Bab 37

20.6K 1.2K 179
                                    

Nadra mengetap bibir dari terus tersenyum. Sebelah mata dikenyitkan pada Malik yang dari tadi memasamkan wajah. Tangan Nadra naik menekup mulut apabila senyumannya mahu melebar. Tak nak Malik merajuk.

"Nadra tu kena berpantang dulu. Lepas pantang ni kamu berdua nak buat apa-apa pun ikut sukalah. Mama tak ganggu dah. Tubuh Nadra pun masih lemah."bebel mama Nadra sedikit tegas.

Pantang lalai sikit saja mereka dah buat macam-macam. Mama Nadra menggelengkan kepala apabila melihat Nadra yang cuba mengawal senyuman itu manakala Malik masih dengan wajah masamnya.

"Nadra Alana!"panggil mama dengan tegas.

"Ya, mama."jawab Nadra dengam wajah sengaja dipoloskan.

"kamu tu behave sikit. Ingat mama tak tahu yang kamu tu lagi gatal dari Malik."bidas mama Nadra sambil menghulurkan segelas air kosong kepada Nadra.

"Siapa suruh menantu mama hot sangat."gumam Nadra perlahan sambil mengambil gelas air itu.

"Menjawab!"mama Nadra menjegilkan matanya kepada Nadra.

Nadra memuncungkan bibirnya. Tubuh dipusing menghadap Malik. Dia nak merajuk dengan mama.

"Mama nak pergi jumpa ayah sekejap. Behave eh!"pesan mama Nadra sebelum berlalu pergi.

"Behave!"kata Nadra apabila Malik berjalan menuju ke arahnya.

"Aku nak peluk saja."kata Malik tak puas hati. Gelas ditangan Nadra itu diambil dan diletakkan ke atas meja. Kemudian tangannya melilit pinggang Nadra dan melabuhkan kepala pada bahu Nadra.

"Awak macam mana dekat sana? Everythings fine?"soal Nadra sambil membalas pelukkan Malik. Diusap penuh kasih kepala Malik yang berada dibahunya.

"No. Kalau aku cerita ni mesti kau akan mengamuk."balas Malik senada. Dia tak nak ingat pasal kes tangkap basah tu tetapi kalau Nadra dah tanya tak akan dia masih nak berahsia.

"Apa dia? Ceritalah."merengek Nadra sambil menyondol kepala Malik dengan kepalanya.

"Aku hampir kena tangkap basah dengan Dayah."kata Malik laju. Dia yakin Nadra tak dapat dengar dengan jelas.

"Apa? Awak cakap laju sangatlah."marah Nadra dengan wajah berkerut. Cakap macam cikgu tak pernah ajar apa itu titik.

Malik menarik nafas bagi menenangkan hati. Nadra tak tahu ke yang dia berdebar takut kena tendang jatuh katil pula.

Tak pasal-pasal nanti muncul drama 'tadi saya tendang awak, sekarang awak tendanglah saya balik.'

"Aku hampir kena tangkap basah dengan Dayah."kata Malik perlahan sambil menundukkan kepala.

Tergamam Nadra yang mendengarnya. Malik yang sedang menunduk itu dipandang dengan wajah yang tak percaya. Sewaktu dia diuji, Malik pun turut diuji juga.

"Dia ada buat apa-apa dekat awak? Sentuh ke? Raba ke? Ke dia sempat rogol awak?"Nadra membesarkan biji matanya. 

Lengan baju hospital disingsing hingga ke siku. Kalau Dayah ada depan dia ni memang dia hempuk dengan katil hospital ni. Pantang tak pantang janji mak buntal berapi tu insaf saja.

"Tak. Tak. Dia tak sempat buat apa-apa. Dia cuma buka tudung dengan butang baju dia saja."kata Malik yang masih tidak mengangkat kepala itu. Macam budak kena marah dengam cikgu.

"Awak pandang dia ke waktu dia buka semua tu?"soal Nadra dengan jiwa yang panas. Tangan dikipas pada wajah apabila terasa bahang.

"Tak. Aku tundukkan kepala."jawab Malik sambil menjeling sekilas ke arah Nadra. Panas betul isterinya itu. Kalau kartun mesti dah nampak asap kelua dari telinga.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now