Bab 45

20.4K 1.3K 329
                                    

Tajam mata Nadra memandang wajah tegang Haris yang tengah berjalan mendekatinya. Iblis betul!

"Lama tak nampak kau. Ingatkan dah tak ada anak eh rupanya hidup lagi seorang tu. Liat betul nak mati sama macam bapak dia."kata Haris sinis sebelum duduk bercangkung di hadapan Nadra.

"Gila!"cemuh Nadra geram. Kalaulah kaki dia tidak diikat memang sudah lama naik menyepak rahang Haris.

"Yang kau panggil gila nilah dah bunuh dua orang anak kau. Seorang dapat tengok dunia sekejap saja dan yang seorang lagi langsung tak dapat tengok dunia. Mungkin yang berada dalam rahim kau pun tak sempat tengok dunia."Haris melepaskan ketawa sinis sambil melekapkan tapak tangannya di perut Nadra.

"Mungkin kau lupa yang lepas ni kau pun tak akan dapat tengok dunia dah. Ouh bakal ke tali gantung dengan megahnya. Jangan pura-pura lupa abang Haris."Nadra mengenyitkan sebelah matanya kepada Haris dengan senyuman sinis.

Nadra dah reda jika takdir hidupnya selepas ini dipenjara. Bukan namanya dunia jika tidak berlaku perpisahan sama ada perpisahan sementara ataupun kekal.

Haris mengetap bibirnya menahan marah. Bukan ini yang dia mahu lihat dari Nadra. Dia nak tengok Nadra meraung, sedih dan takut kepadanya. Tangannya naik ingin menampar pipi Nadra.

"Sudah!"Mijal mula bersuara apabila melihat tangan Haris yang ingin menampar Nadra.

"Kau dah serahkan nama Nadra pada peguam?"soal Mijal selepas menarik Haris ke sisinya. Dijeling sekilas ke arah Nadra.

"Sudah. Tak lama lagi perempuan ni akan masuk ke dalam penjara."

Nadra hanya mencebirkan bibirnya. Baru penjara bukannya neraka. Nadra menjulingkan biji matanya ke atas.

"Kejap."Mijal kembali bersuara. Dia memandang ke arah Haris dan Nadra silih berganti.

"Jadi budak yang kau pernah kelar tu anak kepada Nadra?"soal Mijal ingin kepastian. Bibir Mijal tersenyum sinis selepas melihat anggukkan dari Haris.

"Walaupun kau bukan anak aku tetapi kau memang terbaik. Aku bangga dengan kau."Mijal menepuk bahu Haris dengan melepaskan ketawa bangga.

"Gila. Bunuh anak orang tanpa rasa berdosa pun nak bangga. Bangga sebab nanti sama-sama dapat masuk neraka la tu."gumam Nadra perlahan. Taklah perlahan sangat janji telinga Haris dan Mijal dengar perliannya itu. Dua-dua tak sabar nak kena bakar dengan api neraka.

Pangg!

Kuat Haris menampar pipi Nadra. Dia dari tadi geram dengan mulut Nadra yang tak henti memerli mereka.

"Cakap sikit pun nak marah lepastu pukul orang. Dayus!"sembur Nadra tanpa menghiraukan sakit di pipinya. Sakit di pipi hanya sementara tetapi sakti di hati kekal selamanya.

Pangg!

Sekali lagi tangan Haris naik menampar pipi Nadra sebelum dia melepaskan ketawa.

"Lidah kau memang nak kena potong dengan aku."ugut Haris dengan memandang Nadra dengan pandangan yang tajam. Tangannya bergerak mengeluarkan pisau dari beg yang digalasnya.

"Tetapi sebelum tu biar aku rasa dulu bibir kau."Haris tarik senyuman sinis. Matanya menjeling ke arah Mijal agar lelaki tua itu keluar dari bilik tersebut. Orang tua menganggu.

"Enjoy."ucap Mijal sebelum keluar dari bilik tersebut. Langkahnya tidak berhenti di situ, dia terus berjalan keluar dari bangunan usang itu dengan senyuman sinis.

"Selamat beradu di dalam penjara kau orang berdua."ucap Mijal sebelum menghubungi polis.

Tanpa Mijal sedari, bukan Haris dan Nadra saja yang akan masuk ke penjara tetapi Mijal pun sama. Sayangnya otak ada tetapi tak pandai nak guna. Sesungguhnya Mijal tak suka menyusahkan diri sebab itulah dia menghubungi polis agar menyenangkan dirinya ke penjara.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now