kenapa."tanya Malik sambil menepuk lembut belakang tubuh Nadra.

"Tadi waktu saya sambung makan tu tiba-tiba saya dapat ni."Nadra menghulurkan sekeping kertas kepada Malik.

"Ada sesiapa berdendam dengan awak ke?"tanya Nadra perlahan.

Malik tanpa suara terus membuka surat yang diberikan oleh Nadra tadi.

'Wife Malik huh? Let see what can I do with you.'

Malik mengetap bibirnya menahan marah. Tak lain mesti pembunuh makcum dahulu.

"Tak ada. Mungkin dia sengaja nak cari pasal dengan aku."kata Malik lembut untuk menyedapkan hati Nadra.

Malik memejam matanya sambil meletakkan pipinya pada atas kepala Nadra. Nampaknya orang itu sudah target Nadra. Dan Malik tak akan biarkan semua itu berlaku because-

Nadra is Malik's babygirl!

TBC...
Sikit ja memandangkan semalam saya tertekan publish(╥﹏╥) jadi saya ganti balik hutang fakehope tu (づ ̄ ³ ̄)づ♥

Btw doakan esok saya dipermudahkan segala urusan❤

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now