Bab 51

24.4K 1.3K 329
                                    

Nadra keluar dari tandas selepas puas membersihkan diri. Segar badannya selepas berendam di dalam bath up bersama sabun dan juga buih. Lega!

Mata memandang ke arah katil apabila merasai dirinya seperti sedang diperhati. Pipi Nadra mula terasa bahang apabila melihat pandangan tajam dari Malik.

"Na-Nayla dah tidur ke?"soal Nadra perlahan. Matanya memandang ke arah tubuh anak perempuannya yang sedang baring sambil memeluk daddynya.

"Dah. Dari tadi dia tak berhenti tanya bila mommy nak habis mandi."jawab Malik sambil mengusap belakang tubuh Nayla dengan lembut.

"Come."panggil Malik dengan lembut apabila melihat Nadra yang berdiri kaku ditepi katil.

"Erm."Nadra melarikan anak matanya ke kiri dan kanan. Jantungnya dari tadi berdegup dengan laju. Pipi Nadra tak payah cakap sebab dari tadi rasa berbahang.

"Nadra Alana."

Nadra mengangkat wajahnya apabila melihat Malik yang sudah berdiri dihadapannya. Nadra sendiri tak sedar bila Malik bangun dari pembaringan.

"Ikut aku."ajak Malik sambil menyulamkan jarinya dengan jari Nadra. Dicium kekura tangan Nadra sebelum menarik isterinya itu keluar dari bilik

Terasa seperti di dalam mimpi. Tiga tahun bukanlah satu masa yang singkat tetapi sangat lama. Semasa Nadra nak pergi mandi pun Malik seperti tak mahu lepas kerana takut dia kehilangan Nadra untuk kali kedua. Yang pasti Malik tak akan biarkan semua itu berlaku.

Cukuplah tiga tahun itu pun sudah menyesakkan jiwa.

"Kita buat apa dekat luar ni?"soal Nadra dengan wajah yang berkerut. Angin malam membuatkan tubuh Nadra sedikit menggeletar kesejukkan tetapi amat memberikan ketenangan. Nadra pun dah lama tida melihat dunia luar.

"Curhat."balas Malik selamba. Dia menarik tubuh Nadra agar duduk bersila disebelahnya dengan rapat. Paha bertemu paha.

"Apa hat?"tanya Nadra dengan wajah bingung.

"Curhat. Curahan hati, sayang."balas Malik dengan senyuman menggoda. Ditatap wajah Nadra yang bingung itu penuh minat sebelum dia melepaskan ketawa kecil.

Malik gila! Malik gilakan Nadra!

Terkebil-kebil mata Nadra memandang Malik yang masih ketawa itu. Apa yang lawak? Nadra tak ada buat lawak pun.

"I'm happy."kata Malik secara tiba-tiba.

"Happy when I can see your face with my eyes. Happy when I can touch you directly and happy when you're sit beside me. After three years and now you're here. You come back to perfect my life."jari Malik naik mengusap pipi Nadra. Tak segebu dulu.

"Aku selalu berdoa untuk terus bersabar. Bersabar menanti kau kembali. Aku berdoa juga agar Allah kembali sempurnakan keluarga kecil ni. Keluarga kecil yang ada aku, kau, Nayla dan anak-anak yang akan datang."sambung Malik dengan bibir yang masih tidak lekang dengan senyuman. Malik memusingkan kepalanya dan kepala Nadra menghadap ke arah bulan.

"I talked to then moon that I love you and I miss you every day. Kadang-kadang bulan tak muncul mungkin disebabkan dia dah jemu dengan ucapan cinta dan rindu aku dekat kau. Bulan pun ada masa dia sembunyi disebalik awan mungkin sebab dia malu dengan ayat aku."Malik melekapkan pipinya dengan pipi Nadra. Tangannya merangkul erat bahu Nadra.

"Tiga tahun aku tak berhenti fikir pasal kau. Setiap hari aku terfikir apa yang kau buat dekat dalam sana, apa yang kau makan dan minum, tidur kau selesa atau tak semuanya aku fikir. Sampailah aku ajak Akhyar untuk culik kau dari penjara tu. Akhyar hempuk aku dengan fail pejabat."Malik melepaskan ketawa walaupun air matanya sudah bertakung.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now