Bab 16

29.2K 1.7K 208
                                    

Nadra mengemop lantai yang dia tak sengaja tertumpahkan air sirap. Terhenti kerjanya apabila mendengar detingan telefon milik Malik. Mata menjeling ke tingkat atas sekilas sebelum kaki berjalan menghampiri telefon Malik.

2 message from My Aamber🌹

Nadra mendengus geram. Perempuan tu tak tahu ke yang Malik dah berkahwin dan si Malik ni pun tak tahu buang ke emoji bunga tu. Sakit hati!

Terus jari Nadra menekan notification itu.

My Aamber🌹
+I think we should meet asap.
+I need to tell you something.
+Urgent!

Nadra mengetap bibirnya menahan rasa. Tak malu betul ajak suami orang keluar.

-Maaf. Suami saya busy untuk keluar dengan perempuan lain.
-Jadi jangan ganggu dia.

Nadra tersenyum puas selepas membalas mesej dari Aamber.

+Ouh so ni Nadra Alana.
+Aku cuma nak jumpa suami kau untuk bagitahu sesuatu bukan nak mengorat dia.
+My husband more attractive than Malik.

"Eh suami aku lagi hot la."Nadra mencebikkan bibirnya tak puas hati.

-But Malik is hotter than your husband.
-So tak payahlah sibuk nak keluar dengan suami saya.
-Tak malu!

"Ehem."

Laju Nadra memusingkan tubuhnya apabila mendengar deheman dari Malik.

"Buat apa dengan telefon aku tu?"tanya Malik seraya merampas kembali telefonnya di tangan Nadra.

"Ada orang mesej awak jadi saya tolong replykan. Siapa Aamber tu?"tanya Nadra dengan nada yang agak tak puas hati.

"Kawan aku saja."kata Malik tanpa memandang Nadra. Bibirnya terjongket senyuman sinis selepas membaca mesej yang dibalas oleh Nadra. Dasar cemburu buta!

"Aku kena jumpa dia malam ni. Kau nak--"

"Pergilah dating dengan si ber ber tu. Kalau dia buat apa-apa dekat awak memang saya tak akan bertanggungjawab."laju Nadra memotong percakapan Malik.

"Look Nadra Alana. Dia dah bersuami jadi tak masuk akallah kalau dia cuba nak sentuh aku."kata Malik dengan wajah yang berkerut. Mula dah Nadra dengan perangai pelik itu.

"Saya perempuan dan dia perempuan jadi saya tahu perasaan perempuan kalau jumpa lelaki hot macam awak! Pantang nampak lelaki yang berketul dan beroti mesti tangan tu gatal nak raba-raba! Awak ingat saya suka kalau tengok perempuan lain raba awak?"tanya Nadra dengan wajah tak puas hati.

"Ya Allah."Malik menghela nafasnya perlahan.

"Selama aku membesar ni kan Nadra Alana, tak pernah lagi ada yang cuba nak raba aku. Aamber tu pun tak pernah lagi sentuh aku. Kau saja manusia pertama yang paling miang aku pernah jumpa."kata Malik lembut sambil memegang sebelah bahu Nadra.

"Tapi kalau dia sentuh awak tanpa pengetahuan saya?"tanya Nadta lagi dengan nada kerisauan. Drama betul.

"Aku tendang dia jauh-jauh."jawab Malik dengan melayan Nadra punya overthinking.

"Kalau saya yang tersentuh awak?"tanya Nadra polos.

Malik tersenyum sinis seraya menolak tubuh Nadra sehingga isterinya itu jatuh terduduk di atas sofa. Tangannya mengepung tubuh isterinya dengan meletakkan tangan di sisi Nadra.

"Choose if you want my kick or punch."

"But I more prefer your kiss."jawab Nadra sambil melingkarkan tangannya pada leher Malik.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now