Bab 23

25.6K 1.3K 147
                                    

Nadra menyembamkan wajahnya pada sofa. Nafas dihela perlahan menahan rasa sedih. Kepala di angkat kembali apabila hidungnya terbau wangian maskulin minyak wangi Malik.

"Awalnya awak balik."kata Nadra tanpa mengubah posisi tubuhnya. Sekejap lagi dia nak sembam balik muka dia dekat sofa.

"Aku pergi mahkamah sebab tulah balik awal."kata Malik tanpa melepaskan pandangannya dari terus memandang wajah sugul si isteri.

"Buat apa? Patutlah tak nampak awak dekat office tadi."kata Nadra dengan wajah berkerut. Puas dia cari suaminya tadi tapi yang asyik terjumpa si Haris tu.

"Selesaikan kes saman. Tepi sikit."Malik menolak sedikit tubuh Nadra agar dia boleh duduk di sofa yang sama.

"Duduklah sana. Banyak lagi sofa yang ada."kata Nadra tak puas hati. Nak juga menyempit.

"Memanglah banyak sofa tapi isteri aku duduk dekat sini jadi aku kenalah duduk dekat sini juga."balas Malik selamba. Tangan bergerak mengubah posisi tubuh Nadra agat berbaring secara elok.

"Kenapa pula?"

"Tempat isteri dekat mana?"Malik membalas soalan Nadra dengan soalan.

"Sisi suami."jawab Nadra polos.

"So?"terjongket sebelah kening Malik. Tubuh dibaringkan sebelah Nadra dan sedikit menindih tubuh si isteri. Sakit nanti diboleh tolong urutkan. Kepala diletakkan betul-betul dicelah leher jinjang Nadra. Rindu!

Nadra menjulingkan biji matanya ke atas. Mengada! Tangannya naik menepuk perlahan belakang tubuh Malik dan sebelah lagi tangan mengusap lembut rambut Malik.

"How was your day?"tanya Malik prihatin.

"Not good."balas Nadra dengan wajah sedih. Bibirnya dijatuh pada dahi Malik.

"Why sayang? Tell me, I'm here to listen all your problem."Malik mengangkat sedikit mukanya untuk memandang wajah Nadra. Baru dia perasan yang mata isterinya itu sedikit sembam seperti baru lepas menangis.

"Boss besar marah. Dia kata kerja saya tak perfect! Saya penat buat kerja sampai abaikan awak dekat office sebab nak siapkan kerja tu dengan baik tapi boss cakap kerja yang saya siapkan tu macam kerja budak darjah satu!"dengan geram tangan Nadra yang tadi lembut mengusap kepala Malik berubah menepuk kuat kepala suaminya itu.

Pakk!

"Aduh!"Malik menyeringai sakit. Allahu bini dia dah kena rasuk!

"Kalau dia rasa kerja budak darjah satu buat lagi baik kenapa tak ambil saja budak darjah satu kerja! At least saya tak payah susah kerja dan biar saja budak darjah satu tu kerja dan bagi saya duit gaji mereka!"Nadra mendengus geram. Rasa nak pukul orang pun ada.

"Tap--"

"Lepastu awak tahu dia buat apa dekat fail kerja saya? Dia lempar fail kerja yang susah-susah saya buat tu dekat makcik cleaner yang tengah mop lantai bilik kerja dia sampai fail saya tu masuk dalam baldi air mop tu!"Nadra memotong percakapan Malik.

"Awak tahu tak apa jadi dekat fail saya tu? Awak nak tahu tak?"tinggi nada suara Nadra.

Tubuh Malik yang sedikit menindih tubuh Nadra itu dapat merasakan dada Nadra naik turun menahan geram. Malik rasa Malik kena leraikan pelukkan sebelum dia jadi mangsa amukkan Nadra.

Bukk!

Malik memejamkan matanya apabila pinggangnya sakit selepas jatuh ke lantai disebabkan oleh tolakkan dari Nadra. Tangannya naik mengusap perlahan pinggangnya yang rasa nak patah itu.

"Fail saya hancur! Bukan cuma basah tapi isi dalam dia tu dah hancur! Langsung saya tak dapat tengok apa yang saya salah dekat fail tu!"Nadra bangun dari baringnya dan menepuk kuat sofa yang didudukinya melepas geram.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now