Bab 42

17.7K 1.1K 142
                                    

Akhyar memandang ke arah Lee dengan wajah yang serius. Kemudian dia memandang pula ke arah Dayah yang duduk dihadapan mereka sambil menundukkan kepala.

"Kami ke sini bukan nak kasarkan kau tahu tapi kami ke sini sebab nak kau tolong jujur saja dengan apa yang kami nak tanya."kata Akhyar sedikit tegas. Dia duduk mencangkung dihadapan Dayah.

"Kandungan kau dah berapa bulan?"soal Akhyar sedikit lembut.

"Nak masuk tujuh bulan dah."balas Dayah perlahan tanpa memandang ke arah Akhyar.

"Anak siapa?"

Mendengar soalan dari Akhyar itu membuatkan lidah Dayah menjadi kelu. Semakin menunduk kepala Dayah apabila kepalanya mula mengingati seseorang.

"Siapa Dayah?"Lee mula bersuara apabila tidak mendengar balasan dari Dayah.

"Ma-Malik."jawab Dayah tersangat perlahan.

"Aku tahu kau menipu Dayah. Tolong jujur ini anak siapa? Kami cuma nak bantu kau."kata Akhyar sedikit keras. Geram apabila Dayah masih mahu menuduh Malik sebagai anak yang berada dalam rahim wanita itu.

"Be-betul ni anak Malik."terangguk-angguk kepala Dayah menjawab agar Akhyar mempercayainya.

Akhyar mengetap bibirnya menahan geram. Nasiblah ada Lee yang menahan tubuhnya dari memarahi Dayah. Sesungguhnya Akhyar bukanlah seorang yang penyabar.

"Kami tak boleh nak bantu kau jika kau masih mahu menipu lagi, Dayah. Kau sanggup ke biarkan anak kau lahir tanpa seorang bapa? Kau sanggup besarkan anak kau tanpa kasih sayang seorang ayah?"soal Lee dengan tenang sambil memegang erat bahu Akhyar.

Perlahan Dayah menggelengkan kepalanya dengan wajah yang sayu. Diusap perlahan perutnya yang memboyot itu.

"Jadi jujurlah!"lantang nada suara Akhyar.

Lee memejam matanya sebelum mengetuk kuat kepala Akhyar. Dah lama dia bersabar nak ketuk kepala Akhyar. Dari tadi nak berangin semacam.

"Kau takutkan dia lagi adalah."bisik Lee ditepi telinga Akhyar. Sabar sajalah dapat kawan macam ni.

Akhyar menghela nafas perlahan sebelum menatap wajah Dayah dengan pandangan lembut.

"Kalau kau tak nak jawab soalan ni, aku nak kau jawab soalan lain."kata Akhyar sebelum mengubah duduk cangkungnya ke bersila. Lenguh kakinya.

"Apa?"tanya Dayah sedikit berani. Jiwanya mula berbisik yang dia akan selamat dari penjara Haris jika dia menjawab soalan lelaki berdua di hadapannya ini dengan jujur.

"Kau tahu siapa dalang yang langgar Malik haritu?"soal Akhyar.

"Bukan dia dah kena tangkap?"soal Dayah pula dengan wajah yang berkerut.

"Iya. Memang dia yang langgar tetapi ada seorang lagi yang upah dia untuk langgar Malik. Kau tahu siapa?"soal Akhyar lagi. Tangannya sudah siap mengeluarkan telefon untuk merekod suara Dayah untuk dijadikan bahan bukti.

"Tahu."jawab Dayah dengan hati yang terasa sesak. Tangan yang menggigil itu dibawa mengenggam sesama sendiri.

"Siapa?"soal Akhyar dan Lee serentak.

"Ayah kepada anak ni."kata Dayah sambil menggosok perutnya kembali.

Akhyar mengeluh dan menjulingkan biji matanya ke atas. Macamlah dia tahu siapa bapak budak dalam perut Dayah tu.

"Jadi mereka orang yang sama?"soal Lee selepas lama berdiam diri.

Dayah menganggukkan kepalanya. Dia tahu semua tu kerja Haris sebab dia pernah dengar Haris berborak dengan si dia di dalam telefon.

Malik's Babygirl ✔Where stories live. Discover now