Bab 18

29.1K 1.6K 264
                                    

Nadra menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Malik selepas mengaminkan doa. Dikucup lembut tangan berurat Malik.

Behave Nadra!

Senyuman dibibir Nadra semakin melebar apabila dahinya disentuh lembut oleh bibir Malik. Tak tahu kenapa tetapi hari ini hatinya rasa berbunga-bunga.

"Bila-bila nanti ada orang nak datang rumah."kata Malik sambil melipat sejadah.

"Siapa?"tanya Nadra yang turut mengikut perilaku Malik.

"Kawan kampung aku dulu."jawab Malik dengan tangan naik membuka telekung yang dipakai oleh Nadra. Dilipat pula telekung itu dan diletakkan di atas sejadah.

"Lelaki ke perempuan?"tanya Nadra lagi. Matanya tidak lepas memandang Malik yang sudah membuka kopiah itu. Jarang suaminya tak hensem.

Malik diam sejenak apabila mendengar pertanyaan dari Nadra. Tangan naik menggosok leher. Kalau dia jawab ni confirm berperang nanti.

"Awak! Saya tanya ni!"muncung bibir Nadra apabila melihat kebisuan dari Malik. Kepalanya menyondol dada Malik sebelum dilabuhkan kepala disitu dan tangan mula melingkar pada pinggang Malik. Selesa!

"Perempuan."jawab Malik perlahan dan boleh dikatakan berbisik.

"Ouh."kata Nadra ringkas. Kepala ditundukkan memikir sesuatu. Kenapa ramai sangat perempuan dalam hidup Malik ni!

"Tak ada apa-apa pun. Aku dengan dia cuma kawan dan tak lebih dari tu."terang Malik tanpa disuruh. Dia mengusap perlahan belakang tubuh Nadra yang berada di atas ribaannya. Berani betul isterinya ini.

Kena ngap baru tahu.

"Saya tak cakap apa-apa pun."kata Nadra perlahan.

"Memanglah tak cakap apa-apa tapi otak tu dah fikir ke arah lain."perli Malik. Tubuh Nadra diubah agar isterinya itu selesa berada diribanya.

"Mana awak tahu?"tanya Nadra selepas mengangkat wajahnya bertentangan dengan Malik.

"Well, kau isteri aku jadi mestilah aku tahu."kata Malik dan sekarang gilirannya pula menyembam wajah pada leher jinjang Nadra.

"Awak tak bersenam ke hari ni?"tanya Nadra apabila bibir Malik mula mencium lehernya. Siapa yang doa Malik jadi ulat bulu ni?

"Tak. Aku nak melekat dengan kau hari ni."jawab Malik selamba. Bibirnya meliar mencium rahang Nadra.

"Awak ni menyeramkanlah."kata Nadra polos. Meremang habis bulu romanya dengan perilaku pelik Malik.

"Macam nilah perasaan aku bila kau berubah jadi gatal."

"Tapi awak sukakan."tangan Nadra naik memegang kedua belah pipi Malik.

"Semalamkan saya mimpi tau. Nak dengar tak cerita saya mimpi apa?"kata Nadra dengan senyuman.

Malik hanya menganggukkan kepala tanpa suara. Suka dia melihat wajah Nadra yang berseri-seri.

"Saya mimpi awak confess dekat saya. Awak cakap awak sayang saya and awak cakap awak tak akan tinggalkan saya. Mula-mula saya ingat tu bukan mimpi tau tapi saya tersedar lepas jam loceng tu bunyi. Saya baru nak rasa butterfly dalam perut lagi."bersungguh-sungguh Nadra bercerita kepada Malik. Bermacam-macam riak muka dilakukan.

"Awak tak nak confess betul-betul ke? Biar mimpi saya tu jadi kenyataan."tanya Nadra sambil menggosok matanya. Mula merasa mengantuk kembali.

"Nantilah."tangan Malik menarik kepala Nadra menyandar pada bahunya.

"Bila?"tanya Nadra dengan mamai.

'Sekarang tapi its not the right time Nadra.'

"Bila aku dah letak kau sepenuhnya dalam hati aku. Macam yang kau cerita tadi bila aku rasa tak nak lepaskan kau that means itulah masanya untuk aku confess segala-galanya tentang perasaan aku."

"Can you wait?"tanya Malik dengan nada yang sangat perlahan.

"Can can! Untuk Malik AlQadr semua boleh. Tapi jangan lama-lama tau sebab nanti saya takut saya dipermainkan lagi dan saya takut saya sendiri yang penat menunggu."kata Nadra dengan nada perlahan juga.

"I know you can. My Nadra Alana will always be waiting for a love confession from Malik Al Qadr."kata Malik dan kemudian mencium ubun-ubun Nadra. Addicted!

"Awak tahu tak sejak saya kenal awakkan hidup saya penuh dengan rama-rama sampai dalam perut ni pun dah banyak dah."Nadra menepuk perlahan perutnya menunjukkan yang perutnya itu sudah penuh dengan rama-rama yang berterbangan.

"Aku tak nak rama-rama dalam perut kau."balas Malik sambil menggenggam tangan Nadra yang menepuk perut sendiri itu.

"Habis tu?"tanya Nadra pelik.

"Aku nak baby."

Kembali hangat wajah Nadra apabila mendengar kata-kata dari Malik. Oh gosh this man always cannot stop make me blushing!

"Jom."ajak Malik tiba-tiba. Rambut yang menutupi dahi Nadra itu dialihkan.

"Pergi mana pagi-pagi ni?"tanya Nadra dengan wajah pelik.

"Bersenam tapi lepas tu kena mandi wajiblah."

"Haa?"terkebil-kebil mata Nadra memandang wajah Malik yang tersenyum nakal itu.

Malik mencium sekilas bibir Nadra yang dari tadi menggodanya. Sebelah mata dikenyitkan ke arah Nadra sebelum itu dan ini.

Ehem!

















"LUPAKAN dendam kau Haris. Malik tengah bahagia sekarang."

Kuat Haris menggenggam telefon ditelinganya selepas mendengar balasan dari seseorang di atas talian.

"Bodoh! Aku suruh kau hancurkan hidup dia! Kau lupa yang kalau dia tahu kau pun punca kematian mak dia tu, kau rasa dia nak dekat kau balik ke?"kata Haris sinis. Puas rasanya apabila mendengar dengusan dari dia.

"Sekurang-kurangnya aku hanya akan dipenjara selama lima tahun dan bukannya digantung sampai mati macam kau!"

"Sanggup ke nak berkurung dekat sana selama lima tahun? You betray him! Agaknya apa perasan dia kalau dapat tahu orang yang paling rapat dalam hidup dia sebenarnya pengkhianat hm?"tanya Haris dengan senyuman sinis. Melihat tubuh Dayah yang masih tidur itu diabaikan. Malas nak melayan nafsu dengan wanita mengandung itu.

"Heh, kau ingat dia tak kecewa bila dapat tahu kawan sekerja dia yang kononya nak tolong selesaikan masalah kematian mak dia tu sebenarnya orang yang membunuh mak dia. Stupid! Tak sedar diri sendiri pun pengkhianat."kutuk orang ditalian sana. 

"Macam nilah Haris. Aku buat kerja aku dan kau buat kerja kau. No need masuk campur hal aku. Settle saja kerja kita terus pergi."

"But I have one warning. Jangan bagi perempuan sundal tu ganggu Malik lagi. Rimas aku tengok dia."kata orang disebelah sana lagi.

"Hmm. Siapa next target kau?"tanya Haris selepas lama berdiam diri.

"Someone who in Malik's heart right now."

TBC...

Wuuu siapa tu?👀

Sikit ja untuk harini. Dont forget to recite al kahf❤

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now