Bab 20

28.4K 1.4K 298
                                    

Nadra hanya memandang seorang perempuan dihadapannya ini dengan pandangan kosong. Berapi jugalah hati dia melihat senyuman gatal dibibir perempuan itu.

Haifa AlZahra aka adik susuan Malik.

Nafas dihela perlahan untuk menenangkan hati. Haifa tak akan boleh berkahwin dengan Malik. Dia adik susuan jadi dia tak boleh berkahwin dengan Malik.

"Abang dah kahwin berapa lama?"tanya Haifa dengan ramah.

"Nak masuk sebulan dah."jawab Malik ringkas tanpa memandang Haifa. Matanya masih melekat memandang telefon.

"Boraklah dulu. Aku nak siapkan kerja sekejap."kata Malik kepada Nadra sebelum berlalu pergi.

Tinggallah Nadra dan Haifa yang saling jeling-menjeling.

"So dah berapa lama you kenal abang I?"tanya Haifa sambil memeluk tubuh. Matanya memandang ke arah kakak ipar atas bawah. Cantik tapi tak secantik dia.

"Tiga bulan kot."balas Nadra acuh tak acuh. Gelas air ditolak ke arah Haifa.

"Tiga bulan dan terus berkahwin? Crazy!"cemuh Haifa tak puas hati.

"Cik Haifa, listen what I want to say. Pernah dengar orang cakap kalau dah jodoh tak ke mana? Pernah kan. So tak kiralah baru kenal sehari ke dua hari ke tapi kalau dah ditakdirkn jodoh memang tetap akan bersama. Understand?"sinis Nadra membalas. Mata dijuling ke atas.

"Takkan tak berkenalan or bercinta dulu?"

"Berkenalan dan bercinta selepas nikah itu lebih menyeronokkan. No need untuk buat benda yang haram."bidas Nadra lagi. Apa salahnya kahwin dari terus buat dosa. At least dapatlah dia peluk Malik.

"Dulu Dayah pun pernah cakap benda yang sama but tengoklah sekarang ni macam mana? Dah bercerai."sinis Haifa membalas. Ingat Nadra seorang boleh sinis-sinis.

"Tu maknanya jodoh tak panjang. You ni memang tak tahu pasal takdir or you memang tak belajar pasal takdir? Takkan benda kecil pun nak suruh I explain."jeling Nadra.

"Sombong kan you ni. I lebih suka Dayah jadi isteri Malik dari you. Sekurang-kurangnya Dayah tahu hormat I."

"Malangnya Dayah dah tak jadi isteri Malik."Nadra menggelengkan kepalanya dengan wajah yang sengaja disedihkan.

"Sorry Haifa but I hanya akan hormat orang yang hormat I. You dari first masuk ke dalam rumah sampai sekarang langsung tak hormat I so kenapa I nak kena hormat you pula? Kalau you tak nak hormat I sebagai kakak ipar but at least hormat I sebagai tuan rumah. Tak malu!"bidas Nadra dengan senyuman sinis. Puas dia melihat wajah Haifa yang menahan marah itu.

"Kurang ajar!"tangan Haifa laju mencapai gelas air teh yang masih panas dan terus menyimbah air teh itu kepada Nadra.

"Nadra!"laju Malik menuruni tangga dan melangkah mendekati Nadra.

"Panas!"adu Nadra sambil mengibas bajunya. Kalau melecur kulit perutnya ini memang nahas si Haifa itu.

"Kau gila ke?"jerkah Malik ke arah Haifa. Terus dia membawa tubuh Nadra ke bilik air yang berdekatan.

Malik menyelak baju Nadra ke atas dan menekap tangannya yang basah di perut Nadra yang mempunyai kesan merah.

"Shh."Nadra berdesis pedih apabila tangan Malik menyentuh perutnya.

"Sikit saja sayang."kata Malik lembut. Diusap perlahan kepala Nadra penuh kasih. Dia baru tinggal sekejap dah jadi macam-macam.

"Boleh naik bilik sendiri?"tanya Malik risau selepas memandang anak mata Nadra yang berair itu. Alahai sayang.

"Yang melecur perut saya bukannya kaki."merengek Nadra geram. Tapi dia sukalah Malik melayannya begini.

"Okay-okay sorry. Pergi naik bilik dulu. Biar aku yang suruh dia balik."pujuk Malik dengan senyuman nipis.

"Suruh dia balik saja tau. Jangan bagi dia sentuh atau raba awak tau. Kalau saya tahu awak bagi dia raba awak memang malam ni awak tidur luar. No peluk-peluk or kiss-kiss."kata Nadra dengan mata yang mengecil.

"Don't worry, babe. Only you can touch your roti."Malik mengenyitkan sebelah matanya dan menarik tubuh Nadra keluar dari tandas.

Nadra hanya menayangkan senyuman malu. Cairlah kita abe Malik!

"Haifa pergi balik."halau Malik selepas Nadra sudah naik ke tingkat atas.

"Abang dah berubah tahu tak. Sanggupkan halau adik sendiri disebabkan perempuan tak tahu malu tu. Haifa datang dari jauh tau."kata Haifa dengan tak percaya.

"Aku tak akan halau kau kalau kau tak sakitkan isteri aku. Balik--"

"Tapi dia yang mula dulu!"lantang nada suara Haifa mempertahankan diri.

"Ada dia pukul kau? Mana luka yang dia buat dekat kau sampai kau simbah dia dengan air panas? Mana?"tanya Malik tanpa perasaan.

"Back up lah perempuan tu back up sampai mampus! Sampai hal adik sendiri pun tak nak ambil tahu!"terus Haifa mencapai beg tangannya dan melangkah ke arah pintu.

"Abang akan menyesal."terus Haifa melangkah keluar meninggalkan Malik yang masih berdiri dengan tenang itu.

Malik hanya mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak kisah. Kaki bergerak melangkah ke tingkat atas. Lama-lama nanti isterinya itu fikir dia kena cabul pula.

Laju Nadra menurunkan bajunya apabila melihat Malik berjalan menuju ke arahnya.

"Sakit lagi?"tanya Malik selepas melabuhkan punggung disebelah Nadra.

"Pedih sikit tapi nanti okaylah."Nadra menundukkan kepalanya dengan memuncungkan bibir.

"Kenapa ni?"tanya Malik lagi sambil menyengetkan kepala untuk melihat wajah cantik Nadra.

"Perut saya dah tak seksi macam perut awak."kata Nadra dengan wajah disebekkan. Macam mana nak goda Malik lagi nanti.

Malik tahan bibirnya dari tersenyum lebar. Wajah diletakkan dibahu Nadra dan tangannya menyusup masuk ke dalam baju Nadra sambil mengelus lembut perut si isteri.

Nadra memejamkan matanya dengan senyuman. Butterfly lagi!

"You're still sexy in my eyes, Nadra Alana."

Kata-kata Malik membuatkan Nadra ingin sumbat kepala dalam almari. Lama-lama boleh sakit jantung Nadra sebab dengar ayat manis dari Malik.









"APA dosa saya dekat awak, Haris?"teresak-esak Dayah menangis.

"Kau tak ada dosa dengan aku tapi bekas suami kau! Disebabkan dia ayah aku bunuh diri dan disebabkan dia juga mak aku sekarang berada dekat hospital sakit jiwa!"lantang nada suara Haris memarahi Dayah.

"Kalau dia tak cari pasal, aku pun tak akan cari pasal tapi kan sayang--"tangan Haris naik mengusap perlahan pipi Dayah.

"Bagus juga dia buat macam tu sebab aku dapat lepaskan nafsu dekat kau dan lepasni mungkin dekat Nadra pula. Bekas janda tu pun elok semacam."Kata Haris dengan bernafsu. Lidahnya menjilat bibir sebelum terus meragut bibir Dayah.

"Aku rasa dah tiba masa aku bunuh kau memandangkan Malik pun dah berkahwin. Kau pun dah tak berguna untuk dia."Haris menayangkan pisau tepat dihadapan wajah Dayah yang basah dengan air mata itu.

"Nanti jalah bunuh dia."kata seseorang selepas masuk ke dalam bilik yang diduduki Dayah dan Haris.

"Aku perlukan Dayah untuk buat sesuatu."dia melabuhkan punggung disebelah Dayah dan memandang wajah Dayah tanpa perasaan.

"Buat apa?"tanya Haris pelik.

"Untuk bocorkan pernikahan Malik dan rosakkan nama dia."

"Hancurkan kepercayaan Nadra kepada Malik."sambungnya lagi.

"Cerai?"terjongket sebelah kening Haris.

"More than that."

TBC...
Ready ya labu-labu sekalian🌹

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now