Bab 10

28.9K 1.5K 306
                                    

Malik memeluk tubuhnya seraya memandang sekeliling kedai makan yang dipenuhi oleh orang ramai. Tangan naik memicit dahi. Serabut!

"Abang."

Terus Malik mencelikkan matanya memandang seseorang yang menyapanya. Manis saja wanita yang berjubah biru muda itu pada pandangan Malik. Nafas dihela apabila mengenangkan fikirannya yang asyik memuji-muji wanita dihadapannya ini.

"Duduklah Dayah. Tak elok berdiri lama-lama."senada Malik berkata. Tak mahu Dayah meletakkan harapan padanya jika dia berlembut.

"Kenapa nak jumpa aku?"tanya Malik selepas Dayah sudah duduk dikerusi berhadapannya.

"Abang dah buat keputusan ke pasal hal rujuk?"tanya Dayah perlahan. Tangan dibawah meja dibawa mengenggam tangan bagi menghilangkan kegigilan.

"Belum."Malik mengeluh perlahan.

"Tapi aku tahu yang kau ajak aku ke sini bukan nak tanya pasal kes rujuk. Kau nak apa? Aku rasa nafkah yang aku masukkan dalam bank bulan-bulan tu dah cukup."

"Dayah tak nak duit abang tapi Dayah nak abang semula. Dayah tahu Dayah bodoh buat keputusan melulu macam tu. Dayah cuma tak nak anak ni lahir tanpa kasih sayang seorang bapa."mata Dayah yang berkaca turun memandang perutnya yang sudah sedikit membuncit.

"Everything needs time, Dayah. Aku sendiri masih terkejut dengan berita ni. Aku tak boleh terima kau balik macam dulu."

"Jadi abang memang tak nak jaga anak ni? Abang tahu tak anak ni ada dalam rahim Dayah sebab abang!"jatuh setitik air mata Dayah. Tangan yang mengenggam dibawah meja itu semakin kuat mengigil apabila melihat pandangan tajam seseorang.

"Abang ingat Dayah patung? Bila abang dah puas terus abang lepaskan tanggungjawab macam tu saja. Anak ni pun perlukan kasih sayang tau."

"Dayah--"

"Makcum mesti kecewa dengan abang."laju Dayah memotong percakapan Malik. Dia tahu kelemahan Malik adalah dengan menyebut tentang arwah makcum.

"Dayah!"lantang nada suara Malik. Terus dia berdiri dari duduknya. Langsung tidak menghiraukan pandang sekeliling. Ikutkan memang dia rasa nak cekik saja Dayah ni tapi nasib wanita itu tengah mengandung.

"Tak perlu nak libatkan orang yang dah tak ada!"Malik nendengus geram. Nasib tengah mengandung kalau tak laju saja tangan naik menampar pipi itu. Terus Malik berjalan meninggalkan Dayah

"Abang!"laju Dayah berdiri dan mengejar langkah besar Malik. Mengah tetapi dia tak boleh lepaskan Malik macam itu saja.

"Lepas."Malik menarik kasar lengannya yang dipegang oleh Dayah.

"Cakap sebelum kesabaran aku hilang."tajam mata Malik memandang Dayah yang termengah-mengah itu. Rasa simpatinya terus lesap selepas Dayah melibatkan arwah makcum. Kenapa mesti nak libatkan orang yang dah meninggal.

"Dayah cuma nak jumpa abang untuk kali terakhir esok dekat restoran western berhadapan dengan hotel windows. Dayah janji itu kali terakhir kita berjumpa kalau abang memang betul-betul dah benci Dayah."Dayah mengangkat tangan kanannya seperti berikrar dengan mata tunak memandang wajah kacak milik bekas suaminya.

Malik yang melihat perlakuan Dayah itu menyembunyikan senyum. Tak tahu kenapa tetapi nampak comel dengan pipi yang semakin berkembang. Eii rasa nak gigit!

'Main jauh-jauh syaitan.'

"Pukul berapa?"tanya Malik selepas seminit membisu melawan fikiran nakalnya.

"Sembilan malam."

"Siang tak boleh ke? Kau tu dah lah mengandung lepastu nak keluar malam pula. Tak elok untuk kandungan."sempat Malik membebel. Tangannya rasa laju saja nak menarik telinga Dayah seperti dia selalu lakukan sebelum mereka bercerai.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now