Bab 14

30.1K 1.7K 176
                                    

Nadra mengoles lipstik pada bibirnya. Rambut dikemaskan sebelum matanya menjeling ke belakang melalui pantulan cermin.

"Wuu pagi-pagi lagi dah belanja roti."usik Nadra dengan senyuman nakal. Eihh hot betullah suami dia.

Malik hanya menjeling. Terus dia menyarungkan singlet hitam pada tubuh sasanya. Semakin dibiar, semakin lama mata tu mencabul tubuhnya.

"Sombong."kutuk Nadra perlahan. Dia nak attentionlah!

"Ikatkan tie aku."arah Malik sambil menghulur tali leher berwarna putih kepada Nadra.

"Tak malu suruh orang."rungut Nadra perlahan tetapi tangan tetap berjalan mengikat tali leher Malik.

"Aku memang tak malu tapi kau lagi tak malu."kutuk Malik. Matanya turun memandang pakaian pada tubuh si isteri.

"What do you mean?"tanya Nadra pelik.

"Tu."bibir Malik muncung ke arah baju Nadra.

"Baju ketat-ketat tu nak tayang dekat siapa? Tayang dekat aku seorang tak cukup?"tanya Malik sinis. Tangannya tarik baju kemeja Nadra yang dimasukkan di dalam seluar. Apa punya fesyen pun dia tak faham. Ingat lelaki saja yang masukkan baju kemeja dalam seluar rupanya perempuan pun ada.

"Awak buat apa ni?"Nadra menolak tangan Malik yang menggengam bajunya. Wajah pasrah Nadra tayangkan apabila bajunya sudah berkedut. Dasar duda! Eh suami!

"Longgarkan baju kau. Jangan masukkan dah baju dalam seluar. Kalau aku nampak kau buat macam tu lagi memang aku balut tubuh kau dengan kain kafan baru tahu."kata Malik sarkastik. Kemudian tangannya naik menguraikan sanggul Nadra.

"Leher kau tu nak tayang dekat siapa?"tanya Malik sinis lagi.

"Awak ni dah kenapa?"Nadra mendengus geram. Dia menolak rambutnya yang menutupi muka. Apa masalah suaminya ni?

"Aku tak suka lelaki tengok leher kau sampai terliur. Sengaja nak belanja dekat orang luar sedangkan kau tu dah ada suami. Belanja dekat suami tu dah lah."sengaja dia menyerabutkan rambut Nadra. Geram!

"Tak sweetlah dia ni. Cakap elok-elok tak boleh ke?"Nadra menjeling Malik. Tangan lelaki itu ditepis perlahan.

"I'm not sweet in words but i'm sweet in action, Nadra Alana."datar Malik membalas.

"Show me your sweet in action."cabar Nadra.

"Are you serious want me to show you my another side?"terjongket sebelah kening Malik.

"Yes!"yakin Nadra menjawab tanpa gentar. Nadra pernah takut dengan Malik.

Cup!

"After this. Sekarang kita dah lambat nak pergi kerja."kata Malik selepas mencium dahi Nadra. Bibirnya terbentuk senyuman sinis selepas merasakan tubuh Nadra yang kaku.

"Oh before I forgot."Malik menurunkan wajahnya separas wajah Nadra.

"Today you're so beautiful."puji Malik dengan nada berbisik.

Cup!

Tangan Nadra naik menyentuh bibirnya yang diterkam oleh Malik sebentar tadi.

"Apa tu?"tanya Nadra polos dengan mata yang terkedip-kedip.

"Morning kiss, sayang."

"Malik!"jerit Nadra. Laju tangannya memeluk pinggang Malik sambil menyembamkan wajahnya pada dada bidang Malik.

"Kenapa? Nak lagi?"tanya Malik dengan ketawa kecil.

"Perut saya sakit."kata Nadra perlahan. Wajahnya masih didada Malik. Wangilah bau tubuh suaminya. Patutlah kawan-kawannya selalu bagitahu yang mereka ketagih bau suami. Mulanya Nadra geli tetapi sekarang dia dah faham.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now