Bab 30

20.8K 1.2K 392
                                    

Jauh Nadra termenung memandang kanak-kanak yang sedang berlarian dengan pandangan kosong. Sekosong hatinya sekarang ini.

Sudah sebulan Nadra menunggu Malik sedarkan diri tetapi suaminya itu langsung tak mahu membuka mata. Merajuk dengan dia kot.

Dan sebulan itu juga Akhyar selalu menemaninya dari jauh. Katanya tak manis kalau duduk dekat dengannya yang bergelar isteri orang. Limited betul. Ibu bapanya sudah pulang ke Kuala Lumpur seminggu yang lepas disebabkan hal yang tak dapat dielakkan.

"Daddy awak memang tak nak jumpa kita ke?"gumam Nadra tak puas hati. Diusap perutnya yang belum menampakkan bentuk.

"Daddy awak dah tak sayang kita la."sambung Nadra lagi. Nak menangis tetapi air mata dah kering sebab pagi tadi dia dah menangis bagai nak gila disebabkan pernafasan Malik yang tiba-tiba saja tidak normal. Mata Nadra pun masih bengkak lagi.

Akhyar yang sekeras batu tu pun turut menangis. Saja nak buka aib member.

"Mommy miss your daddy lah. Mommy rindu nak gigit roti dia tapi tulah roti daddy dah mengecut sikit. Tidur lagi lama-lama kan dah mengecut."bebel Nadra sendirian dengan bibir yang muncung seperti itik.

"Nanti daddy dah bangun mommy suruh daddy workout untuk besarkan balik roti dia."Nadra melepaska tawa kecil. Katakan dia gila sebab dia memang gila.

Nadra pernah meroyan dan hampir dimasukkan ke hospital disebabkan anak yang dikandung selama sembilan bulan dan dijaga selama setahun enam bulan akhirnya meninggal disebabkan tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Apa salah si kecil sehingga sanggup diperlakukan begitu sehingga meninggal?

"Akhyar."panggil Nadra apabila dia melihat bayang tubuh Akhyar yang berdiri disebelahnya.

"Nadra dah lapar ke?"tanya Akhyar lembut.

"Awak dah jumpa ke siapa yang langgar Malik?"tanya Nadra tanpa membalas pertanyaan dari Akhyar.

"Dah. Dia pun dah dibawa ke balai untuk soal siasat dan dia juga bakal dihukum dengan hukuman setimpal."

Nadra menganggukkan kepalanya berkali-kali.

"Doktor ada bagitahu awak bila Malik nak bangun?"

"Tak ada."Akhyar mengeluh perlahan. Selama sebulan itulah soalan yang sama akan keluar dari mulut Nadra.

"Saya nak pergi ward Malik. Awak kalau nak pergi ke mana-mana bolehlah pergi dulu. Saya boleh jaga diri."kata Nadra dengan senyuman agar Akhyar tidak merisaukannya lagi.

"Hati-hati."ucap Akhyar sambil memandang belakang tubuh Nadra sehingga hilang dari pandangan matanya.

Nafas dihela lagi sebelum mengeluarkan kertas yang dipegang olehnya dari tadi.

Encik Marzuki bin Ahmad

Bakal dipenjara selama 20 tahun akibat langgar lari sehingga mangsa mengalami cedera parah.

Dikatakan oleh encik Marzuki bahawa dia dipaksa dan dibayar oleh seseorang untuk melakukan langgar lari tersebut kepada mangsa yang bernama Malik AlQadr bin Mijal AlQamr.

Suspek yang dikatakan oleh encik Marzuki masih belum dikenal pasti.

"Siapalah yang berdendam dengan kau ni Malik."gumam Akhyar perlahan dan kembali melipat kertas tersebut. Dia perlu siasat walaupun itu bukan tugasnya.

Malik kawannya jadi dia mahu membalas budi Malik dengan mencari siapa yang bermusuh dengan Malik. Mungkin orang terdekat kerana orang itu tahu keberadaan Malik.

Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.











"KEJAM kan orang yang buat awak macam ni. Dia dah langgar awak lepastu larikan diri. Dia ingat dia siapa boleh lepaskan diri macam tu saja. Nasib pihak polis berjaya tangkap dia."bebel Nadra sambil mengelap tubuh kaku Malik menggunakan kain tuala yang dibeli oleh Akhyar.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now