Bab 29

19.9K 1.2K 153
                                    

Untuk dapatkan feeling yang sedikit sedih bolehlah pasang lagu BELUM SIAP KEHILANGANMU. Jangan pasang awal2 tapi pasang waktu Akhyar jumpa Nadra😉

Nadra meletakkan lilin di atas meja dengan penuh berhati-hati. Tangan ditepuk perlahan apabila sudah puas melihat hiasan di dalam bilik hotel ini.

Penat dia menghalau Malik untuk keluar dari bilik ini kerana dia mahu memberikan sesuatu kepada Malik. Satu kotak kecil dikeluarkan dan diletakkan bersebelahan dengan gelas lilin.

Bibir Nadra menayangkan senyuman puas. Nafas dihembus perlahan menahan debaran di dada.

"Relax, Nadra. Everything will be fine. Malik akan suka semua ni."gumam Nadra perlahan sambil tangan naik mengusap dada sendiri.

Mata naik memandang jam di dinding. Sudah pukul lapan jadi sebentar lagi mesti Malik akan kembali ke bilik. Tangan Nadra yang menggeletar itu digenggam seeratnya.

"Inhale, exhale."Nadra memejam mata sambil mengerutkan kening. Janganlah tiba-tiba kena panic attack.

Tok! Tok! Tok!

Nadra kembali membuka mata apabila pintu bilik hotel diketuk dari luar. Perlahan-lahan Nadra berjalan mendekati pintu.

Tok! Tok! Tok!

Terhinjut kedua-dua belah bahu Nadra apabila pintu hotel diketuk semakin kuat. Kenapa dengan Malik ni?

"Akhyar?"berkerut dahi Nadra memandang Akhyar yang berdiri dihadapan pintu biliknya. Mata dibawa memandang sekeliling mencari tubuh Malik.

"Mana Malik?"tanya Nadra dengan risau apabila melihat riak wajah Akhyar yang berubah.

"Bertenang Nadra. Aku akan bagitahu dan aku harap kau bersabar."balas Akhyar dengan nafas yang masih tercungap-cungap.

"Malik accident."kata Akhyar perlahan.

Dunia Nadra seakan terhenti. Dada terasa sesak sehingga membuatkan Nadra jatuh terjelepok ke lantai. Mata Nadra memandang ke arah Akhyar dengan pandangan tak percaya.

"Kita pergi hospital ya?"ajak Akhyar sambil memegang bahu Nadra. Bukan mengambil kesempatan tetapi hanya ingin membantu Nadra untuk berdiri.

"Awak tak tipukan?"tanya Nadra dengan mata yang berair. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Akhyar.

"Saya tak ada masa nak menipu lagi-lagi melibatkan nyawa seseorang. Awak pergi ambil barang yang penting dulu dan kita terus bergerak ke hospital."arah Akhyar lembut sambil menolak tubuh untuk masuk ke dalam bilik.

Lemah kaki Nadra berjalan masuk ke dalam bilik. Telefon, dompet dan kotak kecil ditepi gelas lilin itu dicapai. Menitis air mata Nadra semasa meniup api lilin itu.

"Maafkan saya. Kalau saya tahu semua ni nak terjadi saya tak akan suruh awak keluar. Maafkan saya. Maafkan saya"Nadra membiarkan air matanya yang mengalir jatuh ke atas kotak kecil yang dipegang olehnya tadi.

'Hi daddy boo!'

Terus Nadra berjalan keluar dari bilik hotel mendekati Akhyar yang sedang menyandarkan tubuh pada dinding sambil memeluk tubuh. Dia nak jumpa Malik!

"Be strong, Nadra. Malik will be fine. InshaAllah."kata Akhyar lembut dengan senyuman nipis.

"Jom."ajak Nadra tanpa memandang Akhyar.






NADRA mengetap bibirnya menahan tangisan melihat tubuh Malik yang banyak balutan. Dari kepala, leher, lengan dan kaki mempunyai balutan putih. Tangan digenggam erat menahan rasa di dalam hati.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now