Bab 9

27K 1.6K 112
                                    

Haris berjalan mendekati Nadra yang sibuk menggunakan mesin photostat. Kusyuk betul wanita itu melakukan kerja sampai tak sedar dia dekat sebelah.

"Sibuk nampak."Haris bersuara selepas lama berdiri disebelah wanita itu.

"Eh Haris! Terkejut saya."tangan Nadra naik menggosok dada. Nasib tak berterabur kertas yang dia pegang.

"Bila ada dekat sini?"tanya Nadra ramah. Mata kembali memandang mesin photostat.

"Dalam beberapa minit yang lepas. Dapatlah saya tengok muka cik Nadra yang cantik ni sibuk buat kerja sampai tak perasan saya dekat sebelah."kata Haris dengan ketawa kecil selepas mendapat jelingan dari Nadra.

"Siapa suruh tak tegur dari awal."selamba Nadra membalas.

"Bukan tak nak tegur tapi takut menganggu cik Nadra."

"Eh tak payahlah bercik-cik dengan saya. Panggil Nadra pun dah okay."Nadra menggelengkan kepala. Matanya memandang sekilas seseorang yang memandang ke arah mereka dari jauh. Terbentuk senyuman sinis dibibir Nadra.

Button off mesin photostat ditekan. Jaraknya dengan Haris sengaja dirapatkan.

"Nadra nak saya tolong apa-apa?"tanya Haris tanpa sedar akan apa yang dilakukan oleh Nadra.

"Tolong bawa kertas ni. Tangan saya lenguh."merengek Nadra sambil menunjukkan lengannya yang kononnya lenguh itu.

"Kenapa tak minta tolong dari awal."kata Haris dengan nada yang sedikit risau.

"Tangan saya ni baru rasa lenguh. Tadi tak rasa lagi."Nadra menunjukkan lengannya dihadapan Haris.

"Awak boleh angkatkan? Tak menyusahkan kan?"tanya Nadra dengan nada yang sengaja dilembutkan.

"Untuk Nadra yang cantik ni semua boleh."Haris terus mengangkat kertas yang ditunjukkan oleh Nadra.

"Awak ni dahlah hensem lepastu baik pula. Tak macam duda seekor tu."puji Nadra tetapi dalam masa yang sama sempat lagi mengutuk Malik apabila mereka berjalan melintasi lelaki itu.

Maliklah yang tengok mereka dari jauh tadi.

"Untung siapa dapat awak."kata Nadra dengan sengihan comel.

"Awaklah yang untung tu."

"Saya? Aww sweetlah awak ni."manja nada suara Nadra. Jarinya naik memintal rambut sendiri.

"Ehem!"

Serentak Nadra dan Haris memusingkan tubuh memandang orang yang berdehem itu.

"Kalau nak bercinta pun tak payahlah depan pintu. Orang kat sini nak lalu dan bukan nak tengok kau orang berdua bercinta."sinis Malik. Sakit mata tengok dua ekor kera bersweet-sweet.

"Sibuklah. Mana-mana saja mesti ada dia."Nadra menayang wajah tak berpuas hati.

"Kalau tak nak tengok muka ni, kau bolehlah berhenti dan pergi cari kerja lain."sarkastik Malik membalas. Tangan naik memeluk tubuh sambil membalas pandangan tajam Nadra.

"Awaklah yang berhenti jadi mata saya ni tak sakit tengok muka acah hensem awak tu."tangan Nadra turut memeluk tubuh. Ingat dia takut sangat dengan Malik.

Bibir Malik terbentuk senyuman sinis. Geram pula dia dengan Nadra yang suka melawan ni. Kaki melangkah mendekati Nadra. Terlupa sekejap tentang Haris dekat sebelah.

"Kalau aku berhenti kerja ni macam mana aku nak cari duit untuk hantaran kahwin kau?"bisik Malik dihadapan wajah Nadra. Terjongket sebelah keningnya apabila Nadra senyum.

Senyum gatal!

"Awak kerja sebab nak kahwin dengan saya ke?"tanya Nadra dengan pipi yang kebas menahan senyum.

Malik menundukkan pandangan memandang lantai. Senang betul nak tundukkan seketul Nadra ni.

"Kau nak kahwin dengan aku ke?"tanya Malik selepas mengangkat kembali wajahnya.

"Nak!"teruja Nadra menjawab.

Ktuk!

"Auch!"tangan Nadra naik menggosok dahi yang dijentik Malik.

"Kau kalau tak berangan memang tak sah."kata Malik tanpa rasa bersalah

Nadra merampas kertas yang dipegang oleh Haris. Mengingatkan yang Haris yang berada disebelah membuatkan pipi Nadra merah. Lupa kejap tentang kehadiran lelaki itu.

"Pegang!"arah Nadra tegas.

Dengan wajah yang berkerut, Malik mengambil kertas yang dihulur oleh Nadra. Sengaja dia menyentuh hujung jari runcing Nadra.

"Hei!"terbeliak biji mata Nadra. Dah reject dia lepastu nak main sentuh-sentuh pula.

"Sengaja."kata Malik penuh selamba.

"Letak kertas tu dalam bilik kerja saya. Saya nak pergi lunch dengan Haris. Bye!"Nadra melambai tangan ke arah Malik dengan pakej mengflip rambut.

"Ada juga yang kena jual dengan aku ni karang."gumam Malik dengan mata yang dijulingkan ke atas.

Nadra annoying!"



"DARI hasil yang kami nampak semasa kerja di situ selama beberapa minggu adalah tiada yang mencurigakan."kata Akhyar dengan formal.

"Macam mana dengan Haris dan Malik?"tanya Hakim tanpa memandang dua jejaka itu.

"Sama tuan."jawab mereka serentak.

"Carikan beberapa orang pekerja akauntan di syarikat itu dan perhatikan mereka. Saya nak kamu pastikan sama ada betul atau tidak syarikat itu main forex."arah Hakim. Kali ini dia memandang ke arah ketiga-tiga jejaka itu. Lama matanya memandang ke arah Malik.

"Baik tuan."jawab mereka serentak.

"Kamu boleh pergi kecuali Malik."

"Nak apa?"tanya Malik selepas Akhyar dan Haris pergi. Selamba dia duduk dihadapan Hakim.

"Tentang makcum."kata Hakim dengan serius.

"Kenapa?"

"Aku dapat tahu yang sebelum makcum meninggal ada seorang tolong dia. Aku cuma tak pasti sama ada lelaki atau perempuan."Hakim menghulurkan sekeping kertas kepada Malik.

Tengok kertas itu teringat akan kertas Nadra tadi. Malik tak letak kertas itu dibilik kerja Nadra tetapi dia letak kertas itu dimeja yang tepinya ada tong sampah. Dan yang lebih teruknya Malik meletakkan kertas itu ditingkat yang paling bawah sekali. Pandai-pandailah janda tu cari sendiri.

"Aku suruh ambil kertas ni bukan senyum."perli Hakim. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba senyum.

"Iyalah."Malik merampas kertas dari Hakim. Matanya memandang isi di kertas itu.

"Jadi ni salah satu bukti yang dia tolong makcum?"tanya Malik tanpa memandang Hakim.

Hakim hanya menganggukkan kepala tanpa suara.

"Jadi kau nak cari dia?"

"Of course. Aku nak ucap terima kasih walaupun makcum tak dapat diselamatkan tetapi dia ada usaha nak tolong."Malik memulangkan kembali kertas kepada Hakim.

Ting! Ting!

Dayah
+Esok Dayah nak jumpa abang boleh?
+Dayah harap abang sudi.

Malik menghela nafas perlahan. Kacau betullah bekas isterinya ini.

-Boleh.
-Pukul sepuluh sharp!

TBC...

Itu saja sebab dah cukup 200 votes. Btw next bab korg dh boleh tau siapa lelaki iblis.

Agak-agak siapa? 👀

Btw lagiiii eiii Thank you untuk 1k votes😭❤

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now