Bab 6

28.4K 1.6K 45
                                    

Tangan Nadra naik menggosok rambutnya yang basah. Dia mengeluh perlahan dan berjalan ke arah meja solek. Losyen Nivea disapu ke tangan, leher dan muka.

"Panjang betul kau mengeluh."

Nadra memusingkan tubuhnya memandang kawan serumahnya. Dia mengeluh lagi.

"Kau kenapa?"tanya Melissa selepas dudul dibirai katil Nadra.

"Kusutlah."gumam Nadra perlahan. Dia berjalan ke arah Melissa dan turut duduk disebelah gadis itu. Tangannya melingkar dilengan Melissa dan kepala dijatuhkan pada bahu kawannya itu.

"Kenapa? Cuba cerita. Asyik mengeluh saja, manalah aku faham."

"Bekas isteri Malik mengandung."beritahu Nadra. Bibir dimuncungkan kehadapan. Kalau Malik kahwin balik dengan Dayah mesti nanti Nadra tak boleh ganggi duda miang tu dah.

"Lepastu? Tak akan tu saja yang buat kau mengeluh kuat macam tu."tanya Melissa lagi.

"Jangan cakap yang kau minat duda tu."teka Melissa. Bulat matanya memandang wajah Nadra yang monyok tu.

"Aku memang minat dekat duda tu tetapi duda tu yang tak minat aku."Nadra mendengus geram. Terus dia lepaskan lilitan lengan dari Melissa.

"Asal kau tak goda saja dia?"

"Tak nak. Nanti dia cakap aku janda tak tahu malu."Nadra mencebik bibirnya. Malik memang menyakitkan hati.

Melissa hanya menggelengkan kepalanya. Susah dapat kawan keras kepala macam ni. Dia sudah kenal Nadra lama dah dari seorang gadis sampailah ke janda.

"Ikut suka kaulah. Nanti melepas jangan cari aku. Aku dah bagi cadangan tapi tak nak ikut. Kalau kau tak nak goda dia, kau cubalah rapat-rapat dengan dia. Manalah tahu dari rapat-rapat tu boleh sampai ke hati."kata Melissa. Dia bangun dari duduknya yang membetulkan pakaiannya.

"Aku nak keluar. Kunci semua pintu tau. Buat si Rais gila tu tiba-tiba datang ceroboh nanti tak pasal-pasal kau jadi mangsa dia lagi. Rais tu pun dah tak betul."pesan Melissa sebelum keluar dari bilik Nadra.

"Nama pun gila talak. Dulu buang aku sangat lepastu dia yang gilakan aku balik. Bebal!"gumam Nadra.







"Ada masalah ke?"

Malik memusingkan tubuhnya menghadap Aamber. Matanya jatuh pada perut wanita itu. Sudah nampak bentuk.

"Panjanglah nak cerita."tangan Malik menarik kerusi untuk Aamber. Selepas wanita itu duduk, dia turut melabuhkan punggung pada kerusi disebelah wanita itu.

"Pendekkanlah."Aamber melepaskan nafas perlahan. Mengah sekejap walaupun tadi berjalan tak jauh mana.

"Dayah mengandung."jelas Malik perlahan. Kepalanya kusut selepas tahu kehadiran cahaya pada rahim bekas isterinya.

"Ouhh mengandung."Amber menganggukkan kepalanya. Langsung tak bagi perhatian tentang perkataan yang keluar dari mulut Malik. Matanya masih fokus kepada air dihadapannya. Auto segar lepas masuk tekak.

"Iya mengandung."Malik menekan perkataan mengandung apabila menyedari sikap sambil lewa Aamber. Dasar mak buyung cari pasal.

"Iyalah mengan--"terhenti percakapan Aamber apabila dia baru menyedari sesuatu. Rasanya dia tak salah dengar.

"Hah! Anak siapa?"lantang nada suara Aamber. Besar biji matanya memandang Malik yang hanya menayangkan wajah malas itu.

"Anak akulah gila."tangan Malik naik mengurut dahinya. Letihlah macam ni.

"Jadi sebelum kau bercerai dengan dia, kau pernah--"

"Ya. Dia isteri akukan dulu. Mestilah pernah."Malik menjulingkan matanya ke atas. Nadra dengan Aamber sama-sama bengap.

"Kau pun bodoh pergi buat dengan dia buat apa."kata Aamber selamba. Matanya kembali fokus kepada minumannya. Itu masalah Malik, bukan masalah Aamber.

"Eh mak buyung! Dari kau kusutkan kepala aku, baik kau tolong aku macam mana nak selesaikan masalah ni."kecil besar, kecil besar Malik pandang Aamber.

"Nak selesaikan macam mana? Anak dalam perut Dayah pun belum keluar lagi. Nak check DNA pun tak boleh. Dayah ada minta apa-apa ke?"tanya Aamber. Marilah kita kembali serius ya anak-anak.

"Dia minta rujuk."jawab Malik perlahan.

"Apa jawapan kau?"

"Aku suruh dia bagi aku masa."Malik mengeluh perlahan. Penatlah kehidupan macam ni.

"Aku susahlah nak percaya Dayah tu. Cuba kau siasat dulu pasal Dayah. Tak ada angin, tak ada ribut tetiba datang cakap dia mengandung."

"Aku pun rasa macam tu tapi tak akanlah Dayah nak buat benda yang tak baik pula. Aku kenal dia."kata Malik yang cuba nak berhusnuzon.

Dalam diam Aamber mencebik perlahan. Yang dulu dia pernah kutuk aku tu apa? Baik? Munafik saja lebih.

"Aku suruh siasat dulu. Nanti kau panggillah Haq ke Nik. Maiko pun boleh. Mereka tu bukannya ada kerja."




Nadra memuncungkam bibirnya apabila Malik langsung tidak memandang ke arahnya. Mentang-mentanglah bekas bini dah minta rujuk terus lupakan dia.

Dasar duda lupakan kulit!

Nadra mendegus geram. Tangan kembali bergerak melakukan kerja yang tergendala. Semua salah Malik!

"Kau kenapa?"

Nadra hanya menjeling Malik tanpa berniat mahu menjawab pertanyaan dari lelaki itu.

"Aku tanya ni."kata Malik dengan malas. Dia tegur ni pun sebab rimas dengan jelingan Nadra yang tak berhenti itu.

"Apa?"Nadra mula bersuara.

"Kau kenapa dari tadi terjeling-jeling aku?"

"Suka hati sayalah mata saya. Ada kacau hidup awak ke?"

"Kacau hidup akulah kalau yang kau jeling tu aku. Rimas tahu?"Malik pula menjeling Nadra. Tanpa sedar kata-katanya menggores hati tisu Nadra.

"Kalau rimas tu duduk jauh-jauhlah. Tak payah duduk depan bilik kerja orang."terus Nadra menundukkan pandangan. Dia terasa tau.

Malik menghela nafas perlahan. Okay dia tahu dia salah.

"Sorry, aku tak sedar apa yang aku kata. Nak ikut aku lunch?"tanya Malik dengan penuh pengharapan. Dia cuma nak minta maaf dengan belanja Nadra makan tengah hari.

"Tak nak. Puasa."jawab Nadra ringkas.

"Puasa apa?"berkerut dahi Malik memandang Nadra.

"Puasa sajalah apa-apa pun. Janji ada nama puasa."jawab Nadra sarkastik.

Terus tubuh Nadra kebelakang apabila tangan Malik mengepung tubuhnya dengan lelaki itu meletakkan tangannya pada sisi kerusi Nadra.

"Yes or no?"tanya Malik dengan nada berbisik.

"What?"Nadra membalas pertanyaan Malik dengan soalan.

"Just answer yes or no."

"Untuk apa?"berkerut dahi Nadra memandang anak mata Malik. Kalau Nadra ke depan sikit mesti dah tercium bibir lelaki itu. Tak guna punya bisikkan syaitan!

"Kalau kau jawab no, jangan tanya kenapa puasa kau tiba-tiba batal."terjongket senyuman sinis pada bibir Malik.

"Awak nak buat apa?"tanya Nadra lagi.

"Just answer yes or no, Nadra Alana."Malik mengulang kembali kata-katanya seraya mendekatkan lagi wajahnya dengan wajah Nadra.

"Yes!"jawab Nadra dengan mata yang terpejam.

"Good janda. Jumpa pukul satu nanti."terus Malik meninggalkan Nadra yang masih memejamkan mata.

Nadra membuka mata perlahan apabila wangian dari tubuh Malik kian menghilang. Nafas lega dihembus perlahan. Jantungnya rasa nak tercabut saja.

"Kalau aku kena heart attack tadi memang aku kacau malam-malam dia sampai tak bole tidur and then mati sama-sama dengan aku."gumam Nadra sambil menggosok dadanya.

TBC...

Kalini betul2 jumpa minggu depan hehe〒_〒. Jari ni ha gatal nak tekan ⊙_⊙

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now