Bab 34

19.2K 1.1K 293
                                    

Sudah tiga hari dia berada di Kuala Lumpur tanpa Malik. Alhamdulillah kondisi tubuh dan jantung ayahnya pun semakin sembuh. Kata mama ayah kena serangan jantung disebabkan sesuatu tetapi syukur ada yang bawa ayah ke hospital dengan cepat.

Nadra menekan nama Malik dan meletakkan telefon pada telinga. Lama dia menunggu Malik mengangkat telefon. Tak rindu ke lelaki itu kepada isteri tercintanya ni.

"Assalamualaikum, sayang."

Nadra ketawa kecil apabila mendengar suara manja Malik. Rindunya dia nak peluk badan berketul Malik.

"Waalaikumsalam, daddy boo. Harini awak dah boleh keluar hospital kan?"tanya Nadra dengan senyuman. Matanya mengerling sekilas ke arah ayahnya yang memandang ke arahnya. Kena behave sebab ada ayah. Kalau mama tak apa sebab mama dengan Nadra sama saja perangai.

"Haah. Lambat betul Akhyar ni nak datang ambil aku. Bosan tau tengok dinding putih ni tapi kalau ada kau tak apa juga. Boleh peluk-peluk."Malik yang berada di talian sana memuncungkan mulut. Sakit rupanya rasa rindu ni.

Berbahang wajah Nadra mendengar ayat terakhir Malik. Dia nak cakap juga tetapi dia malu.

"Saya pun nak peluk awak juga."bisik Nadra perlahan sambil mengigit hujung bibirnya.

"Kenapa kau berbisik?"

"Saya dekat hospital dengan ayah ni. Malulah saya kalau cakap kuat-kuat."kata Nadra dengan bibir sedikit muncung. Nak manja-manja dekat telefon ni susah sikit.

"Kirim salam dekat ayah dan mama."

"Dayah ada jumpa awak tak?"tanya Nadra selepas lama berdiam diri. Dia tak ada topik nak bersembang dengan Malik memandangkan Malik tak ada dihadapannya ini.

"Ada tapi kau jangan risau sebab setiap kali Dayah datang jumpa aku, Akhyar ada dekat sebelah. Jadi tak adalah dia nak buat apa-apa dekat aku."terang Malik dengan jelas. Dia tak mahulah Nadra fikir yang bukan-bukan. Sebelum Nadra mengandung pun asyik fikir dia akan kena raba apatah lagi bila mengandung ni. Lagi Nadra fikir yang takut Malik kena rogol pula dengan Dayah.

"Awak jangan berdua-duaan dengan dia tau. Kalau saya dapat tahu awak duduk dengan Dayah tu berdua memang saya kerat apa yang patut saya kerat dekat badan awak tu."kata Nadra dengan banyak maksud.

"Apa-apa minta saja Akhyar teman. Kalau Akhyar tak mahu teman bagitahu saya. Biar saya ajar dia sampai tak ada mana-mana perempuan suka dekat dia!"sambung Nadra dengan nada tegas.

Malik yang berada di talian sana hanya mampu meneguk air liur. Nadra ni sumpah macam orang psiko. Meremang habis bulu roma Malik.

"Iya, nanti aku bagitahu Akhyar. Bila nak datang sini, sayang? Rindu nak kiss lah."adu Malik sambil menjeling ke arah Akhyar yang sudah masuk ke dalam wardnya. Lambat!

"Nanti bila ayah dah discharge saya pergilah Langkawi. Awak ni malulah saya."jari Nadra bergerak menguis hujung sofa. Pandangan pelik ayahnya tidak dihiraukan. Ayah kena tahu yang anaknya ini tengah angau dengan suami sendiri.

"Ayah discharge bila?"

"Lusa lepastu baru saya flight ke Langkawi."balas Nadra ceria. Tak sabar nak tunggu hari itu tiba.

"Tak penat ke?"tanya Malik dengan wajah yang berkerut.

"Sebab nak jumpa awak yang penat tu pun saya sanggup lupakan."balas Nadra dengan mata yang terkelip-kelip. 

"Mengada!"kata Malik dan kemudian mengetap bibirnya perlahan. Malik blushing!

"Sayang, nanti kita sambung borak lagi. Akhyar dah sampai."kata Malik selepas menerima isyarat tangan dari Akhyar.

"Baik abang."kata Nadra lembut dan terus Nadra mematikan panggilan. Saja nak buat Malik terseksa.

Tercenggang Malik mendengar balasan dari Nadra.

 Abang!

 Abang!

 Oh gosh, Nadra memang cari pasal. Nadra datang Langkawi nanti memang dia gomol mak buyung gatal tu.





"MASUK elok-elok, Malik. Kalau kau jatuh ni silap hari bulan memang kena kejar dengan Nadra."perli Akhyar sambil memapah Malik untuk masuk ke dalam rumah yang disewa sementara. Habislah duit kalau setiap hari duduk hotel. Sudahlah kerja dekat sini banyak yang belum selesai.

"Malik."

Serentak Malik dan Akhyar memusingkan tubuh apabila mendengar seseorang memanggil Malik dari belakang.

"Dayah?"jawab mereka serentak. 

"Boleh saya nak bercakap dengan Malik sekejap tak? Berdua saja!"Dayah menekankan perkataan 'berdua saja' agar Akhyar memahami.

"Tak boleh. Nadra amanahkan aku untuk duduk dengan Malik jika ada perempuan bukan mahram ingin bersembang dengan suami dia."kata Akhyar dengan tegas juga. Sebelum Nadra buat sesuatu sehingga tiada perempuan meminatinya, lebih baik Akhyar bertindak dulu. 

"Ta-tapi--"

Prangg!

Terkejut Akhyar dan Malik apabila mendengar sesuatu yang pecah. 

"Aku pergi tengok sekejap."kata Akhyar sebelum berlalu pergi tanpa sempat ditahan oleh Malik. 

'Maafkan aku Akhyar kalau Nadra dapat tahu kau biarkan aku berdua-duaan dengan Dayah disebabkan kau tinggal aku. Jangan salahkan aku kalau tak ada perempuan yang minat kau.'kata Malik di dalam hati.

"Dayah nak cakap apa? cakap cepat sikit sebab tak manis kalau orang tengok kita macam ni."datar saja nada suara Malik. Matanya memerhati sekeliling mengharapkan tidak ada orang yang melihat. Risau terjadinya fitnah.

"Kita cakap dekat dalam boleh?"pinta Dayah sambil mendekati Malik. Tanpa rasa berdosa, tanga Dayah naik memegang pinggang Malik untuk memapah tubuh Malik masuk ke dalam rumah.

"Lepas Dayah! Aku boleh jalan sendiri."kata Malik dengan wajah yang garang. Tangannya bergerak menolak tangan Dayah yang masih memeluk pinggangnya.

"Tak apa, abang. Dayah cuma nak pimpin abang sampai ke dalam rumah."kata Dayah yang masih berkeras mahu memapah Malik. Ditolak tubuh Malik ke sofa sehingga terbaring tubuh lemah Malik.

"Dayah nak minta maaf sebab dah banyak susahkan abang."kata Dayah lembut sebelum tangannya bergerak mahu membuka butang baju berkolar Malik.

"Akhyar!"panggil Malik kuat apabila tangan Dayah semakin gian menyentuh tubuhnya. Sumpah ini bukan Dayah yang dia kenal dulu.

"Shh dia tak ada dekat sini, abang. Dia  mungkin dah pengsan dekat belakang tu."kata Dayah sambil ketawa kecil. Tangannya mencuba membuka baju Malik.

"Dayah! Lepas!"Malik menolak tubuh Dayah menjauh. Nasib masih ada sedikit kekuatan yang terkumpul.

"Kenapa abang dah tak nak dekat Dayah? Abang dah jijik dengan Dayah ke?"tanya Dayah dengan wajah yang sedih. Tangannya bergerak pula membuka kerongsang tudung dan dicabut tudung serta anak tudung dari kepala bagi menayangkan rambutnya kepada Malik.

Malik tidak memandang ke arah Dayah. Bukan kerana dia tak mampu menahan nafsu tetapi dia tak mahu berdosa dengan melihat aurat Dayah. Nadra lagi seksi!

"Jawablah abang."Dayah melunakkan lagi suaranya. Matanya mengerling ke arah jam. Tak lama lagi mesti Malik akan jadi miliknya! Tangan Dayah bergerak pula membuka butang baju sehingga menampakkan lurah dada.

Tok! Tok! Tok!

Bibir Dayah tersenyum sinis. Finally! Malik akan menjadi miliknya dalam beberapa minit lagi.

"Buka pintu! Kami mendapati bahawa ada lelaki dan perempuan yang berdua-duaan di dalam rumah."kata orang yang berada di luar rumah itu.

Terkaku tubuh Malik yang ingin berdiri itu. 

Ujian apa lagi ini, ya Allah.

TBC...
Lari dulu😭

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now