Bab 32

20.5K 1.3K 276
                                    

Nadra mengetap bibirnya memandang tubuh Dayah yang sedang berborak dengan Malik itu. Dia menghela nafas sebelum melabuhkan punggung pada kerusi yang berdekatan.

Flashback waktu selepas Malik dan Nadra melepaskan rindu.

"Sorry tapi aku rasa kita kena buat sesuatu untuk semua ni."kata Akhyar dengan serius sambil menatap wajah Nadra dan Malik silih berganti.

"Buat apa?"tanya Malik dengan wajah yang berkerut.

"Kau kena pura-pura amnesia."

Terkedip-kedip mata Nadra dan Malik sambil memandang wajah Akhyar.

"Untuk?"Nadra mula bersuara.

"Untuk kenalpasti siapa yang terlibat. Aku rasa Malik ada musuh dan musuh Malik adalah orang terdekat."kata Akhyar sambil meletakkan surat tentang encik Marzuki berhadapan Malik dan Nadra.

"Suspek belum dikenal pasti."jari telunjuk Akhyar menunjuk ke arah perkataan tersebut.

"That's mean orang tu tahu mana kau berada, Malik. Kalau dia tak tahu tak akanlah dia nak upah orang untuk langgar kau dekat sini. Mesti dia akan upah orang untuk langgar kau masa kau dekat KL."sambung Akhyar panjang lebar seperti seorang detektif padahal dia lawyer saja.

Malik menolak mulut Nadra yang sedikit ternganga itu. Terpegunlah tu dengan otak cerdik Akhyar. Malik mendengus geram. Waktu ni juga dia nak cemburu.

"Jadi apa guna kau suruh aku pura-pura amnesia?"tanya Malik lagi.

"Sebab nak detect siapa yang akan muncul waktu kau pura-pura amnesia."balas Akhyar ringkas sambil melipat kembali kertas encik Marzuki itu.

"Apa awak nak buat dekat orang tu?"tanya Nadra pula. Semakin berminat pula dengan rancangan Akhyar ini.

"Easy. Soal siasat dia sampai dia bocorkan segala-galanya. Can you think Nadra if orang yang tak pernah tahu Malik di Langkawi tiba-tiba muncul? Tak ke curiga semua tu?"

Nadra menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Matanya mengecil memandang ke arah Malik.

"Jadi awak kena pura-pura tak kenal sayalah kan? Jadi awak kena buat macam teringat Dayah tu masih isteri awaklah kan?"tajam Nadra memandang wajah selamba Malik. Seronok nampak! Memang minta kena ketuk kuali.

"Nice idea, Nadra. Aku pun terlupa yang Malik ada bekas bini."sampuk Akhyar laju. Tajam Malik menjeling ke arah Akhyar. Merajuk mak buyung sebelah ni tak pasal-pasal dia yang nak kena pujuk.

"Aku rasa kerja ni akan jadi lebih mudah kalau betul Dayah yang muncul. Cuba bagitahu siapa yang bagitahu dia yang Malik tengah amnesia dekat sini kalau bukan kau orang berdua? Dekat office tu tak ada sesiapa tahu kita ke sini termasuk Haris."kata Akhyar dengan yakin. Rasa bangga kejap sebab dapat berfikir dengan baik.

"Tapi kalau Haris yang muncul?"

Pertanyaan dari Nadra mematikan percakapan Akhyar. Akhyar mengemam bibirnya memikirkan sesuatu.

"Jadi kita kena siasat juga. Macam Akhyar cakap tadi yang tak ada sesiapa tahu kita di sini termasuk Haris."kata Malik sambil menekankan nama Haris.

"Yeah, That's right. Kawan pun boleh tikam belakang."kata Akhyar perlahan dengan senyuman nipis. Tiba-tiba hatinya rasa sesuatu apabila Nadra bertanyakan tentang Haris yang akan muncul.

End flashback

Betullah tekaan Akhyar. Yang munculnya Dayah dan persoalannya macam mana Dayah tahu Malik di sini?

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now