Bab 53

24.3K 1.5K 475
                                    

Nadra mengeluarkan bahan kek yang dibelinya beberapa hari yang lepas di atas meja. Satu-persatu dia atur dari tepung hinggalah ke bekas yang ingin dimasukkan ke dalam oven.

"Nayla want help!"kata Nayla teruja. Tubuh kecil itu berusaha untuk naik ke atas kerusi.

"Hachum!"

Habis tepung yang Nadra letak di dalam bekas itu memenuhi wajah Nayla. Terkebil-kebil mata Nadra memandang ke arah kepala Nayla yang tersembam di atas tepung itu. Tak tahu nak gelak ke nangis.

"Nayla nak tolong ke main ni?"soal Nadra sambil mengusap wajah anak perempuannya bagi menghilangkan tepung.

"Toyong lah!"balas Nayla tak puas hati. Tadi itu bukan salah Nayla tapi salah tepung. Siapa suruh duduk depan Nayla kalau tahu Nayla nak bersin.

Nadra menggelengkan kepalanya dengan senyuman.

"Macam hantu."kutuk Nadra selamba. Dia berjalan ke arah peti ais untuk mengeluarkan tepung yang baru.

"Mana ada hantu comel macam Nayla. Hantu semua tak tantik macam mommy."balas Nayla selamba juga. Dicomelkan wajahnya apabila mommynya memandang ke arahnya dengan tajam.

"Kalau mommy tak cantik, Nayla pun tak cantik tau."kata Nadra tak puas hati. Pandai betul nak menjawab. Tangannya masih bergerak menuang tepung pada bekas yang baru.

"Kita nak buat kek apa ni, mommy?"tanya Nayla apabila dia tiada idea mahu membalas percakapan mommynya.

Mommy 1, Nayla 0.

"Kek lobak."balas Nadra tanpa memandang ke arah Nayla.

"Kenapa kita kena buat kek, mommy?"soal Nayla lagi dengan wajah yang berkerut.

"Sebab harini birthday daddy! Mommy nak celebrate birthday dengan kek yang kita buat sendiri."balas Nadra teruja. Dia menepuk perlahan tangannya sebelum kembali fokus dengan menuang telur ke dalam tepung.

"Daddy dah old."kata Nayla selepas lama berdiam diri.

Besar kecil, besar kecil saja Nadra memandang ke arah anaknya itu. Suka hati saja kutuk suami orang.

"Old pun still hot. Nayla bukan tahu pun."balas Nadra sambil nenjulingkan biji matanya ke atas.

"Tapi Ayyan hensem lagi."kata Nayla malu-malu sebelum menekup wajah dengan tangan kecilnya itu.

Tak habis-habis dengan Dayyan. Jual baru tahu!

"Daddy lagi hensem. Dayyan tu bukannya ada roti."gumam Nadra perlahan. Tak mahu cemarkan pemikiran polos Nayla. Tak pasal-pasal dia kena ceramah dengan Malik lagi.

Malik lepas jadi ayah ni kuat betul membebel. Nadra sendiri pun kalah dengan bebelan Malik.

"Mommy say what?"soal Nayla apabila terdengar mommynya berbisik.

"Mommy cakap malam nanti Dayyan datang dengan uncle Akhyar. Mereka nak sambut birthday daddy sekali."

Mendengar kata-kata Nadra itu membuatkan mata Nayla bersinar-sinar. Ada peluang nak mengorat lagi!

"Nayla nak jadi princess malam ni."kata Nayla dengan senyuman.

"Sebab nanti Dayyan mesti jadi prince hencem."sambung Nayla lagi. Tangan naik menekup pipinya dengan menggerakkan bahu ke depan dan belakang.

Tercengang Nadra selepas melihat aksi gedik dari Nayla. Sumpah Nadra tak tahu ni anak siapa. Nadra tak gedik macam Nayla.

"Nayla jangan buat perangai. Mommy report dekat daddy nanti baru tahu."ugut Nadra sebelum meletakkan adunan kek ke dalam oven. Tinggal nak hias saja nanti.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now