Special Chapter 3

23.3K 1.1K 69
                                    

Sewaktu awal perkahwinan Nadra dan Malik.

Nadra memusingkan tubuhnya memandang ke arah Malik yang masih tersenyum itu. Kakinya berlari anak ke arah Malik sebelum tubuhnya masuk ke dalam pelukkan si suami.

"Saya sukalah."kata Nadra dengan sengihan comel. Disondol kepalanya pada dada Malik dengan manja.

"Nasib kau suka. Kalau kau tak suka memang aku lempar kau jauh-jauh."kata Malik tanpa perasaan. Diusap kepala Nadra yang berada di dadanya penuh kasih.

"Yang awak nak lempar inilah nanti awak nak rindu pun."balas Nadra dengan wajah cemberut. Ditolak tubuh Malik menjauh dengan wajah cemberut.

"Tak adanya aku nak rindu kau. Dari aku rindu kau baik aku rindu jiran rumah kita tu. Lagi lawa lagi dari kau."kata Malik selamba. Ditolan tubuh Nadra ke tepi dan dia melabuhkan punggung pada kerusi yang disediakan pada balkoni bilik.

"Ei dia tak cantiklah. Hari itu saya nampak dia keluar tak pakai make up tau. Awak tahu muka dia macam siapa?"soal Nadra selepas melabuhkan punggung pada kerusi disebelah Malik.

Malik hanya menjongketkan sebelah keningnya kepada Nadra. Malas nak bersuara bila Nadra dah masuk mood gosip dia. Tak pasal-pasal Malik sekali dapat dosa.

"Macam mayat hidup."kata Nadra selamba.

"Jadi terbuktilah saya lagi cantik dan lawa dari dia. Saya tak make up pun still nampak bercahaya."sambung Nadra lagi sebelum mengibas rambutnya kebelakang. Flip hair gituww.

"Perasan tak habis-habis."kata Malik sambil menggelengkan kepala. Pasrah saja wajahnya melayan karenah Nadra.

"Biarlah. Saya sejenis yang love yourself. Awak tu bila nak i love you dekat saya? Ingat tak penat ke tunggu."kata Nadra dengan nada tak puas hati. Suka betul buat orang macam tungkul.

"Kau tu yang belum curi hati aku lagi. Macam mana aku nak i love you dekat kau."balas Malik sambil memeluk tubuh.

"Saya dah curi lamalah! Awak tu yang tak sedar."bentak Nadra dengan mata mengecil. Masih tak berpuas hati dengan balasan Malik.

Selama ni tak cukup ke Nadra untuk effort yang dia curi hati Malik? Dasar Malik hati sekeras batu gunung berapi!

"Maaf. Nama Nadra Alana tak ada dekat sini."kata Malik selamba sambil meletakkan jari telunjuknya pada dada kiri.

Nadra berdiri sambile mencekak pinggang. Tak boleh jadi ni! Perlahan-laham bibir Nadra tarik senyuman menggoda. Laju Nadra melabuhkan punggung di atas riba Malik dan merangkul erat leher si suami.

"Kerusi banyak lagilah Nadra."kata Malik dengan wajah berkerut. Terkejut tiba-tiba Nadra duduk di atas ribanya.

"Kerusi situ tak best. Tak selesa. Duduk sini lagi best sebab ada roti."kata Nadra selamba dengan sengihan comel.

"Awak ni buta ke?"soal Nadra bagi memecahkan kesunyian. Terkebil-kebil matanya memandang wajah kacak Malik.

"Tak. Kenapa?"

"Sebab awak masih tak nampak usaha saya. Orang lain pun boleh nampak tau!"tangan Nadra naik menepuk bahu Malik sedikit kuat. Geram!

"Show me your love right now."kata Malik tanpa menghiraukan bahunya yang ditepuk oleh Nadra.

"Haa?"Nadra menayangkan wajah blur.

"Show me your love, sayang."ulang Malik lagi dan kali ini dengan senyuman.

Wajah Nadra bertukar merah selepas mendengar perkataan sayang yang baru saja keluar dari mulut Malik. Argh Nadra cair!

"Saya nak bagitahu satu dunia yang saya cintakan awak tapi saya tak nak orang tahu."kata Nadra dengan bibir yang dimuncungkan sedikit seperti memikirkan sesuatu.

"Sebab saya nak hanya awak saja yang tahu bertapa saya cintakan awak."bisik Nadra dihadapan wajah Malik.

"I can wait for your love but I'm afraif if one day, your heart has a girl and that girl is not me."Nadra menayangkan senyuman pahit kepada Malik. Diletakkan pula dahinya pada dahi Malik. Hidung mereka bersentuhan.

"It's not fair when I love you but you choose to love someone else."gumam Nadra sendirian tetapi tetap didengari oleh Malik.

"Saya tak cukup seksi ke untuk goda awak?"soal Nadra secara tiba-tiba dengan wajah polos.

Mata Malik memandang tubuh Nadra atas dan bawah sebelum bibirnya tarik senyuman sinis.

"Seksi."bisik Malik di hadapan wajah Nadra.

"But more sexy if you kiss my lips."kata Malik sebelum mencantumkan bibir mereka.

Nadra mengemamkan bibirnya sebelum melarikan wajah dari terus menatap wajah Malik. Muka Nadra dah macam kena bakar!

"Look at me, Nadra."Malik memegang tepi wajah Nadra agar isterinya itu memandang ke arahnya.

"If you're afraid of me falling in love with another girl, then be that girl and make my life full of you. Buatkan aku hanya nampak kau seorang saja dalam hidup ni."kata Malik sambil mengusap pipi Nadra menggunakan ibu jarinya.

"Awak tak takut kalau dalam hati saya ada lelaki lain?"soal Nadra.

"Nope sebab aku dah berjaya buatkan kau hanya fikirkan tentang aku. Aku berjaya buat kau hanya nampak aku seorang saja dalam hidup kau. I did it and now it's your turn to make me fall in love with you, babe."balas Malik sambil menyelit rambut Nadra ke belakang telinga.

"Make my life full with your name as I fill your life with mine."sambung Malik lagi.

"Apa saya dapat kalau saya berjaya? Selain dari hati awak?"

"Erm roti?"terjongket sebelah kening Malik dengan senyuman nakal.

Tangan Nadra naik menekup muka kerana malu. Sebelah tangan turun memegang perut Malik sebelum dipicit perlahan.

"Bye!"kata Nadra sebelum berlari menjauhi Malik. Kepala dipusingkan kebelakang apabila merasakan seseorang mengikutnya dari belakang.

Laju kaki Nadra melangkah keluar dari bilik dan menuju ke arah lift. Mata orang yang memerhati tidak dihiraukan.

Belum sempat pintu lift mahu ditutup, ada seseorang yang menahan dari luar. Nadra menayangkan senyuman tak bersalah selepas melihat pandangan tajam dari Malik. Air liur ditelan walaupun terasa kelat selepas pintu lift ditutup. Kini tinggal dia dan Malik.

"Kita de-dekat luar ni."kata Nadra perlahan apabila jaraknya dengan jarak Malik sudah dekat.

"Tetapi sekarang kita tinggal berdua."bibir Malik menayangkan senyuman sinis.

"You got ten point."bisik Malik ditepi telinga Nadra.

"For what?"

"Drive me crazy because of you."terus Malik mencempung tubuh Nadra.

Ting!

Pintu lift terbuka dan Malik melangkah keluar dari pintu lift yang berhenti kepada tingkat paling teratas. Malik mengeratkan cempungan apabila angin malam yang begitu kuat.

Tubuh Nadra diturunkan dengan perlahan dan Malik memegang bahu Nadra dengan erat.

"You still have 90 point, babe. Goodluck."ucap Malik sebelum sekali lagi dia mencantumkan bibir mereka.

Biarlah hanya bulan dan bintang yang melihat. Awak tak payah! Hehe.

 Awak tak payah! Hehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Winduuuuu❤

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now